Dinner di Spice Market Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa
9:25 AMDinner di Spice Market Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa
Sebelum nak cerita banyak nak ucapkan dulu terima kasih kat kawan-kawan sebab sudi
ajak saya join makan-makan kat Rasa Sayang Resort ni. Saya penah sekali makan
kat sini dengan department masa team building. Memang sedap masakan dia dan bila dapat peluang ni terus tak tolak.
Kawan-kawan dah lama plan nak makan-makan kat Rasa Sayang
Resort Batu Feringgi since diorang dapat baucer RM250 seorang sewaktu jadi
komiti dinner tahun lepas. Boleh bayang tak dah setahun baucer tu ada dengan
depa tapi tak sampai-sampai pon. Ada ja halangannya nak makan sekali. Bila di kira
di campur di tolak di darab GST harga buffet yang paling mahal di Rasa Sayang
Resort baucer tu masih berbaki RM200 untuk digunakan jadi kawan-kawan saya pon
ajak saya sekali sebab tahun lepas saya seorang ja tak jadi komiti annual
dinner company.
Bagai pucuk di cita ulam mendatang saya terus terima pelawaan
tu. Makan free maaaaa….sapa tak mau. Lagipon time ni la boleh sekali sekala
enjoy keluar dengan kawan-kawan.
Hari Sabtu lepas sehari lepas annual dinner company saya
bersama-sama Aqil menaiki feri menuju ke seberang pulau. Ewah budak gebok ni
sekarang jalan dah takmau pegang-pegang, nak jalan sendiri. Jenuh kawan mama
tunggu kat jeti Penang, mama dan Aqil tak sampai-sampai lagi. Mana taknya dia
jalan kemut-kemut. Nak tengok sana nak tengok sini. Jenuh melayan setiap
pertanyaan dia dan sempat juga la mama kena pow set mainan kat deretan kedai di
jeti tu…phewwww….
Malam tu kami makan Seafood Buffet Dinner di Spice Market Café Rasa
Sayang Resort yang hanya ada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang
hingga 10.30 malam.
Dan inilah apa yang saya makan. Time ni banyak lagi nak
ambil tapi memandangkan gigi geraham baru ja cabut pagi tu kita makan ala kadar
je la. Itu pon hampir-hampir saya tak join sama tapi bila pikir kawan-kawan dah
berapa kali postpone acara makan-makan ni kita ikutkan juga la. Nanti entah
boleh join lagi ke tak.
Yang paling saya suka adalah lobsternya. Memang sedap bak kata Aqil. Lobster tu siap ambil berulang-ulang kot…hihihi…
Saya bukan penggemar sushi....errr...memang tak boleh masuk tekak. Tak lalu nak telan. Nasib ambil sikit habuan nak rasa-rasa.
Dan kami jugalah yang terakhir keluar dari Spice Market tu
sebab makan tak ingat sambal bergambar….hihihi…Thanks pada kawan-kawan yang
sudi ajak makan sekali.
Pssssttt….kanak-kanak bawah 6 tahun FOC kot
malam tu padahal depa pon kuat makan dan tukang perabis candy buffet yang orang
tak usik sebab tempatnya agak tersorok…hahahaha….
5 apa kata anda?
trgugat tgk menu udang tu....
ReplyDeletewahh nti kalau ada lagi ajoklah tok hehehe
ReplyDeleteBest lah kat situ. I will go.
ReplyDeleteJengoklah kat bawah ni.
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
wuihhh sedap tgk udang tu.. mau pulak aqil jalan sendiri. dok merap apa 2 haha
ReplyDeletesedapnyaaaaaa lobster tu. sekepala berapa kak zai masuk sini? kena bagi perut kosong betoi2 baru berbaloi masuk hihihi
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^