One Garage | DIY Makanan Anda Di Slappy Cakes

4:54 PM

One Garage | DIY Makanan Anda Di Slappy Cakes



One Garage...masa memula dengar tu ingatkan tempat apalah bila orang sebut tapi rupa-rupanya One Garage ni adalah restoran yang berkonsepkan makanan yang pelbagai di bawah satu bumbung. Kita ingatkan kedai baju seluar kasut bagai....hahaha...maafkan saya ya. Tergelak besar plak kat situ.


Di One Garage ada makanan western(Terminal One) , steamboat(One Steamboat) dan dessert(Slappy Cakes).


Dah selalu sangat makan seafood bagai masa pi bercuti hari tu so let's jom kita terjah Slappy Cakes. Depa kata kat sini kita boleh DIY makanan kita sendiri. Ha...nak DIY apa tu? Dah la tak kreatif...hahaha....



Kalau ampa ada anak kecil antara 4 tahun ke atas elok sangat bawa anak-anak ke sini. Sesambil makan suruh anak-anak guna kreativiti sendiri DIY makanan. Anak seronok...mak pak pon senang nak makan...tak gitu?


Ampa jangan risau, pan tu tak panas pon untuk anak ampa nak guna imaginasi depa melukis. Barulah anak-anak seronok nak makan.







Deko dalaman One Garage sangat cozy okey dan ia mempunyai 2 tingkat. Selalunya bahagian atas digunakan untuk event. Tiap hari minggu akan ada persembahan live band di situ.

Okey...jom kita tengok apa yang kena buat.



Untuk slappy cake dia ada 4 perisa. Ada coklat, peanut butter, pandan dan buttermilk.

Hiasan atau penambah rasanya plak ada chocolate chips, white chocolate chips, butterscotch chips, walnuts, toasted almonds, hazelnuts, pecans, apples, bananas, pineapples, blueberries dan strawberries.

Topping plak sangat pelbagai. Ada honey, peanut butter, lemon curd, strawberry jam, whipped cream, 100% maple syrup, cinnamon creame, apple jam, pumpkin kaya dan chocolate syrup.

Dan yang kat bawah ni adalah pilihan kami.



perisa coklat dan pandan di tambah strawberry dan walnuts serta lemon curd


Marilah mula melukis since Aqil pon tak pandai lagi bab-bab ni so mama la dok lukis-lukis pancake...hahaha....


comel tak saya?



disebabkan pi masa date anniversary kita buat love untuk asben kita...auwwww....

Sebab mama tak kreatif mana so mohler buat pancake bulat-bulat...hahaha...cepat sikit siap cepat sikit dapat makan.



Muka bangga bila dapat hias pancake kita cantik-cantik macam chef....hihihi...



Takkan makan pancake ja?

Iskh...ampa jangan panic okey. Kat Slappy Cakes pon ada menu-menu lain.

Ini namanya CAJUN CHICKEN CHOP.



served with fried potatoes, egg floventine pancakes, mixed salad and cherry tomatoes with choices of sause-black pepper, muchroom sauce and hollandaise sauce


Ini plak SLAPPY BENEDICT.



sautéed spinach, mushrooms and turkey bacon with pureed roasted garlic and sundried tomatoes topped with two poached eggs and hollandaise sauce on housemade English muffins, served with potatoes


Dah makan yang manis berkeju bagai order plak LEMONADE memang kena la gandingan dia.



Budak ni suka makan pancake. Jenuh mama dia dok masak bagi ke dia. Strawberri pon dia suka.







 
Untuk hari Merdeka nanti Slappy Cakes ada buat peraduan macam kat bawah ni.


Apa tunggu lagi. Cepat-cepatlah join.

Kalau ampa berminat nak merasai sendiri DIY makanan bersama keluarga bolehlah ke :-
One Garage
Ground Floor MM O2O Penang Times Square
Jalan Dato Keramat
Tel: 04-296 9580
Open: 11am-11am


You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. dtg sini sure tak brenti nak testing melukis.. hahaha syoknyaa..

    ReplyDelete
  2. Pancake bebular macam dorayaki... Hehe

    ReplyDelete
  3. bila nak makan stimbot depa zai hehe

    ReplyDelete
  4. Menarik ni.
    tapi hadoi jauh la plak.
    kat sini aida x jumpa lg.
    bab deko makanan sendiri tu sgt menarik, zai.
    kalau anak2 dara aida dpt buat gitu, hmmm hiruk pikuk lah...

    ReplyDelete
  5. hehehe tangan kami keras..nak lukis pon tak jadi sgt..hahaha

    ReplyDelete
  6. kena p makan ni.. sedap tgk pancake tu. nyum2

    ReplyDelete
  7. Bestnya lukis2 pancake😀😀😀

    ReplyDelete
  8. aritu el dpt makan spageti ape ntah..sedap benau
    nti boleh try lagi menu lain

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^