Resepi Mudah | Ayam Masak Merah Ala Kenduri

10:30 AM

Assalamualaikum. Menjadi seorang ibu nak menyediakan juadah untuk keluarga memang memeningkan. Nak-nak pula ibu bukan penggemar ayam. Yang suka ayam ni abah dan Aqil ja. Nak masak yang kurang pedas macam ayam masak kicap abah Aqil pula tak suka. Jadi kita masak ayam masak merah ala kenduri. Nampak merah macam pedas tapi tak pedas. Aqil pon boleh makan….hahahaha…
 
Psssttt…sebenarnya kita dah lama tak pi makan kenduri jadi dok rasa-rasa teringin nak makan ayam masak ala-ala kenduri kahwin tapi takmau resepi yang renyah. Nak hat simple dan tak gunakan banyak bahan. Naha…godek sana godek sini terjumpa kat FB. Kita baca resepi sepintas lalu…tingggg….ok…guna resepi ni la. Maaf lupa nak tengok resepi dari siapa tapi nak habaq kat ampa resepi dia sedap dan tak pedas. Thanks tuan resepi. Minta halal ya cuma saya ubah cara masak sikit…hihihihi…


 

Ayam Masak Merah Ala Kenduri

 

Bahan-bahan Ayam Masak Meah Ala Kenduri :-

6 ketul ayam
4 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar sos cili
Air asam jawa/asam keping(terpulang nak letak atau tak)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Sehelai daun pandai(ikat simpul)
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
Serai(dititik)
 
Bahan kisar :-
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Seinci halia

 
 

Cara-cara Memasak Ayam Masak Merah Ala Kenduri

 
  • Kalau ikut resepi asal ayam direbus bersama garam,kunyit, halia, bawang putih dan daun pandan. Selepas itu toskan dan goreng sebentar. Tapi saya cuma goreng ayam yang dilumur dengan garam dan kunyit sekejap supaya ayam tak hancur masa kita memasak nanti.
  • Panaskan minyak dan tumis bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelage dan serai serta bahan yang di kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  • Masukkan cili kering, sedikit air, sos cili dan air asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
  • Bila dah agak pecah minyak masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan daun pandan. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Siap untuk di hidang.
 
 
Bau semerbak macam ayam masak merah kat rumah kenduri kahwin…hihihihi… Dah la resepi dia mudah, simple pula tu. Bahan-bahan jenis memang yang sentiasa ada kat rumah. Ni kalau buat nasi minyak dan kerabu timun mau lajak 2 pinggan ni.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. baguslah rajin masak sekarang yerrr

    ReplyDelete
  2. akak !! masakkan untuk kite please.. malas hehe..

    ReplyDelete
  3. Selalu menu ayam masak merah ni masakan paling femes rata-rata kat tempat kenduri

    ReplyDelete
  4. Sesekali makan macam ni, sedap ooii..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya!!!! tak letak daun pandan, boleh ke Zai?

    Feel free to grab this chocolate giveaway segment at https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers