Bayi 10 Bulan Tertelan Kerongsang Ibunya | Alhamdulillah Kerongsang Dah Berjaya Dikeluarkan

9:25 AM

Assalamualaikum. Baru-baru ni terbaca kes bayi 10 bulan tertelan kerongsang ibunya yang disemat di bahu. Sebelum tu kes bayi tertelan cincin. Macam-macam kes sekarang ni kan.



Semalam terbaca yang mengatakan kerongsang dalam badan bayi tu dah berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah. Kita sama-sama doakan kesihatan bayi tu agar dia sihat seperti sediakala.
 

Dulu-dulu masa Aqil kecil saya jarang nak bersiap bagai melilit shawl atau tudung bukan sebab takut Aqil tertelan brooch tapi takut melukakan muka Aqil waktu kita dukung dia. Itu yang bermain difikiran saya masa tu. Tak terlintas bab-bab baby nak telan ni. Bila jadi kes-kes macam ni kiranya apa yang saya buat sebelum ni betul la kan.
 

Nak pin tudung takut jarum peniti tu terkena anak. Nak boh brooch besar di bahu takut muka anak tersembam kena brooch. Sampaikan masa tu tak pakai cincin kahwin yang ada batu, gelang dan jam semata-mata takut lukakan anak. Haihhhh....jadi mak-mak ni banyak yang kena korbankan.

 

Jadi pakailah tudung ala-ala makcik bawang....ahahaha... Yela takut kulit muka anak yang flawless mengalahkan kulit mak tercalar luka mak sanggup pakai tudung makcik-makcik je.
 

Kecuali kalau ke kenduri-kendara atau berjalan bersama suami barulah bergaya sikit sebab suami yang akan dukung anak...ahak...jadi mak dapatlah bergaya sedikit.

Untuk ibu-ibu kat luar sana berhati-hatilah. Takpe kita korbankan sikit tudung yang cantik berfesyen tu sementara anak-anak nak besar cerdik. Taknak pakai tudung makcik bawang macam saya boleh je pakai tudung bawal ikat simpul kat hujung. Itupon dah nampak lawa....hihihi... Habis-habis koman korang mesti pakai shawl ala-ala keknis betul tak?

Yang ada anak kecil rasanya tak usahlah nak pakaikan aksesori yang merbahayakan anak. Dulu abah Aqil pon pernah pakaikan dia bangle besar. Saya memang bantah keras tapi abah Aqil nak anak bergaya. Habis berbirat calar muka dia. Lastly saya buka dan simpan entah kat mana. Memang Nampak cantik pakaikan anak cincin rantai tapi budak-budak tak tahu apalagi. Kang tak memasal di tarik-tarik rantai tu berbirat leher. Tak gitu?

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Ana tau berita ni mlm td bila tgk berita TV9. Kita ni sendiri kalau tertelan xleh nk bygkan apa lagi bayi. Semoga kita dijauhkan perkara sebegini. Amin.

    ReplyDelete
  2. allahuakhbar seramnya.. takutnya >.<

    ReplyDelete
  3. mula dapat citer nih dari group whatsapp sekolah.. ngeri rasa.. tapi menurut ayah baby ni, kerongsang tu dia kutip dalam kereta.. apapun benda tajam sebegini tak boleh letak merata-rata kan..

    ReplyDelete
  4. Sha sejak ada anak, memang pakai tudung sarung je..
    Lepas anak dah besar sikit baru pakai shawl..
    Masa tengok berita pasal budak ini, Allah.. Ngeri rasanya..
    Bendah dah jadikan..
    Semoga ibu-ibu semua berhati-hati..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers