Kafe Setinggan | Laksa Telur Goreng Bersarang

4:04 PM


Assalamualaikum. Hampir seminggu pulang dari Cameron Highlands hari ni baru teringat nak up entri pasal laksa telur goring bersarang yang femes kat Ipoh. Dok tengok ada kawan-kawan kat Penang sanggup terjah Ipoh semata-mata nak makan laksa telur goring bersarang ni membuatkan saya pon turut rasa teringin.

Alhamdulillah...balik dari Cameron Highlands tu kebetulan lalu Ipoh ada kawan yang bagi cadangan ajak singgah kat sini. Memang masing-masing tengah lapar dan penat masa tu. Cun sangat boleh duduk santai-santai berehat sambil menikmati laksa telur goring bersarang.

Terletak di Bandar Seri Botani Ipoh, Kafe Setinggan ini berada di deretan kedai paling hujung sekali.


Sampai dalam jam 4 petang keadaan penuh sesak dengan pengunjung di Kafe Setinggan. Kebetulan ada pelanggan yang baru bangun di luar kafe jadi rezeki kami tak perlu nak mencari tempat duduk dan tunggu lama.

Kafe Setinggan mengamalkan khidmat layan diri. Dah booking tempat silalah ke kaunter untuk order minuman, makanan dan bayar di sana ya.



Perkhidmatan di kaunter sangat-sangat pantas. Pekerja pon peramah.



Tadaaaa....LAKSA TELUR GORENG BERSARANG dengan cili padi potong....fuhhh...tak sabar nak makan. Otak udang juga disediakan di kaunter bagi penggemar otak udang.



Rasanya sedap dan memang tak mengecewakan. Bagi saya yang jenis tolak batu dan kayu ni hentam makan je semuanya. Tak tolak pon....hahahaha... Saya bagi 4 bintang.

Eh...laksa kat Perak ni memang suka tambah bahan lain-lain ek? Hari tu laksa seringgit kat Parit Buntar tambah cucur...kali ni tambah telur goreng pula.



Saya suka deco dinding dan tingkap kayu dia. Ala-ala berada di kampong gitu. Ni kalau takde abang-abang orang dok makan kat meja sebelah tingkap dah lama kami swafoto bagai nak rak kat situ....hahahaha...


Kami sudah. Korang bila lagi.

Untuk info lanjut korang boleh layari :-


Alamat : Kafe Setinggan
Jalan Margosa D/8
31350 Ipoh Perak

Tel : 018-5772955

Di buka setiap hari dari jam 12.00 tengahari hingga 7.00 petang kecuali hari Jumaat


You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. lama citer ni dalam draft x edit2 lagi.. tak minat laksa tapi oklah sedap jugak sini heehe.. suka pau cendawan tu.. slalu kawan2 ngan mak suka sngt sini..

    ReplyDelete
  2. sedap wei, merasa makan laksa ni masa p umah kakak kat ipoh bulan 12 tahun 2015.. bila nak p lagi tak tau..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^