Apa Yang Sedap dan Menarik Di Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall

3:26 PM




Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall



Kopitan Classic Penang Delight merupakan salah satu tempat makan yang menarik dan sedap di Utara. Kini Kopitan Classic Penang Delight mempunyai 20 outlet di serata Utara sejak ia di buka pada tahun 2006 . Ia menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan yang menepati citarasa Malaysia.





Baru-baru ini saya berkesempatan menjamu selera di Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall yang terletak di 3F-01(A).




Bagi yang ingin ke Kopitan Classic Penang Delight Queensbay boleh menaiki lif di North Zone yang terletak di luar Queensbay Mall atau boleh menaiki eskelator berhampiran Maybank.









Di setiap outlet Kopitan Classic Penang Delight dekorasi dalamannya berbeza bergantung kepada tempat outlet itu berada.






Bagi Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall terdapat bilik khas untuk tempahan keraian majlis yang ingin diadakan di sana.






Susun atur mejanya tidaklah terlalu sesak bagi keselesaan pengunjung untuk menjamu selera di situ. Bagi yang inginkan tempat makan yang tidak menyesakkan bersendirian atau bersama keluarga, Kopitan Classic Penang Delight adalah tempat. Ia turut menyediakan khidmat pengecasan powerbank secara PERCUMA dan juga WIFI PERCUMA.
Bestkan?




Antara seleksi makanan pilihan di Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall



Buat anda yang ingin makan di Kopitan Classic Penang Delight di seluruh Utara tidak perlu risau kerana Kopitan Classic mendapat sijil HALAL yang sah dari JAKIM. Jadi jangan ragu-ragu nak masuk makan di mana-mana outlet seluruh Utara ni na.




Meh kita tengok antara seleksi makanan pilihan di Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall.







Ini antara pilihan makanan paling laris dan mendapat permintaan ramai di situ.




cheese bread








cheese baked spaghetti bolognese



Mama's special sesame oil chicken with rice







special marinated BBQ chicken with dry ramen




nasi lemak with spice fried chicken








chicken kushiyaki with dry ramen




Kapitan Chicken with Fire Cracker Fried Rice




Thai Sauce Fish Fillet Rice



Cooler yang best Strawberry, Lychee, Kiwi dan Passion Fruit




chocolate blended, 3 layer tea dan Tiramisu blended




golden chocolate puff(wajib cuba....semestinya sedap) dan aiskrim




Cendol(sedap lemak berkrim) dan kopitan coffee

Semua yang kami cuba ni semestinya sedap.Ramen tu walau makan kosong dengan sup pon sedap.
Rate saya bagi 4.5/5 bintang. Harganya pon berpatutan. Bersesuaian dengan makanan. Tempat makan pon selesa dan bersih.






Tapi harga di setiap outlet yang adalah berbeza. Jangan plak nanti dah penah makan kat outlet di Kedah compare plak harga belah Penang. Memang tak sama la ye.


Bagi yang tak sempat keluar makan, Kopitan Classic Penang Delight juga menawarkan khidmat penghantaran Delivery Eat. Boleh menempah makanan di www.deliveryeat.my







Selain itu juga pihak Kopitan Classic Penang Delight juga menawarkan diskaun 10% off peak. Download aplikasi di Google Play dan App Store untuk penjimatan.







Terima kasih kepada pihak pengurusan Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall Mr. Leong(HR Manager) yang amat peramah dan juga Cik Lina(supervisor) yang tak jemu-jemu melayan kami dengan penuh mesra.








Kalau korang berminat dan nak tengok apa menu yang menarik di Kopitan Classic Penang Delight dan juga outlet yang terdekat dengan korang boleh la layari www.kopitanclassic.com.my




Kalau nak ke outlet di Queensbay Mall boleh la ke :-

Kopitan Classic Penang Delight
Queensbay Mal 3F-01(A)
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang

Waktu perniagaan :-
Ahad-Khamis dari 8.30 pagi hingga 10.30 malam
Jumaat-Sabtu dari 8.30 pagi hingga 11.30 malam









You Might Also Like

4 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^