Kad Raya dan Hamper Penyeri Raya

2:54 PM


Khamis minggu lepas tetiba bos bagi hamper raya. ‘Eh…eh…awalnya dapat hamper’…hahaha…itu yang terpacul kat mulut. Bukan nak ucap terima kasih tapi memang awal sangat. Masa bawa balik hamper tu semua pandang-pandang kat scanner depan. Alhamdulillah….rezeki. Thanks bos.


Khamis ni I bawakan kuih raya untuk semua makan ye….hahahaha… Punya pulun la buat biskut raya hari Ahad lepas. Iyelah…2 minggu lepas pak mertua eksiden jadi tak dapat nak start projek biskut raya. Sabtu minggu lepas bawa tok Besah shopping barang raya. Ahad baru berkesempatan nak buat pon. Hari biasa? Letih dah badan ni hadap jem hari-hari. Pukul 10 malam ja mesti dah nak lena….ahahahaha….


Masa balik rumah tok Besah Sabtu lepas tengok-tengok dapat 2 keping kad raya. Ehem…ehem…sapalah yang bagi ye? Walaupon sekadar kad raya tapi kita happy sangat wak…tu baru 2 keping. Kalau 20 keping rasanya happy berganda-ganda.


Thanks cik EN dan akak Rose bagi kad raya kat kita.



Balik rumah tok Besah 2 hari sebelum raya terima lagi satu kad raya dari rakan blogger di Langkawi. Terima kasih Farah atas kad raya yang diberi. Tahun depan Insyaallah kita berbalas-balas kad raya ye.

Pssttt…niat dihati nak hantar kad raya kat orang tapi bila dah beli kad raya tu masih kat situ je padahal dah ada azam nak kembalikan nostalgia…kononnye la ^.^

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. nak tumpang makan sekut raya jugakkkk

    ReplyDelete
  2. Best dapat hamper dan kad raya

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA...

    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    ReplyDelete
  4. tahun ni CT dapat sekeping je kad.. ngeh3.. mesti orang tamo kasi sebab CT x penah reply hahaha.. bukan apa kadang2 x terkejar nak kasi.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^