Summer Suites Residences | Penginapan selesa yang murah di tengah bandaraya Kuala Lumpur

4:27 PM

Summer Suite Residence | Hai semua. Semalam Zai dah janji nak cerita tentang penginapan Zai  dan kawan-kawan ke #SBB2017 yang lepas. Lepas ja mendaftar #SBB2017 kami terus dok belek-belek website online hotel untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi.

Kalau boleh nak yang murah tapi dekat dengan Saloma Bistro. Iyelah, siangnya ada seminar di Matic dan malamnya ada majlis makan malam di Saloma Bistro. Nak juga balik mandi pakai baju cecantik untuk dinner nanti.

Tengok hotel-hotel di sekeliling Matic dan Saloma Bistro harganya boleh tahan. Memang tak murah tapi harga…uiiii…juling biji mata ni. Kami cuma nak mandi, salin baju dan tidur saja malam tu. Lainlah nak menginap 2 ke 3 hari di sana tanpa keluar dari bilik hotel….ahahahaha….

Dalam dok mencari-cari Eyda bagi Zai satu link di Agoda. Riki-riki harga situ….uiiii…memang murah dan berbaloi la. Tanya pendapat sikit-sikit terus booking bilik di Summer Suitse Residences.

Summer Suite Residence-gambar dari Agoda


Pada awalnya Zai tempah bilik suite standard keluarga. Boleh masuk 5 orang. Kira selesa kalau kami pi bertiga…tup…tup…yang sorang tu kansel di saat akhir. Jadinya Zai batalkan tempahan tu dan tukar bilik lain yang lebih kecil.

Suite Standard Keluarga-gambar dari Agoda


Bila tengok keluasan standard suite, Zai dan Eyda terus kompem dan bayar. Murah gila untuk bilik yang ada katil queen, almari, tv, meja makan untuk 4 orang, sofa, dapur siap dengan peti sejuk, microwave, cerek dan periuk serta kopi dan teh. Harga bagi bilik seluas ini dengan balkoni baru RM156.** termasuk GST mengikut hari apa yang kita tempah. Kalau bukan hari cuti atau cuti sekolah mungkin harganya lebih murah. Gila tak murah.

Lobi Summer Suite Residence-sumber dari Agoda


Penginapan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang dekat dengan Menara Kuala Lumpur(0.7 km) dan KLCC(0.9 km) ini rasanya ia amat berbaloi. Lagipon kami cuma mengambil masa 6 minit berjalan kaki untuk ke Saloma Bistro malam itu. Dekat sangat-sangat.

6 minit perjalanan ke Saloma Bistro


kami dah sampai di Summer Suite Residence


Jom tengok bilik yang Zai tempah. Memang berbaloi untuk keluarga yang ada anak kecil seorang atau dua. Ruang yang luas sesuai untuk anak-anak bergerak.

Standard Suite-bilik yang Zai tempah hari tu-ada katil, sofa dan meja makan untuk 4 orang

 
Ada almari, tv dan rak mekap di hujungnya

ada peti sejuk, dapur, microwave, cerek dan kelengkapan memasak

sinki di luar bilik air

 
dari balkoni bilik kami
Selain bilik suite standard keluarga dan standard suite terdapat beberapa jenis bilik lagi yang ada di Summer Suite Residence antaranya :-

Suite Premium

- 4 katil dalam bilik asrama(bercampur) sesuai untuk backpaker
-bilik asrama wanita deluxe(6 dewasa)
-bilik asrama campur(8 dan 6 katil)



Apa yang bestnya di Summer Suite Residence ialah :-
  • ·         Mudah mendapat pengangkutan awam
  • ·         Mempunyai penyaman udara
  • ·         Pengemasan bilik setiap hari
  • ·         Mempunyai balkoni
  • ·         Ada cucian kering/dobi di tingkat 11
  • ·         Kolam renang di tingkat 11
  • ·         Gym di tingkat 11
  •       Wifi percuma disetiap bilik

 
kolam renang-sumber dari Agoda

kami di kolam renang

gym

kedai serbaneka dan cafe di tingkat bawah

Terdapat juga café dan kedai serbaneka di tingkat bawah Summer Suite Residence yang membolehkan kita membeli makanan di tengah malam jika lapar. Jadi Zai rasa ini adalah penginapan yang berbaloi-baloi.

JIMAT
SELESA
LUAS
MURAH


Korang kalau ingin bercuti ke Kuala Lumpur dan masih mencari-cari bilik penginapan yang murah, selesa dan luas…. Summer Suite Residence jawapannya. Memang tak rugi.

Info lanjut boleh ke :-

Summer Suites Residences
Mercu Summer Suites
B-11-17, Jalan Cendana
Off Jalan Sultan Ismail
KLCC 50250 Kuala Lumpur
Tel : 017-3026631

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. walaupun harga murah servis nak bilik sangat bagus kan

    ReplyDelete
  2. jauh giler hotel ni hahahahaha
    berbaloi la duk sini weii
    dkt ya amat dengan matic/saloma
    kedai serbaneka pun ada kalau lapaq
    yg penting selesa..luas
    xkisah pun tido atas sofa...sbb mlm tu tido dlm senyuman haahahaha
    thanks uols sudi tumpangkan tok hari tu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers