15 TIPS RAYA DIKAMPUNG SANGAT PENTING YANG RAMAI ORANG TAK PERASAN

12:26 PM

Info ni kawan yang wasap. Bila di baca memang betul la juga. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Dulu orang suka duduk beramai-ramai dengan sedara mara. Zaman sekarang masing-masing suka buat hal sendiri. Jadi tips ni sesuai sangat pada kita yang tak lama lagi nak balik kampung.

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali - Hahaha...yang ni memang. Malam raya barulah masing-masing nak iron baju. Jenuh tunggu giliran.

2. Rumah di kampung kadang tak ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak - kipas memang perlu. Nama pon kampung memang malamnya sejuk tapi kadang gangguan nyamuk la pula. Bab tidur hotel atau homestay kalau boleh elakkanlah. Kadang riak muka mak ayah kita biasa ja tapi perasaan dalaman mereka? Takut kecil hati kita tak sudi tidur kat rumah kampung.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dan lain-lain - betul sangat. Sekarang ni satu family dah 5 6 gadjet.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali - yang ni saya selalu buat bila balik raya. Cucu-cucu tok Besah yang anak dara ramai tu tidur dalam bilik. Yang mak-mak dara ni terpaksalah tidur kat ruang tamu.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu - tidur lewat bangun awal nak berebut bilik air...hahaha...naseblah rumah tok Besah dah ada 2 bilik air dalam rumah.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam - basuh pinggan tu kerja anak-anak dara cucu tok Besah. Tapi selalunya hal-hal kemas rumah dan lain-lain dah setel bila diorang sampai.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan telefon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok telefon. Kepimpinan melalui tauladan - zaman gadget. Semua nak update kat media sosial tu yang bizi dengan telefon tapi dah setel kerja barulah update....tak gitu?

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dan lain-lain. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri - tak perlu berlumba-lumba sapa bagi banyak sapa bagi sikit. Sebagai mak ayah tak perlu juga nak banding-bandingkan kemampuan anak-anak.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang - beramah mesralah dengan tetamu yabg datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dan lain-lain lagi. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.
Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dengan orang lain jangan harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yang tua yan muda…jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin! - ini win. Dah kawin kena terima la semua-semua keadaan. Tak bolehlah asyik-asyik nak beraya rumah mak kita ja kan.

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi - kalau takda mak ayah kita, hari raya tu terasa kosong je.

Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum

– Musafir di Aidilfitri

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Tahun ni tukar mokcik tukar tips..tip berpantang ketika rya..hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^