Tragedi Sehari Sebelum Raya | Bila Kau Anak Tunggal Perempuan Dalam Keluarga

10:36 AM


Assalamualaikum. Menjadi anak tunggal perempuan dalam keluarga kadang-kala menyeronokkan. Tapi ada juga yang tak seronoknya. Kau takde tempat nak bergossip luah perasaan kongsi kesedihan macam orang lain. Kongsi dengan mak? Ada benda yang kita tak perlu kongsikan dengan mak kita.
 
Tiap kali raya mesti saya susah hati. Suami ajak balik beraya rumah FIL hari raya pertama sebab tempat suami di sisi emaknya. Tempat isteri di belakang suami…gitu…tapi Alhamdulillah FIL faham situasi saya. Anak tunggal perempuan dalam keluarga. Tak seperti adik-beradik suami yang mempunyai 5 orang kakak yang boleh tolong mak mertua masak untuk hari raya.
 
23 Jun-Jumaat tu saya tak apply cuti sebenarnya tapi memikirkan tok Besah sorang-sorang mengemas rumah saya terus emergency leave hari tu. Nasib bos faham. Balik rumah mak, kebetulan adik bongsu(lelaki) tengah mengemas rumah…..auuwwww…tak sangka sebenarnya…hahaha… so saya tolong apa yang patut.
 
24 Jun- Sabtu saya sibuk tolong suami hantar stok ayam segar baru di proses yang di tempah pelanggan tetap suami untuk hari raya. Jenuh menggagau saya ke sana-sini pusing cari rumah customer dengan ayam yang siap diproses penuh bonet kereta. Phewww…naseblah kereta putih tu power stereng…kalau hand stereng macam kereta hitam yang satu lagi mau naik lenguh tangan ni nak pulas stereng.
 
Sampai rumah tok Besah sekitar jam 12.30 tengahari, saya tengok daging 5 kilo abang kedua beli masih dok berketul-ketul macam tu. Adik lelaki dok mengemop rumah. Tok Besah tengah balut ketupat palas 3 kilo. Abang sulung dan family tak sampai Penang lagi. Selalunya pagi sebelum raya memang dah sampai tapi tahun ni mereka tutup klinik dan kedai lewat sehari dari biasa. Abang kedua dan ketiga masing-masing uruskan rumah sendiri. Arggghhhh…mana satu nak buat dulu ni? Tarik nafas…lepas….tarik nafas…lepas….
 
Terus tukar uniform pakai t-shirt dan memulakan kerja-kerja memotong 5 kilo daging seorang diri. Phewww…naik kejang urat betis ni berdiri. Setel potong daging cepat-cepat masukkan dalam periuk noxxa untuk rebus daging sementara sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Terus mulakan aktiviti menumis rendang di dapur. Bila daging dah empuk terus tuang ja dalam kuali besar kat dapur dalam bahan tumisan rendang.

Tulang yang di rebus menggunakan periuk noxxa selama 30 minit sebelum dipindahkan ke periuk tumisan sup yang lebih besar

Masuk pula 2 kilo tulang dalam periuk noxxa nak lembutkan daging sebelum di tukar ke periuk lebih besar nak buat sup tulang untuk berbuka. Sambil-sambil rebus tulang, kacaulah rendang dan sempat juga goreng ayam 2 ekor untuk buat masak merah. Tangan dah macam sotong, otak ligat memikir nak buat apa lepas tu lepas ni.
 
Jam 5.30 petang abang sulung dan family selamat sampai Penang dari Johor siap bawa balik juadah berbuka dan durian. Ha…dah ada durian kena ada pulut baru la ngam. Terus tanak pulut macam tanak nasi habuan nak makan dengan durian. Alhamdulillah, semua masak sebelum waktu berbuka. Nah juadah kami berbuka hari tu.

 


 

Bihun sup tulang + sambal kicap, ketupat dan lemang + rendang daging, durian+pulut di makan dengan santan, nasi putih + ayam masak merah(terlupa cedok), popia basah(beli), roti john, murtabak dan 5 bungkus nasi beriani. Ni semua untuk 15 orang makan. Bila masuk waktu berbuka tu saya duduk kat tepi sambil minum air ja. Penat sampai taktau nak makan apa…huhuhu…dapat minum air pon dah lega. Penat berdiri + penat fikir nak masak bagi setel sebelum berbuka….uhuk….
 
Kalau la FIL saya tak faham saya, macam mana keadaan tok Besah hari tu….huhuhu… Terima kasih mak dan ayah mertua yang memahami menantu kacang hantu yang sorang ni. Terima kasih noxxa tok Besah yang menyelamatkan keadaan saya hari tu.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. dekat umah timm bertukar pulak, abg cik yg uruskan semua..

    ReplyDelete
  2. Phewwww... cekapnya awak di dapur tu.
    Kalau Mrs. A tak tau jadi apa hehehehe....
    Itulah mak Mrs. A syukur ramai yang pompuan tolong memasak.

    ReplyDelete
  3. Sama ls dgn LeYa... LeYa pun anak tunggal perempuan dlm keluarga... tp alhamdulillah akak n adik ipar ade membantu

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya, saya memahami perasaan itu. :)
    Selamat hari raya, zai.

    ReplyDelete
  5. CT the only one jugak tapi sebab semua tahu CT pemalas depa mmg tamo mintak tlg hahaha xdela.. sbb kalo kat kg ada ramai kazen2 yg lebih pandai masak so biarla depa uruskan kite jenguk2 tlg yg ringan saja.. kalo depa suruh masak pun tatau jadi apa nanti..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillh dapat keluarga mertua yang memahami macam tu.. nasib ada noxxa kan membantu kerja memasak..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^