Dinner di Spice Market Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa

9:25 AM

Dinner di Spice Market Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa

 
Sebelum nak cerita banyak nak ucapkan dulu terima kasih kat kawan-kawan sebab sudi ajak saya join makan-makan kat Rasa Sayang Resort ni. Saya penah sekali makan kat sini dengan department masa team building. Memang sedap masakan dia dan bila dapat peluang ni terus tak tolak.
 
Kawan-kawan dah lama plan nak makan-makan kat Rasa Sayang Resort Batu Feringgi since diorang dapat baucer RM250 seorang sewaktu jadi komiti dinner tahun lepas. Boleh bayang tak dah setahun baucer tu ada dengan depa tapi tak sampai-sampai pon. Ada ja halangannya nak makan sekali. Bila di kira di campur di tolak di darab GST harga buffet yang paling mahal di Rasa Sayang Resort baucer tu masih berbaki RM200 untuk digunakan jadi kawan-kawan saya pon ajak saya sekali sebab tahun lepas saya seorang ja tak jadi komiti annual dinner company.

Bagai pucuk di cita ulam mendatang saya terus terima pelawaan tu. Makan free maaaaa….sapa tak mau. Lagipon time ni la boleh sekali sekala enjoy keluar dengan kawan-kawan.
 
lenggang kangkung...kami orang terakhir yang turun dari feri...bahahaha...
Hari Sabtu lepas sehari lepas annual dinner company saya bersama-sama Aqil menaiki feri menuju ke seberang pulau. Ewah budak gebok ni sekarang jalan dah takmau pegang-pegang, nak jalan sendiri. Jenuh kawan mama tunggu kat jeti Penang, mama dan Aqil tak sampai-sampai lagi. Mana taknya dia jalan kemut-kemut. Nak tengok sana nak tengok sini. Jenuh melayan setiap pertanyaan dia dan sempat juga la mama kena pow set mainan kat deretan kedai di jeti tu…phewwww….
 
Malam tu kami makan Seafood Buffet Dinner di Spice Market Café Rasa Sayang Resort yang hanya ada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.
 
 
Dan inilah apa yang saya makan. Time ni banyak lagi nak ambil tapi memandangkan gigi geraham baru ja cabut pagi tu kita makan ala kadar je la. Itu pon hampir-hampir saya tak join sama tapi bila pikir kawan-kawan dah berapa kali postpone acara makan-makan ni kita ikutkan juga la. Nanti entah boleh join lagi ke tak.

 
Chocolate ice blended-sedap bangat...yang ni order asing...takda dalam buffet set
 

Yang paling saya suka adalah lobsternya. Memang sedap bak kata Aqil. Lobster tu siap ambil berulang-ulang kot…hihihi…


 
Saya bukan penggemar sushi....errr...memang tak boleh masuk tekak. Tak lalu nak telan. Nasib ambil sikit habuan nak rasa-rasa.


 
Dan kami jugalah yang terakhir keluar dari Spice Market tu sebab makan tak ingat sambal bergambar….hihihi…Thanks pada kawan-kawan yang sudi ajak makan sekali.
 
 
 
Pssssttt….kanak-kanak bawah 6 tahun FOC kot malam tu padahal depa pon kuat makan dan tukang perabis candy buffet yang orang tak usik sebab tempatnya agak tersorok…hahahaha….

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. wahh nti kalau ada lagi ajoklah tok hehehe

    ReplyDelete
  2. Best lah kat situ. I will go.

    Jengoklah kat bawah ni.
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wuihhh sedap tgk udang tu.. mau pulak aqil jalan sendiri. dok merap apa 2 haha

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaaa lobster tu. sekepala berapa kak zai masuk sini? kena bagi perut kosong betoi2 baru berbaloi masuk hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^