Kisah Rumah Tangga | Suami Tak Romantik

4:41 PM

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni page Kisah Rumah Tangga(KRT) asyik lalu kat timeline facebook. Bila ada kawan-kawan yang share timeline KRT ni barulah saya dapat baca ada saja kisah-kisah rumahtangga yang kawan-kawan facebook kongsikan. Yang terbaru ni kisah suami tak romantik.



Huihhhh…ini pon nak dijadikan isu….adeh…huhuhu… Bila baca komen ada yang bagi pendapat positif dan ada juga yang negatif. Ada yang kecam si isteri dan ada yang kecam suami. Macam-macam hal.

Oklah…ni kisah pengalaman saya tentang suami yang tak romantik. Saya pon dapat suami jenis macam ni. Tak reti nak buat kejutan untuk isteri. Suami saya jenis dapat bagi makan sedap-sedap kat isteri rasanya tu dah di kira romantik kot….hihihihi… Masa birthday takde makna kau nak dapat ucapan Selamat Hari Lahir. Dia boleh bantai tidur. Kalau tak bagitau dia memang tak ambil tau tapi saya sendiri dah bagitau dia hari-hari sebelum birthday cakap tarikh sekian-sekian ni birthday saya. Dia wat derk je. Sakitnya hati masa tu. Kot la dia nak cakap ‘ok…date tu nanti kita pi bercuti ya’ tapi hampeh takde pon.

Pernah juga cakap kat suami masa birthday nak bunga ros. Ok…saya kena minta bunga ros sendiri ye…bukan kejutan sebab memang teringin nak terima bunga masa birthday atau anniversary macam kawan-kawan terima dekat ofis tapi suami balas ‘Bunga ros bukan boleh makan…mahal plak tu. Nanti layu macam tu ja’ Cissss…tak sweet lansung.
Tahun pertama sambut birthday selepas kahwin saya sambut dalam wad…uhuk…uhuk…takde celebrate apa-apa pon cuma suami yang asyik ulang-alik datang hospital lepas habis kerja siap tidur kat hospital walaupon rumah cuma 5 minat dari hospital. Ni kira dah habis sweet dah ni…ahahahaha…. Sambut anniversary plak dia cuma bawa makan-makan je.
Tahun kedua sambut birthday dapat cincin emas. Itu pon saya kena pilih sendiri bukan kejutan…ahahaha…. Anniversary just makan-makan dan ronda dalam Penang dengan suami dan anak.
Tahun ketiga sambut birthday saya sambut dengan mak. Bawa mak makan-makan siangnya dan malamnya keluar makan dengan suami dan dapat handbag pilihan sendiri….ahahahaha…takde surprise juga tahun ni. Masa anniversary suami bizi kerja. Lepas anniversary baru dapat keluar ronda-ronda jalan-jalan.
Tahun ke-empat sambut birthday dapat gelang tangan emas dan sepotong kek. Alhamdulillah suami dah mula belajar sikit-sikit nak jadi sweet…ahahaha….Masa anniversary pula suami ajak ke Pulau Langkawi. Itupon saya yang pilih hotel segala tapi duit suami…ahak…Okla kan dari takda apa-apa.
Tahun ke-lima tahun ni sambut birthday di Hotel Bayview. Takde hadiah takde belon-belon deco romantik atau bunga dalam bilik bagai. Cuma bercuti, jalan-jalan, makan-makan sedap dan sebiji kek.
Alhamdulillah dah nampak perubahan demi perubahan dalam diri suami saya. Time birthday suami, saya bagi apa? Birthday suami selalunya sambut sekali dengan anniversary kami sebab tarikh selang beberapa hari je. Saya selalu bagi hadiah baju, wallet, beg dan kasut je. Susah la nak beli hadiah orang lelaki ni. Kalau hadiah orang perempuan ni banyak.

Dulu saya kisah juga bila dapat suami tak romantik. Jeles dengan kawan-kawan tengok suami diorang buat surprise hantar kek dan bunga kat ofis masa birthday dan anniversary tapi bila dah lama-lama dah terbiasa macam ni. Alhamdulillah walau tak dapat suami romantik tapi dah dapat suami yang bagi izin isteri untuk waktu saya sendiri keluar berjalan-jalan, rajin tolong kemas rumah, basuh baju, sidai baju, mop rumah, jaga anak, basuh berak anak, beri makan sampai besar macam ni pon dah cukup bersyukur. Romantik apa bila orang lelaki boleh tolong buat kerja-kerja rumah? Hahahaha….



You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. xtau nak komen kak.. sendiri tak kawen lagi. tak tahu nak bayangkan macam mana.. semoga semua baik2 saja ^^

    ReplyDelete
  2. Abe ekin jarang nak tunjuk romantik hahahhaa.. Kadang merajuk la gak..

    ReplyDelete
  3. romantik x perlu beri surprise atau beli brg mahal. ckup dengan bntu kerja dapur, masak.. so cik en nanti xmo yg romantik tapi sweet.. ahahhahahinsyallah

    ReplyDelete
  4. wau,,betullah tu setiap suami tu romantik dengan cara dia tersendiri sebenarnya. kalau tak, takkan kita leh tangkap cintan dulu haha..cantiklah blog Zai!

    ReplyDelete
  5. suami iols pun bukan jenis romantik
    betul tu jenis suka bantu isteri kat umah tu baru romantik hahaha bersyukur

    ReplyDelete
  6. romantik tu tak sama antara suami tu sendiri. dapat suami yang sanggup bantu kerja di rumah pun ok apa, kena plak sama-sama buat keja rumah, romantik tu..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers