Company Dinner | Menang Bersorak dan Bergaya

9:52 AM

Company Dinner | Menang Bersorak dan Makan


Assalamualaikum. Tahun ni sekali lagi company anjurkan annual dinner. Macam biasa annual dinner bertempat di Equatorial Hotel Penang. Kat situ saja yang ada ballroom yang boleh memuatkan hampir 1500 orang dalam satu-satu masa. Itu pon dinner berlansung selama 2 malam iaitu pada 4 Nov dan 7 Nov 2016 sebab tak dapat nak memuatkan lebih dari 3000 pekerja datang dalam satu masa.

Tahun ni memulanya nak jadi komiti tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan makanya kita jadi tetamu je la. Target pi dinner nak menang hadiah top ten yang vavavom.

hadiah x 2 malam


Ada 150 hadiah untuk satu malam so manalah tau sangkut satu kan. Tak dapat yang besar dapat yang kecik pon dah ok...hihihi...

Waktu meeting komiti hari tu cakap sapa-sapa komiti wajib berpakaian mengikut tema tanda sokongan. Tema plak ROCK & ROLL. Memula tu dok riki gak la cara berpakaian dalam cik google dan cerita Rock Bro...hahaha...macam la nak pakai camtu kan? Jadi bila dah tak jadi komiti ni kita terus blur nak pakai macam mana. Nak pakai biasa-biasa ke ikut tema....hurmmmm...

Lastly pakai je la apa yang ada. Modal tak banyak pon keluar. Taktau la ikut tema ke tak. Kang pakai tak ketahuan kena kutuk plak hajah lupa diri. Ala kita tau la kan....sebelum hari kejadian kita saja-saja cakap nak pakai itu ini pon orang dah tegur padahal kita memain je.
 

Disebabkan tak jadi komiti so takdelah meja VVIP...auch...kena plak hari Jumaat tu hujan lebat dengan jammed bagai makanya sampai pon dah lambat. Eh...majlis bermula pukul 7 malam. Ada yang sampai pukul 8.30 malam pon ada sebab sangkut dalam jammed.

Dah sampai lambat meja pon di hujung-hujung dunia ja yang tinggal. Dapat la tengok persembahan di skrin layar ja....sobbbbs...
Hat bawah ni kami punya Managing Director dan director bahagian lain. Sempoi tak depa buat opening performance. Siap baju ikut tema kau.
 

 
bergambar dengan ahli semeja
 Tahun ni tak ada pertandingan macam tahun lepas tapi banyak sangat persembahan dari operator sampai la ke engineer. Sekarang fenomena dah tak macam dulu. Dari masuk keja dulu tiap kali annual dinner persembahan atau pertandingan selalunya operator ja yang masuk tapi kali ni dah lain. Semua bangsa ada dari Melayu, Cina, India dan Indonesia. Persembahan pon hebat-hebat. Engineer siap buat flash mob, main gitar dan tarian kot.

Tahun ni nombor saya tak ada luck. Satu pon tak kena...hahaha.... Dari kebosanan tunggu nombor tak naik-naik mohler berposing dengan kawan-kawan yang kita terjumpa. Kalau kata nak cari dari satu meja ke satu meja takla kot. I is pemalu gitu...bahahaha....


Amacam....menang gaya tak?
 

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak payah la. Payah nak edit gambar yang tak pakai tudung, pakai skirt bagai. Nanti lagi cacat nampak gambar tu. Biasa la....time gini je la boleh pakai merepek meraban...hihihi...

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. pergh..
    meriah betul company nie.
    betul2 grand dinner,

    ReplyDelete
  2. hehehehe..patot dengar bunyi gitar sampai seberang

    ReplyDelete
  3. wah bestnya tema rock. biasa kalau rock ni dark colour and dark red lipstick lah sesuai kan? atau tiru gaya macam Avril hehhee

    ReplyDelete
  4. hahaha last tu xpecaya kot.. xpenah skali p dinner company sbb bt kt PISA ja. demand

    ReplyDelete
  5. tengok hadiah dia kemain lumayan. kira ni salah sorang yang takde luck kalau bab lucky number ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^