Laksa Noxxa dan Ketupat Palas

12:06 PM

Assalamualaikum. Mood raya masih ON ke? Ke ada yang sudah bekerja? Saya masih bercuti. Kebetulan cuti sekolah dan pengasuh Aqil pulang berhari raya di Sarawak, jadi mama Aqil pon teruskanlah mood beraya walaupon tak jalan ke mana sangat.

Hari ni mama Aqil nak cerita 2 benda yang mama Aqil tak pernah buat sepanjang hidup pada raya kali ni. Hahaha...macam tak percaya tapi ini yang terjadi.

Raya kedua masih di rumah tok Besah. Awal pagi tok Besah dah bagitau hari tu mesti ramai anak-anak sedara tok Besah yang datang ziarah. Bincang punya bincang akhirnya kita nak buat laksa guna periuk Noxxa yang ada. 

Eh...ini bukan periuk baru. Periuk ni dah bertahun-tahun ada di rumah tok Besah. Dulu harga beli baru RM600 main kutu. Kalau cash mungkin harga dia murah lagi dari tu cuma jarang guna kecuali waktu perayaan nak rebus ketupat palas dan nasi himpit serta sup tulang. Pernah juga sesekali masak nasi minyak dan nasi putih time kenduri-kendara. 7 minit kan masak nasi putih. Lebih pada tu tak pernah guna dah. Benda mahal tok Besah sayang. Payahlah nak bagi sentuh periuk Noxxa dia ni.

Akhirnya raya kedua tu kami berpakat buat laksa Noxxa ikut step dari blog Mama Jue tapi di olah sedikit resepi tu.

Patutnya kepala ikan tu di potong terus

Kejadian kuah laksa selepas ikan yang di rebus di kisar memang cantik. Halus ja. Dah tak perlu nak perisi isi ikan dari tulangnya. Hancur semuanya cuma biji mata ikan yang putih tu je tak hancur jadi lain kali kena buang kepala ikan sebelum di rebus.


Start memasak laksa dari jam 11.30 pagi siap pukul 2 petang sekali 4 jenis lauk makan tengahari. Memang cepat dan senang dengan menggunakan periuk Noxxa.

Benda kedua yang mama Aqil tak pernah buat dalam hidup adalah balut ketupat palas. Selalunya time raya ni mama Aqil ambil job memasak rendang dan lauk pauk ja. Bab ketupat memang tok Besah yang kesahkan.

Tetiba tahun ni di rumah mertua pada raya ke-4 mama Aqil balut ketupat palas dengan mertua. Herot petot terus ketupat tu. Asyik jadi ketupat betina pastu jadi ketupat jantan tak jantan. Belasah je la asal nampak rupa ketupat sudah....hihihi....


Nampak gaya nak kena berguru lagi bab balut ketupat palas ni. Kalau kena lagi raya haji nanti naya ni....hihihihi....

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. BW sini.

    jemput ke blog >> https://hikayathidupseorangaku.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-1438h.html

    saya ada buat survey. Harap sudi jawab :)

    https://goo.gl/forms/Y7hlOgJFYdYlvyYz1

    thanks :D

    ReplyDelete
  2. hahahah kami pun buat ketupat betina.. tak reti oiihhh jadi jantan..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers