Travel | Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand

4:36 PM

Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand

Ingat tak dulu saya pernah cerita pengalaman buat passport Aqil awal tahun 2016. Saya, tok Besah dan Aqil mengikuti trip ke Hatyai-Songkla Thailand sewaktu cuti Tahun Baru Cina yang lepas dan inilah trip yang paling jauh saya bawa Aqil jalan-jalan tanpa suami yang waktu ni Aqil cuma berumur 2 tahun 4 bulan. Lepas balik tu transfer gambar entah kat manalah simpannya. So baru je jumpa balik marilah up entri kat Magic Eye 3D Museum Hatyai. Yang lelain tak payah la up....dah lupa jalan ceritanya...hahaha...

Masa sampai di Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand agen bagitau kalau nak masuk pon boleh taknak masuk pon boleh. Dah alang-alang dah sampai sana bawa tok Besah jalan-jalan, jomlah masuk tengok apa yang ada di sana. Eh...dah nama pon 3D dah semestinya ada lukisan je kan...hahahaha...

Tiket masuk untuk seorang dewasa berharga 400 baht dan kanak-kanak atas 80cm(4 tahun) 300 baht. Dok ingat Aqil nak kena bayar dah masa ni. Naseb baiklah pandai bercakap ayam dan itik bagitau dengan pekerja dia cakap Aqil baru 2 tahun tapi tinggi dah lebih 80 cm...fuhhh....lepas. Jenis baka besar dan tinggi nak wat cemanakan....hahaha...



Di tingkat bawah Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand terbahagi kepada beberapa antaranya Underwater World, Classic Art, Reverse Art, Funny Art dan Ice World. Apalagi jom bergambar la.
 


budak ni teruja tengok tapak sulaiman. dia dok sentuh-sentuh ingat betul...hihihi...
 
 


masa trip ni hujan dan air laut pasang besar. tak dapat bergambar dengan patung duyung kat Samila beach. dapat bergambar dengan patung 3D pon jadila...
 

Nampak REAL!!!! naseb tak patah titi tu ja
 

budak tak takut singa laut...hahaha...
Untuk bahagian atas Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand ia terbahagi kepada bahagian Safari Art, Fantasy Art dan Egyptian Art. Masa kat atas ni Aqil dah tak dapat di kawal. Budak-budak baru nak besarkan cepat bosan. Yang kita ni tak habis-habis nak bergambar. Jenuh jugalah nak kepung nak pujuk bagai jadi gambar pon tak banyak.
 
 
 

 
 


dapat marka plak kat sana


 
 Keluar dari tingkat atas Magic Eye 3D Museum Hatyai tu ada section untuk cenderamata. Bermacam jenis ada dari keychain, baju, patung dan bermacam lagi. Siap duit ja kot-kot berkenan. Aqil dari mengamuk kat dalam bila nampak ja benda-benda ni terus elok. Boleh dia nak pow mama dia ni patung ironman harga 3000 baht!!!!! 300 baht saya boleh accept lagi ni 3000 baht. Jahanam. Naseb la makan pujuk juga belikan dia patung doraemon ni. Fuh...selamat duit saya.



Bagi sesiapa yang beli tiket masuk ke Magic Eye 3D Museum Hatyai Thailand layak untuk menonton Magic Show selama 30 minit. Masa turun dari tingkat atas tu diorang akan guide kita masuk ke satu bilik khas untuk Magic Show. Memang best dan lawak tapi pengunjung tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kat dalam tu.

So korang yang berkunjung ke Hatyai dan suka bergambar bolehlah singgah ke Magic Eye 3D Museum Hatyai untuk melihat sendiri hasil 3D yang agak nampak real dan menarik.

You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. comelnyaaaa aqillll.. rindu nya danok, makanan sedappp

    ReplyDelete
  2. Ooo..cmni rupanya kt dlm tue.best jugak yer.. kami jadi pak guard ja kt luar hari tu tunggu hampa..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Pndainya aqil brgambar๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  4. alahai bila lah nak pi sana lagi..mmg teringin nak pi sini peh2 kat tmpt dinosour tu

    ReplyDelete
  5. memang best selfie berjam-jam pun tak apa. CP sampai repeat. alaaaa kem gajah tu tak story?

    ReplyDelete
  6. Memang puas bergambar lah ye dalam nie.. cantik2..

    ReplyDelete
  7. tapak sulaiman tu memang nampak real sungguh!!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers