Resepi Mudah | Ayam Ungkep

9:18 AM

Hari tu saya ke rumah kak ipar dan di jamu dengan hidangan tengahari.Pestime saya makan ayam ungkep.Sepanjang hidup tok Besah tak penah masak ayam ungkep selain ayam masak merah/ros , rendang ayam , ayam masak kicap , ayam masak kurma , kari ayam dan ayam goreng kunyit.

Bila sekali makan.....hmmmmm....makan bertambah-tambah pastu teringat-ingat sampai ke sudah.


Saya plak jenis suka makan nasi dengan kuah berpalut salut macam ni walaupon saya orang Penang tapi kari ayam tu kira last choice la.Pastu bermula la gugel mengugel resepi dan dapat resepi ayam ungkep dari blog Amie's Little Kitchen.


'Ungkep' itu ialah semua bahan termasuk garam dan perasa hendaklah dimasukkan bersama menjadi satu supaya mesra.Baru la saya tau rupanya ayam ungkep ni masakan orang Jawa...hihihi....




Resepi ayam ungkep olahan Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan :
  • 1 kg ayam-potong 10-lumur dengan sedikit garam dan kunyit-perap seketika (saya potong ayam kecil-kecil)
  • 2 batang serai-dititik
  • 3 cawan air
  • minyak
  • sedikit asam jawa-pilihan (saya letak asam keping seketika lepas tu buang takut masam)
  • garam/gula/perasa

Bahan tumbuk/kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3 cm kunyi hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi

Cara memasak :
  1. Panaskan sedikit minyak.Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak
  2. Masukkan serai dan ayam.Gaul rata sehingga ayam layu dan berubah warna
  3. Tambah air , garam / gula / perasa dan asam keping
  4. Tutup kuali rapat-rapat
  5. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tidak hangus/hancur
  6. Jika suka berkuah tak perlu masak sampai kering.Tutup api

Rasanya memang sedap.Rasa seperiuk nasi semalam tu boleh makan sorang (tahap hantu raya...muahahaha....) tapi saya memang suka ayam ungkep ni.

Cubalah ^.^




You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. alaaa,,apasal tak bawa masa event semalam hehehe..

    ReplyDelete
  2. lazat kedengaran nyer!!!!
    kalau aida buat, tak masuk cili padi kot.
    sebab nanti anak2 kepedasan!

    ReplyDelete
  3. first time ni CT dengar nama masakan ni.. tak pernah tahu hehe..

    ReplyDelete
  4. kira pun suka!!! pestime makan dekat rumah munet. tapi dorg tak panggil ayam ungkep. dorang panggil ayam masak jawa. masa tu merata cari resepi ayam masak jawa tak jumpa. rupanya nama sebenar dia ayam ungkep hihihihi

    ReplyDelete
  5. xpernah makan dan dengar nama ayam ni.. hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers