Sukaneka PASTI dan Jamuan Hari Raya

12:12 PM

Assalamualaikum. Excited mak nak cerita perihal anak bila masuk sekolah. Ah…kasi la can mak nak cerita sikit. First time rasa perasaan macam ni….hahahaha….


Minggu lepas ada Sukaneka PASTI untuk sekolah Aqil. Memang Aqil dok bagitau yang dia lari bawa bola sambil tunjuk gaya macam tu macam ni. Mak dia ni ingat setakat bersukan macam biasa. Iyelah…seminggu sekali cikgu akan bawa anak-anak ni keluar main bola kat luar jadi mak anggap itu cuma senaman biasa. Rupa-rupanya bila ada mak-mak yang tanya dalam Whatsapp group sekolah anak, baru mak tau yang anak dia nan sorang ni masuk lumba lari sambil bawa bola. Menggagau jugak mak dia ni pi cari kasut sekolah sehari sebelum sukaneka sebab tahun ni Aqil takda kasut raya bertutup. Semua jenis sandal dan selipar ja. Biasalah, anak kaki cap gajah duduk…baru pakai kasut sekali 2 dah kena beli baru sebab kaki cepat besar. Kasut ketat sakit kaki.
 
Waris anak-anak PASTI digalakkan membawa sedikit juadah raya sebab selepas sukaneka akan diadakan Jamuan Hari Raya dan sambutan hari lahir anak-anak PASTI untuk bulan April, Mei, Jun dan Julai. Hari tu mak buat kek pisang. Nanti ada masa mak kongsi resepi na. Harap bertabahlah menunggu resepi dari mak…kah…kah..kah…


 
Lepas ucapan alu-aluan, perasmian dan perbarisan, pertandingan sukaneka pon bermula. Sukaneka pertama adalah lari sambil bawa bola di belakang dari anak-anak PASTI umur 4 tahun.


Kau tengoklah dia tu. Beriya-iya mak dia pesan lari laju-laju mama tunggu depan sana. Dia boleh tengok orang lari dulu baru dia nak lari.


Hai la anak. Takpalah…nak buat cemana dah kalah. First time la katakana. Harap dia faham erti kekalahan bila tak dapat hadiah besar-besar nanti….hahahaha….


 
Yang ni pula untuk kategori 5 tahun. Untuk kategori 6 tahun mak dah kat khemah dah. Anak bertuah ni dahaga nak minum air la apa la. Tak sempat nak tengok yang lain-lain lagi. Ada juga acara untuk para waris. Mak tak join pon. Anak dok merap masa ni sebab lapar padahal sebelum sukaneka dah bagi makan nasi lemak RM1 dah.


 
Sebelum acara penyampaian hadiah Aqil dah cakap nak bekas air warna hijau takmau yang lain, Alhamdulillah dapat warna hijau. Kalau tak jenuh nak pujuk. Masa ambil hadiah boleh pula dia toleh tengok cikgu kat belakang. Takde gambar yang elok pon….sobbbb….


 
Walaupon dapat hadiah saguhati dia tetap ceria ok….hahaha…iyelah…semua dapat hadiahkan cuma yang menang dapat 3 hadiah.


 
Selepas acara penyampaian hadiah ada acara potong kek hari lahir. Masa ni mak dan Aqil dah kat khemah dah. Tengah makan nasi daging yang super sedap masakan dari cikgu-cikgu PASTI. Tak sempat nak tangkap gambar. Kelaparan sangat. Ni sebahagian dari juadah dari waris. Ada berpuluh jenis tau. Ada mee goreng, bihun goreng, pasta, kek, karipap, agar-agar dan macam-macam lagi. Tu kek pisang saya kat atas paling kiri tu…hihihihi…terselit kat situ. Ada juga ais kacang, teh tarik dan minuman sejuk. Tak dilupakan hampir 200 coconut shake yang super sedap sumbangan dari seorang waris anak PASTI untuk semua yang hadir. Semoga dimurahkan rezeki oleh-Nya dengan buat amal jariah macam ni.


 
Masa makan tu baru perasan takde kuih raya. Eh…takde sapa bawakan ke? Rupa-rupanya kuih raya cikgu-cikgu simpan kat dalam PASTI sebab dah terlampau banyak makanan basah yang terhidang. Kuih raya cikgu-cikgu jamu anak-anak PASTI tiap kali waktu rehat minggu lepas. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
 
Harap tahun depan Aqil dah tahu maksud pertandingan. Nak hadiah lebih kena la lari laju-laju…hihihihi…

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. Assalamualaikum. Singgah sini. Semoga aqil membesar jadi anak yang soleh..

    ReplyDelete
  2. Comel aqil....kiut tengok adik adik bersukaneka...teringat kita zaman kecik kecik dulu...gahaha

    ReplyDelete
  3. dari segmen Senarai URL Blog #31
    https://marblemomo.blogspot.com/
    singgah sini

    ReplyDelete
  4. ala comelnya budak-budak tadika termasuk aqil sekali..

    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^