Me Time with Mommy | Cameron Highlands Kami Datang!!!

9:39 AM

Assalamualaikum. Dah seminggu saya dan rakan-rakan pulang dari bercuti selama 2 hari 1 malam tanpa suami dan anak baru berkesempatan nak up entri. Alhamdulillah masing-masing mendapat keizinan dari suami sebelum bertolak ke Cameron Highlands.

Sebenarnya plan nak bercuti bersama-sama dah lama kami rancang. Tahun 2011 2012 kami pernah bercuti bersama-sama dengan keluarga masing-masing tapi menginap di tempat yang dekat-dekat ja di Bukit Merah. Itu pon jenuh atur rancangan. Masing-masing dah ada keluarga, bekerja dan ada anak yang bersekolah. Alhamdulillah rancangan tahun tu berjalan dengan lancar.
Tahun ni bila anak masing-masing dah besar dan bersekolah kami plan nak bercuti secara solo pula. Nasiblah suami masing-masing terima cadangan kami. Inilah masanya kami nak berehat bersantai-santai bersembang tanpa gangguan anak-anak. Eh…bukan tak ingat anak ye, siap ada sorang tu tiap sejam sekali telefon anak sebab tak pernah bercuti tanpa anak.
 Saya?
Masih boleh kawal emosi ni sebab dah pernah tinggal anak bila ada event yang perlu dihadiri. Tipulah tak rindu kat anak…huhuhu…
 

Plan nak bertolak selepas Subuh tapi biasalah ada macam-macam hal kena setel, pukul 7.30 pagi baru bertolak dari Juru.
Berhenti sarapan pagi di RnR Gunung Semanggol sebelum kami teruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Macam-macam kami bualkan sepanjang perjalanan nak ke Cameron Highlands. Teruja sangat-sangat sampai tak rasa nak tidur. Tengok banyak gerai-gerai orang Asli di tepi jalan nak naik ke Cameron Highlands. Memang dah target masa balik tu nak beli petai orang Asli.
 

Lavender Garden
Check point pertama kami. Masa sampai situ dah jam 11 pagi. Dah penuh bersusun dah kereta dan bas perlancongan di tepi jalan. Memang orang ramai sangat masa tu. Disebabkan kami datang ke sini cuma 2 hari 1 malam jadi kami main aci redah saja mana yang kami jumpa dulu. Masing-masing pon dah pernah datang ke Cameron Highlands dengan keluarga jadi tak terlampau excited sangat nak masuk satu-satu tempat tu. Bayaran masuk Lavender Garden dewasa RM10. Dah masuk berbayar jadi swafoto puas-puas kat dalam tu. Berpuluh-puluh keping. Ada juga swafoto syok sendiri…bahahahaha… tapi yang tak syoknya orang ramai sangat. Bila bergambar mesti ada orang lain kat keliling kita. Nasib la kan…kalau takmau ada orang sila buat taman sendiri….bahahahaha….
 
Hotel Rainbow Brinchang
Keluar dari Lavender Garden dah hampir pukul 1.30 tengahari. Terus kami ke Brinchang nak check in hotel. Kami dah booking awal Hotel Rainbow melalui Traveloka. Alhamdulillah senang tak payah nak pusing-pusing cari bilik penginapan. Hotel ada kelengkapan yang diperlukan. Ada khiblat dan juga wifi. Itu yang paling penting….hahahaha….
Lepas check in kami solat jamak siap-siap barulah turun cari makan di astaka Brinchang. Memandangkan malam tu malam minggu banyak gerai makan di astaka yang tutup.
 
Bee Farm Cameron Highlands, Ringlet
Kami ke sana sebenarnya mencari ladang teh. Nak tangkap gambar berlatarbelakangkan ladang teh sambil minum petang tapi orang terlampau ramai sampai tak ada parking di Cameron Valley Tea House Bharat Tea dan ia juga sedang dalam ubah suai jadi tempatnya terhad. Kami lajak ke Ringlet jumpa Bee Farm terus singgah nak tengok lebah dan beli madu.

Cameron Valley Tea House T1-Shalimar Estate
Sebelum balik ke Tanah Rata nampak ada ladang teh jadi terus singgah. Sempat la minum petang kat situ tapi nak turun ke bawah sana memang tak la. Dah jam 5 petang dah masa tu. Kalau turun bila masa pula nak balik. Nak terjah pasar malam pula. Tak larat dah oiiiii….
 
Sempat juga singgah satu dua tempat dalam misi mencari bunga ros dan strawberi.

 
Pasar Malam Tanah Rata
 
Dengar-dengar kata pasar malam di Brinchang tu dah berubah tempat. Masa turun dari Brinchang ke Tanah Rata ternampak signboard pasar malam dekat jalan masuk menghala apartment Dahlia. Balik dari ladang teh terus kami singgah sana nak cari makan. Banyak juga yang kami borong untuk makan malam dan barangan untuk keluarga. Penuh bonet kereta. Masa balik ke Brinchang ada juga yang masih berjualan di tapak pasar malam tu tapi tak banyak gerai macam di Tanah Rata.


Hari ke-2 kami bangun awal mandi dan main make-up. Saja gedik-gedik share barang make-up dan bersolek lebih hari tu. Gedik sangat. Bersarapan di astaka Brinchang mencari nasi lemak. Lepas bersarapan terus check out hotel sebab banyak tempat lagi yang kami nak tuju. Nak singgah market lagi beli buah tangan untuk keluarga. Nak beli sayur, strawberi dan jagung mutiara yang murah-murah tu tapi perancangan Allah tu lagi hebat dari semuanya.
Kami hadap jem sepanjang perjalanan nak ke market. Lastly ambil keputusan berhenti di Uncle SAM Farm nak beli aiskrim strawberi yang sedap dan terus beli buah tangan di sekitar situ saja. Tak banyak benda yang ada kat situ sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Penang. Sempat juga singgah di satu dua tempat sebelum meneruskan perjalanan pulang. Target nak beli petai orang Asli hampir-hampir musnah. Masa tu dah jam 3 petang tapi bayang petai sepanjang perjalanan pulang tu takda lansung. Akhirnya jumpa juga gerai paling hujung sekali kat sebuah kampung ada jual petai. Berderet-deret kereta berhenti semata-mata nak beli petai. Lawak pon ada masa dok pilih-pilih petai tu.
Kami sempat singgah makan Laksa Telur Goreng Bersarang di Taman Botani Ipoh dan selamat sampai di Penang sekitar jam 7 malam. Alhamdulillah trip kali ni berjaya. Budget tol + minyak + hotel + makan + shopping + fee = RM300 seorang.



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. seronok sesekali dapat lepak dengan kawan2.. skrang seksa kan nak enjoy CH ni orang ramai sentiasa. kena tabah betul hadap jem.. menarik gak taman lebah tu x penah pergi gi..

    ReplyDelete
  2. seronoknya
    sekali sekala kena me time gak ngan kawan2..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnye sesekali keluar dgn kawan kawan gi CH.Bila la nak repeat dtg sini

    ReplyDelete
  4. Syoknya makan angin. Lama dah tak ke Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  5. lamanya tak ke Cameron Highland nih.. sesekali memang kena me time juga, tak sabar nak me time hujung minggu ni..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^