Resepi Mudah | Sagu Gula Melaka

3:54 PM




Resepi | Sagu Gula Melaka Yang Mudah



Bila tiba bulan puasa ibu-ibu sibuk memikirkan menu apa yang nak di masak setiap kali berbuka. Dah masak lauk-pauk kena la juga ada pencuci mulut.

Sagu gula Melaka memang mudah penyediaannya. Semudah ABC.


Bahan-bahan untuk penyediaan sagu :-
Sagu 1 cawan
liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-caranya :-
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tambah pewarna kegemaran. Tutup api dan biarkan seketika.
Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Saya tuang dalam Loyang untuk makan sendiri. Untuk bertukar juadah dengan jiran pula saya masukkan dalam bekas sederhana besar. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.


Bahan untuk manisan :-
1 cawan gula Melaka/gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul


Cara-caranya :-
Masak semua bahan-bahan manisan sehingga larut dan pekat. Tapiskan bila sudah masak.


Bahan-bahan untuk santan :-
1 cawan pati santan
1/4 sudu kecil garam


atau


susu cair-saya guna susu cair


Ambil sagu yang telah disejukkan dan curahkan air manisan gula Melaka dan santan/susu cair. Siap boleh di makan. Senangkan.
Sedap bila di makan sejuk-sejuk. Nak lagi sedap tambahkan buah-buahan dan ais sedikit. Nyum...nyummm....

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. sekali tengok cam daging merah hehe

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sedapnya
    Terbayang manisnya menikmati keenakan sagu gula melaka ni

    ReplyDelete
  3. tingat ni festime makan kt rumah Kak Farah hehe.. ritu try buat pewarna plak xdak..

    ReplyDelete
  4. memang nyaman bila makan time sejuk.
    tambah plak dgn kemanisah gula melaka.
    hu hu sedap!

    ReplyDelete
  5. Teringin nak makan.. X pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Mak mertua buatkan aritu. Km tukang makan ja. Kehkehkeh.

    ReplyDelete
  7. Gigih malam2 google resepi sagu. Menariknya kalau letak jagung manis & cendol pun ok jugak kan. Tak tahan tengok :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers