The Light Hotel Penang Sebarkan Kemeriahan Hari Raya Kepada Lebih 100 Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Dengan Kerjasama Elang Wah Sdn Bhd

4:14 PM


Baru-baru ini The Light Hotel Penang dengan kerjasama SP Arena dan Elang Wah Sdn Bhd telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dan yang memerlukan selama 5 siri mulai 7 Jun sehingga 11 Jun 2017.


CSR The Light Hotel dan SP Arena

 
Ia merupakan acara tahunan bagi The Light Hotel Penang untuk membantu golongan kurang bernasib baik di setiap perayaan yang ada. Bagaimanapun tahun ini, acara ini lebih unik lagi kerana The Light Hotel Penang bergandingan dengan SP Arena dan Elang Wah Sdn Bhd bersama anak-anak syarikatnya Hop On Media dan Bon Zainal yang sinonim dengan rekaan pakaian lelaki yang eksklusif dan di sokong sepenuhnya oleh YB Dr. Afif Bahardin, Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya. Saya dan rakan #pbumedia berkesempatan untuk turut serta dalam program yang di anjurkan oleh The Light Hotel Penang ini.



 
Program ini memberi manfaat kepada semua pihak bagi menyebarkan hasrat murni, semangat perkongsian dan saling menyayangi sewaktu perayaan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. Seronok anak-anak ini bilamana berpeluang merasai perjalanan menaiki Hop On Hop Off bas(HOHO) dan ia merupakan pengalaman yang mengujakan.
 
menaiki HOHO bas pusing Seberang Jaya hingga ke Perda

Tak dilupakan, pihak The Light Hotel Penang telah mengagihkan nasi briyani ayam yang merupakan ‘signature dish’ di bulan Ramadan kepada orang awam dan anggota keselamatan(polis serta bomba).


sekitar pengagihan nasi biryani ayam di balai bomba Perda

 
Turut hadir di majlis yang bermakna ini adalah YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya; dari Elang Wah Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Syed Azhar bin Syed Nadzir; dari Hop On Media, Ketua Pegawai Korporat Mr Ekhwan Abdul Rasid; Pengurus Besar The Light Hotel Penang Mr Raj Kumar; wakil-wakil syarikat, 52 kanak-kanak kurang bernasib baik dan juga para media.


antara tetamu yang turut serta pada CSR kali ini

 
Antara rumah anak-anak yatim yang terlibat dalam CSR Projek ini adalah :-
1) Rumah Permata Kasih Permatang Pauh
2) Maahad Tahfiz Sirajul Quran Seberang Jaya
3) Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang
4) Rumah Anak Kesayangan Bukit Jambul
5) Rumah Amal Kasih Abadi Chai Leng Park


sebahagian anak-anak kurang bernasib baik yang hadir di CSR ini
Ini merupakan kali pertama SP Arena turut sama menganjurkan CSR Projek tetapi telah menganjurkan Pasarena Aidilfitri-Seberang Jaya Ramadan Fest sejak tahun lepas lagi. Antara artis tempatan yang turut serta sepanjang acara ini antaranya Rabbani, Alif Satar dan Caliph Buskers, di mana lebih 60 gerai juadah berbuka puasa ditawarkan dan bilik di sponser sepenuhnya oleh The Light Hotel Penang.


Program ini sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat sewaktu perayaan.

Artis Alif Satar turut sama dalam CSR kali ini

Di akhir majlis pihak The Light Hotel Penang telah memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak kurang bernasib baik ini. Terpancar keceriaan di wajah mereka. Di harap majlis ini dapat diteruskan lagi pada perayaan yang akan datang. 

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Seronok kan dapat buat kerja aml macam ni..diharap akan diteruskan pada tahun hadapan

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah satu kerja yang baik di bulan yang baik
    tahniah PBU dpt join kerja amal ini...
    seronok dpt merasai keseronokan anak2 yatim tu
    dan seronoklah dpt jpa alif huh kbai

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^