Kurung Moden dari Zul & Zie Textiles

3:44 PM


Assalamualaikum. Raya ke-7 baru berpeluang jalan ke rumah terbuka kawan. Hari-hari lain sibuk di dapur rumah tok Besah dan rumah FIL. Gilir-gilir balik sana sini. Mentang-mentang rumah mak dan mertua dekat-dekat....ekekekeke... Hari tu barulah sempat menggayakan salah satu koleksi baju dari Zul & Zie Textile ii.


Saya memilih baju kurung moden material moss crepe ni sebab ia nampak simple tapi mewah. Walaupon fesyen baju raya tahun ini kebaya pendek/labuh tapi saya lebih memilih kurung moden memandang badan agak chubby (kategori plussize) dan bila pakai kebaya labuh macam nampak almari bergerak pula.



Nampak tak efek kurus tang situ. Walaupon baju ni tidak terlalu singkat dan ketat tapi penampakkan efek kurus tu yang membuatkan saya suka...tihihihi...

Baju kurung moden yang simple ini di tambah sulaman serta manik pada bahagian tepi dan lengan baju menampak efek mewah.



Kurung moden ini mempunyai zip di bahagian belakang bagi memudahkan pemakaian. Di lengan pula terdapat zip sorok bagi memudahkan kita mengambil wudhuk.





Bagi penduduk sekitar Kota Tinggi, korang boleh dapatkan pelbagai koleksi blouse, blouse muslimah, baju kurung, kurung moden, jubbah, baju melayu, kurta dan tudung di 2 cawangannya :-

Zul & Zie Textiles
149 &151 Jalan Jelutong 1
Taman Desaru Utama
Kota Tinggi Johor

Zul & Zie Textiles
Lot G18
SKS City Mall
Taman Desaru Utama
Bandar Penawar Johor

Bagi yang jauh boleh membuat belian secara atas talian dengan whatsapp ke nombor :- 017-2123103


You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^