Dapoq Pak Beh Buffet Ramadan di Iconic Hotel Penang

8:40 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 4 Ramadan. Cepat ja dah masuk 4 Ramadan kan? Dalam dok berpuasa ni mungkin ada orang sekitar Seberang Perai tercari-cari buffet Ramadan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan, kawan sekerja mahupun keluarga. Kali ini Zai nak kongsikan satu lagi buffet Ramadan di kawasan Seberang Perai untuk korang kunjungi.

Iconic Hotel Penang

 
Iconic Hotel Penang yang masih baru di buka, terletak di Bukit Tengah Bukit Mertajam berhampiran dengan highway Utara Selatan dan juga Juru Autocity telah memperkenalkan hidangan buffet Ramadan bertemakan Dapoq Pak Beh. Pihak Iconic Hotel telah menyediakan lebih 160 hidangan dengan dihiasi dekorasi ala-ala kampung yang membolehkan pengunjung berbuka puasa seperti berada di kampung.
dekorasi ala kampung
 
dekorasi ala kampung

 

HIDANGAN DAPOQ PAK BEH

 
Pelbagai jenis hidangan telah disajikan yang dimulakan dengan hidangan nasi yang pelbagai jenis. Antaranya nasi putih, nasi tomato dan nasi beriani. Begitu juga dengan lauk-pauk antaranya ayam masak merah, ketam masak lemak cili padi, sotong goreng kunyit, ayam percik, daging masak hitam berbijan, ulam-ulaman, pelbagai jenis kerabu, sup daging, sup kambing, bubur lambuk, rojak buah dan banyak lagi.
nasi tomato dan nasi beriani
 
sebahagian lauk pauk menu utama
 
sebahagian lauk pauk menu utama
 
ketam masak lemak cili padi
ulam-ulaman

 
kerabu
 

STALL DAPOQ PAK BEH

 
Selain beraneka hidangan lauk-pauk dari Dapoq Pak Beh terdapat juga stall yang menyajikan pelbagai menu panas-panas seperti char koey tiaw, murtabak, nasi ayam Hainan, bihun sup, laksa, satay, kambing golek, ais kacang, cucur udang, roti jala dan gulai kawah. Banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

murtabak
 
ais kacang
 
nasi ayam hainan
 
bihun sup utara dan asam laksa
 
kambing golek
 
satay
char koey tiaw

 
 

PENCUCI MULUT

 
Di Dapoq Pak Beh, Iconic Hotel menyajikan pilihan pencuci mulut lain dari yang lain. Pertama kali jumpa serawa pulut durian dan mutabak durian. Try juga serawanya. Tak terlalu manis. Sedang-sedang saja rasanya. Begitu juga kuih-muih tradisional. Ada kuih Melaka, kuih lopeh, pudding roti dan bermacam lagi. Begitu juga dengan air yang pelbagai perisa. Dari air manis panas hingga air sejuk semuanya ada.

kuih talam dan puding
 
kuih tradisional
 
serawa durian
 
manisan
 
air sejuk pelbagai perisa
buah-buahan

 
Bagi yang mencari-cari buffet Ramadan di Seberang Perai bolehlah berkunjung ke iconic Hotel untuk berbuka bermula pada 27 May-24 Jun, 2017.

gambar dari fb Iconic Hotel

 
Selain itu juga, pengunjung juga ditemani dendangan muzik tradisional secara live ketika berbuka puasa. Memang mengasyikkan.


 
 

HARGA BUFFET RAMADAN ICONIC HOTEL

 
Harga Biasa
RM58 (Dewasa)
RM29 (Kanak-kanak)
Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma
 
 
Promosi Baucar Pembelian Awal (Early bird)
RM48 (Dewasa) -baucer terhad
 
Kemudahan surau juga disediakan untuk para pengunjung beragama Islam.
  
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
+6 04 505 9988
 
 
team #PBU


 Terima kasih pihak hotel kerana sudi menjemput kami team #projekbloggerutara

Kredit picture to : El Darwena

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Woww. Suka konsep buffet Ramadhan style gini. Banyak pilihan. :)

    ReplyDelete
  2. mmg meriah makanan kat iconic
    mcm2 ada

    ReplyDelete
  3. suka dengan suasana dia.. lagi satu terlalu banyak menu

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers