Seronok Berbuka Di Kampung | Tradisi Bertukar Juadah

11:29 AM

Assalamualaikum. Dah separuh Ramadan kita tempuhi tahun ini. Sekejap sungguh masa berlalu. Bersiapan hari raya korang macam mana? Dah beli ke? Saya dah setelkan baju anak dah. Baju sendiri nanti-nanti baru nak cari.

Esok dah Sabtu. Tak sabarnya nak balik berbuka kat rumah mak nak berbuka sama-sama. Lagipon kesian kat tok Besah kadang berbuka sorang-sorang bila adik kerja petang.

Kat kampong tok Besah masih ada lagi tradisi bertukar-tukar juadah dengan jiran terdekat. Kampung korang masih ada tradisi ni tak? Seronok gila bila bulan puasa. Masak satu jenis kuih atau juadah berbuka puasa, dapat dua tiga jenis juadah yang lain lagi. Pastu masak lauk sejenis dengan nasi dah sudah. Tak perlu nak masak banyak-banyak jenis. Bukan nak makan sangat pon. Membazir je nanti. 


goreng bihun dan buat lepat - dapat donut, bihun Singapore dan cucur jagung. Ayam masak kicap tu untuk sahur
 
buat laksa - dapat mee kuah dan bubur lambuk. Gulai daging kak ipar mai hantar


buat sagu merah- dapat bihun sup, agar-agar, roti jala dan lepat

Saya tak bertukar juadah dengan jiran...hihihi...sampai rumah pon dekat-dekat pukul 7 tiap hari. Tak sempat nak masak apa. Beli je la menu berbuka...huhuhu...


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Mmg seronok berbuka di kg zai..
    Hendaknya tradisi tukar2 juadah ni..
    Bertambah meriah..
    Tapi skrg kg akak dah tak ada buat mcm ni..
    Tambahan org tua dah tiada..

    Kat taman perumahan ni lagi tiada..
    Memasing balik pun dah lambat..
    Beli je juadah berbuka tu..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak bertukar juadah mcam ni..last pun rasanya dalam 3 tahun lepas..

    ReplyDelete
  3. Ekin pun x tukar juadah dgn jiran gak.. Tukar dgn kak ipar2 n mak saudara suami jer

    ReplyDelete
  4. Sedapnya juadah kampung terasa nak blik kg sekarang juga buka ngan family rindu lah...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers