Thomas and Friends | Thomas Town-Mini and Mighty Malaysia Tour kini di Gurney Paragon Pulau Pinang
11:58 AMThomas and Friends | Thomas Town-Mini and Mighty Malaysia Tour kini di Gurney Paragon Pulau Pinang
Thomas & Friends™ Meneruskan Pengembaraannya ke Pulau Pinang Untuk Meraikan Hari Kanak-Kanak Malaysia
Choo...choo...choo...choo...
Untuk para ibu bapa dan anak-anak sekalian, Puteri Harbour
dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall membawakan Thomas and friends yang mengembara seluruh Malaysia singgah di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang bermula 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016.
Majlis perasmian Thomas Town-Mini and Mighty Tour ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Mr Lim Guan Eng beserta barisan tetamu kehormat yang lain.
Dengan berlatar belakangkan Pulau
Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan
memberikan pengalaman terindah kepada
pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang.
Ia menyediakan
aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride, Story-telling
Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan
watak-watak Thomas & Friends, iaitu
Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan
aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour,
Johor!
Yang menariknya, para
peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin
Thomas & Friends setinggi satu
meter! Menerusi pameran yang merupakan
replika siri televisyen popular Thomas
& Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular
seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang
dihias dengan tema istimewa seperti Dino,
Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.
Thomas and friends merupakan kartun kegemaran Aqil. Bila ternampak kelibat 70 train mini yang banyak di Gurney Paragon Mall membuatkan dia bertambah teruja. Seronok ke sana ke sini memegang dan bergambar bersama karektor kartun kegemarannya.
Disamping 70 karektor train mini yang terdapat di Gurney Paragon Mall, ibu bapa juga boleh membeli permainan Thomas and friends yang terdapat di situ.
Thomas
Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The
Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang
menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat
dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama
anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli
tiket pada harga promosi iaitu RM 99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170),
tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini
& Mighty’ Tour.
Untuk
mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016,
sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.
Gurney Paragon Mall Special Tour Promotions
Sepanjang 2 minggu berlansungnya showcase Thomas Town-Mini and Mighty Tour ini, para pembeli Gurney Paragon Mall yang membelanjakan RM200 dan ke atas dengan maksimum 2 resit di mana-mana outlet di pusat membeli belah ini atau di Thomas Town, Puteri Harbour booth tiket atau di bahagian barangan Thomas and friends boleh menebus sepasang pas kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk menikmati perjalanan keretapi di showcase ini.
Bagi pembeli yang ingin memenangi Playwhell Thomas and Friends Minis kolektor, baucer membeli-belah Gurney Paragon Mall atau All Park Pass di Puteri Harbour, bolehlah layari facebook Gurney Paragon Mall dan sertai pertandingan foto menarik yang di ambil bersama Thomas and Friends Minis beserta caption yang kreatif. Di samping itu, 10 orang yang pertama mendaftar untuk Gurney Paragon Card setiap hari layak menerima Thomas Town tiket bernilai RM85.
Cepat...cepat...semua ini berlansung hanya dari 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016 sahaja.
Jangan lepaskan peluang anda.
5 apa kata anda?
Mak2 yang excited..anak relax ja hahaha tapi best sgt..at least anak2 ada something to have fun kan hehe
ReplyDeletewahhh best dapat pergi dekat sini
ReplyDeletebestnya.. bila la sampai kluang ni hehehe
ReplyDeletennt Mini Mighty tour ni akan ke Puteri Harbour, Johor bulan december nanti, bolehla bawak anak2 pergi tgk, masuk percuma
Deletetu diaaaaaa haaaaihhhh aqil
ReplyDeletemengcangak kepala dok ushar toys he3
komen yang murni-murni yek ^.^