Pengalaman Menginap di Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani
2:44 PMPengalaman Menginap di Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani
Assalamualaikum | Pengalaman pertama kali menginap di
Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani amat mengujakan. Di layan
bak VVIP terasa bagai diri ini macam orang ada-ada. Mana tidaknya, ini pertama
kali dapat tidur di bilik serba mewah dan besar membuatkan diri ini rasa tak
mengantuk malam itu. Betul-betul tak mengantuk sampaikan saya dan rakan-rakan
tak tidur sampai pukul 4 pagi. Dok ke sana sini dalam bilik. Bilik luas la katakan.
Siangnya sebelum check-in bilik hotel, saya dan rakan-rakan
isi perut dulu di bistro Park Avenue Hotel Sungai Petani. Saya cuba menu ringan
sikit sebab malamnya kami ada makan malam yang hebat, jadi saya order mee goreng
mamak dan jus epal sahaja.
Tengok dari luaran mee goreng mamak saya macam takde
tarikan tapi bila di selak helaian mee goreng mamak itu memang banyak rencah
dan bahan-bahannya. Memang tak rugi, ada udang, sotong, ayam dan cucur setanding
harganya dan yang penting sekali ianya sedap.
Selesai makan kami pun check-in bilik dan naik ke bilik
masing-masing. Melangkah ke Presidential Suite Park Avenue Hotel Sungai Petani
hati rasa berdebar. Gila tak debar, teruja sangat-sangat dah masa ni tapi kontrol
ayu…kah…kah…kah… Melangkah ja kaki masuk ke situ terus mulut sebut “WOW”.
Biliknya luas, hiasan dalamannya berkonsepkan ekslusif dan klasik kerana masih
mengekalkan motif kayu dan berwarna ke emas-emasan. Rasa macam diri kerabat di
raja pon ada masa tu bila tengok bilik berwarna emas. Jom tengok bilik kami jom.
Dari ruang tamu boleh nampak lagi dua 2 di belakang sana. Luaskan?
Masuk dari pintu depan terdapat satu ruang tamu dengan set
sofa, tv dan bilik air.
Di ruang tengahnya pula terdapat set sofa, tv, meja makan
dan ruang dapur yang disertakan dengan peti sejuk.
Di ruangan bilik tidur terdapat almari, set kerusi rehat,
meja mekap, katil yang bercirikan eksklusif, tv serta bilik air.
Kami siap konker sorang satu tv. Siaran lain-lain….hihihi…
Teruja punya pasal kejap-kejap ke depan, kejap-kejap dok kat tengah nanti
landing pula atas katil dalam bilik.
Bilik ini sesuai untuk pakej bulan madu kerana suasananya
yang eksklusif dapat membangkitkan mood happy kepada pasangan. Fuhhh…kita ni
nasib la pergi sorang ja hari tu. Kalau berdua rasanya nak duduk dalam bilik
saja…hihihi… tapi petang tu kami turun ke kolam renang untuk berendam dan terjadilah aksi gila-gila ni. Mesti ada ja pengunjung yang heran lihat kami terbaring di kolam renang hari tu...hihihi...
Korang kalau datang ke sebelah Utara dan mencari penginapan
yang berbaloi saya syorkan disinilah tempatnya. Harga pon berbaloi-baloi. Makan
pon sedap sangat.
E-1 Jalan Indah Dua,
Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani Kedah
6 apa kata anda?
amboi sampai kul 4 xleh lena..mana taknya pas dinner pi ocho2 plak hahaha
ReplyDeleteWah..bestnyer..mesti tdo nyenyak mlm tu..
ReplyDeleteBest la depa dapat bilik hebat.
ReplyDeleteseronoknyaa.. walaupun penat gaya team building
ReplyDeleteP Honeymoon pulak la kak zai hihihihi
ReplyDeleteWah besaqnya bilik
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^