Penang 3D Trick Art Museum | Tempat Menarik Di Pulau Pinang

4:19 PM



Penang 3D Trick Art Museum



Sekarang dah bersepah-sepah 3D art kat negara kita.Rasanya hampir setiap negeri ada 3D artnya yang tersendiri.Macam tu jugak di Pulau Pinang.Lukisan 2D 3D ni antara yang terawal di Pulau Pinang.Salah satunya adalah Penang 3D Trick Art Museum.


3D muzium di Pulau Pinang ni ada 2 tempat.Satunya berhampiran dengan jeti feri Pulau Pinang dan satu lagi berhampiran dengan Padang Kota Lama.

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Penang 3D Trick Art Museum berhampiran Padang Kota Lama bersama-sama #projekbloggerutara.Tak sabarnya nak masuk ke situ.Walaupon orang Penang tapi tak penah sampai lagi kat Penang 3D Trick Art Museum ni sebab saya pon ingat 3D muzium tu yang berhampiran jeti feri tu jugak....hihihihi....

Ini harga tiket dan waktu operasinya.Takda la mahal sangatkan?


harga tiket dan waktu beroperasi


Penang 3D Trick Art Museum ini menempatkan 45 buah karya seni termasuk lukisan optic dan arca.
Terdapat 2 bahagian di sini iaitu bahagian atas dan bawah.Setiap lukisan ada arrow atau angle mana yang cantik untuk ambil gambar.Bagi yang datang berseorangan jangan risau sebab setiap lukisan di Penang 3D trick Art Museum disediakan staf untuk mengambil gambar pengunjung.

Ok...dah dapat tiket VIP kita so apalagi...moh terjah tengok apa yang ada di dalam.



Kali ni aktiviti dengan #projekbloggerutara saya angkut sekali Aqil dan abah.

Jom layan serba sedikit gambar yang kami tangkap.Biasa la bila bawa budak-budak bawah umur yang tak pandai nak berlakon, banyak jugak la gambar yang tak berapa menjadi....hahahaha....naseb la.Masa ni kat bahagian bawah.








Aqil sebenarnya takut kat arca patung bebudak yang main gasing tu.Sabo je la.Boleh plak dia takut-takut.Tu pasal abah kena dukung.Naseb la gambar ni menjadi.



Aqil kan pencinta kapal dan bot jadi kat sini tak menyabar-nyabar nak naik sampai takmau turun la.




Yeay....dapat naik kereta lembu di Pulau Pinang.Tak payah susah payah pi Melaka....hak..hak..hak...




Hepinya dia dapat naik keretapi Bukit Bendera.




Bas kuning....bas lejen kat Pulau Pinang.





Eh...tetiba Aqil dah sama besar macam mama la.

Habis bahagian bawah kita naik plak bahagian atas.Kat bahagian atas ni banyak arca dan lukisan binatang yang besar-besar menggunakan teknik 3D.Bila mai tang arca ni Aqil mula takut balik sampai takmau bergambar.Adehhhhh....




Kayuh sampai ke bulan...hahahaha....





Lari Aqil lari....hantu TV dah keluar




Tak payah pegi Zoo Negara.Kami dah boleh bergambar dengan Xing-xing dan Liang-liang.


Abah yang di kerat-kerat...hahahaha....

Best tak?
Kalau mai Penang jangan lupa singgah ke 3D Trick Art Museum.Thanks Ms. Hui Hui dan crew 3D Trick Art Museum kerana sudi menjemput kami #projekbloggerutara.




rakan blogger yang turut serta







Search waze alamat macam kat gambar tu korang mesti sampai punya Penang 3D trick Art Museum tu.Tak susah pon.Boleh juga hubungi
Tel : 04-2631628

atau











You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. Bestkan Zai..
    Bila dapat explore di art 3D..
    Gaya macam real jer :)

    ReplyDelete
  2. zai..yg kayuh beskal ngan ET tu mmg win
    npk kesungguhan di situ
    muahahaha

    ReplyDelete
  3. Eh eh. Macam best je. Selalu balik penang tak sempat nak jalan-jalan.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Dulu dulu mcm heran jugaklah kan dgn muzium 3D ni, la ni bila dah banyak sgt merata ada dah benda ni, dah mcm biasa pulak.

    ReplyDelete
  5. byk tempat dah ada ni.
    melaka pun ada. just lom gi aje lagi :)

    ReplyDelete
  6. tiba tang kapai terus ceriaaaa je muka hihihi. Aqil Aqil. kokak baru tau!!!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^