Tempat Menarik Di Penang | 5D Interactive World

4:04 PM

Tempat Menarik Di Penang | 5D Interactive World

Minggu lepas saya dan team #ProjekBloggerUtara telah di jemput untuk menerokai keunikkan yang terdapat di dalam 5D Interactive World. Terletak di Jalan Dato Keramat Georgtown, 5D Interactive World ini amat mudah untuk di cari. Ia terletak di jalan utama menuju ke Times Square Penang dari bangunan Komtar.

Apa yang menarik di 5D Interactive World

5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Alam yang unik dan menakjubkan ini telah menggabungkan konsep kesenian(ART), kreativiti(Creativity) dan juga pendidikan(Education).

Apa yang menarik di 5D Interactive World ini adalah ia memberikan pengalaman dimensi 5D yang jauh lebih mengagumkan berbanding dengan lukisan mural. Pengunjung dapat menerokai alam ini melalui proses 5D-Methodology iaitu mentafsir(define), mereka(design), membangun(develop), membetul(debug) dan menyampai(deliver).
5D Interactive World ini terbahagi kepada beberapa bahagian pembelajaran dan keseniannya antaranya bahagian alam sekitar, animasi, magik, arca dan tanah liat.
Di bahagian alam sekitar ini menyuruh kita untuk menyayangi dan memelihara alam sekitar melalui mesej yang disampaikan disebalik arca yang di bina menggunakan barangan terpakai. Jika bukan kita yang memelihara alam sekitar maka berlakulah kepupusan alam semulajadi di bumi ini. Banyak mesej yang berguna di sebalik arca yang di bina.

Ini antara arca yang terdapat di dalam 5D Interactive World.


Dinasour diperbuat dari barangan terpakai

Air mana air
Kita juga di ajar supaya lebih kreatif dalam kehidupan untuk menghasilkan perhiasan dari barangan terbuang. Lihat hasilnya…cantikkan?

sayalah pari-pari itu....rama-rama dari barangan terpakai

penyu dari penutup botol
Di bahagian animasi ini pula memberikan visual kesan animasi yang sebenar kepada pengunjung. Pengunjung bolehlah beraksi dengan kesan visualnya yang seakan-akan hidup.
 
tolong...tolong....Godzilla nak makan saya
 
tangan besar ni membawa maksud sila berhati-hati ketika menggunakan produk...kalau ada bahan kimia terlarang jadi la macam ni

Arrrgggghhhh....dushhh....dushhhh....

Di bahagian magik ni kena pandai beraksi dan pandai mencari angle ketika menangkap gambar. Kalau kena pada gayanya gambar seakan-akan hidup. Dari kamera iols banyak yang gegor cuma satu ni ja yang menjadi….sobbbbsss…


Dalam banyak-banyak bahagian iols suka bahagian arca. Lama gila bertapa kat sini. Seronok dapat meluahkan diri  dengan membuat patung dari 16 inci x 16 inci ke sebesar 8 kaki x 8 kaki dengan mengunakan sama ada tangan, badan ataupun muka. Bila tak jadi buat lagi dan lagi. Seronok sangat.





Bahagian tanah liat pula adalah tempat di mana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan ibu bapa mereka tentang bagaimana untuk membuat karya seni dengan menggunakan tanah liat.Anda juga boleh mencari lebih seronok dan pameran pendidikan di galeri tapi mak pak pon boleh join sekali.



Tada….akak kita buat bunga ros. Cantikkan?

Kalau korang berminat bolehlah ke 5D Interactive World bawa anak-anak anda ke sana.

WAKTU OPERASI DAN HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD

Harga Tiket
Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM13
Harga Biasa
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM20
Waktu operasi 
9 pagi - 6 petang (Selasa - Ahad)
Tutup hari Isnin kecuali cuti am atau cuti sekolah


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. terpegun tgk diorg recyle balik bahan buangan tu..kreatif sgt

    ReplyDelete
  2. pandai hgpa posing nooo...mok cun pon ado

    ReplyDelete
  3. hahahaa bahagian bt bentuk bdn tu sakit kekeke tp seksi. mesti dh kering arca 2

    ReplyDelete
  4. sekarang banyak sungguh tempat mcm ni dekat belah pulau tu kan. tinggal tunggu nak pilih je

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^