Tempat Makan Best Di Penang | Mee Udang di Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate
10:33 AM
Mee Udang di Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate | Hai…hai…hai…entri makan-makan lagi….kofff…kofff…kofff… Zai
Zamree dan makan berpisah tiada.
Kejadian sewaktu makan tengahari waktu bekerja.
Saya dan kawan-kawan bukanlah jenis yang keluar makan
tengahari di luar mahupon dalam kantin company. Kami lagi suka lunch makan roti
kering cicah milo panas tekan di pantry atau menyicah buah pelam dengan kuah
rojak di dalam opis ja….hihihihi tapi bila sesekali keluar setelkan urusan kat
luar barulah kami singgah makan. Itu pon jenuh memikir kat mana nak makan. Yela…kami
tak makan kat restoran hipsturrrr mahupon yang nampak grand. Dalam perjalanan
balik dari setel urusan rasmi terus ajak kawan-kawan makan kat tepi laut di
Restoran Nelayan Sri Jerejak Pantai Seagate.
Sebenarnya ini kali pertama kami datang ke situ dan saya
tahu tempat ni pon sebab pernah tengok ada rakan blogger dari Utara pernah
makan di situ tapi ingat-ingat lupa siapa gerangannya. Saja mencuba nasib.
Cadangnya nak makan bihun sup atau pon laksa tapi owner restoran cakap dah lama
tak buat. Jadi marilah berhuhuhuhu….
Kat Nelayan Sri Jerejak korang boleh menikmati mee udang di
waktu tengahari. Mana nak cari restoran jual mee udang di tengahari ni kan?
Selalunya restoran menjual mee udang buka di waktu petang. Kedai nasi campur banyak la time macam tu dan di sini juga ada menjual nasi campur bagi sesiapa
yang nak makan nasi campur. Apalagi jom tengok apa kami order hari itu.
Mee udang ni saiz S ye tapi dia punya udang besar-besar,
fresh dan portion dia banyak. Harga sepinggan cuma RM5 sahaja. Murahkan?
Terdapat 3 saiz mee udang, S/M/L. Rasa nak udang lagi banyak mungkin boleh order
saiz M/L. Kuahnya tak pekat tapi masih dalam kategori sedap. Masakan saya bagi
4/5 bintang.
So kalau korang yang datang Penang nak cari tempat makan best dan nak makan di
pondok tepi laut sambil di buai angin sepoi-sepoi bahasa bolehlah singgah
makan di Nelayan Sri Jerejak yang terletak betul-betul di selekoh masuk ke
astaka Pantai Seagate.
3 apa kata anda?
Tudia udang..gemok2..murah pulak tu..😉
ReplyDeleteperhh udang tu..
ReplyDeletewahhh..dapnye..
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^