Chefmanship Akademi di Pulau Pinang | Event Review

4:54 PM

Chefmanship Akademi di Pulau Pinang



 Hari Sabtu yang lepas saya serta team #bloggerutaraofficial telah dijemput pihak Unilever Food Solutions (UFS) untuk sama-sama menghadiri pelancaran Chefmanship Akademi yang pertama kali di Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 bertempat di Padang Kota.




 Di situ pihak Unilever Food Solutions telah membuka satu booth untuk memperkenalkan program Chefmanship Akademi dan juga mempromosikan rangkaian produk dari Unilever Food Solutions.


 Unilever Food Solutions (UFS) telah melancarkan Chefmanship Academy (CA) pertama di Pulau Pinang untuk membuka jalan kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya dalam industri pemakanan.Chefmanship bertujuan sebagai petunjuk pengetahuan untuk memupuk praktis yang betul dalam industri pemakanan digalakkan melalui Chefmanship Akademi.
 CA adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih baik dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.
 Menurut En. Matt Wilke, Pengarah Urusan, UFS Malaysia CA merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.
 Ia bermatlamat untuk ikhtiar bekerja rapat dengan pengendali makanan di Malaysia dan di seluruh negara untuk menangani kejadian mendadak dalam kes demam kepialu, leptospirosis (pencemaran kencing tikus), cirit birit dan keracunan makanan.
 UFS sudah terlibat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2013 dengan penglibatan hanya 400 pengendali makanan pada permulaannya di antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan termasuklah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
 CA merupakan inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih 43,000 pengendali makanan setakat ini dalam sesi Chefmanship Akademi.
 UFS menghulurkan bantuan dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia tidak terjejas oleh masalah kesihatan apabila mereka makan di luar yang ingin menekan supaya pengendali makanan sedar bahawa keselesaan atau keuntungan tidak harus dijadikan alasan untuk berkompromi dengan kebersihan makanan.

Demonstrasi masakan


Pada hari tersebut juga diadakan demo masakan menggunakan produk dari Unilever Food Solutions.Pembantu chef Unilever, Chef Yang Ibrahim telah menunjukkan cara memasak ayam masak kicap dengan menggunakan rangkaian produk UFS seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap.


Di samping melakukan demonstrasi masakan beliau juga turut bekerjasama dengan bahagian pemasaran bagi sebarang pelancaran produk baru atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk orang umum.
Sha salah seorang ahli #bloggerutaraofficial telah di jemput untuk bersama-sama Chef Yang Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi masakan.


Hasil masakan gandingan bersama yang sedap dah lazat.

Sampel makanan


Pada hari tersebut pihak UFS juga turut menyediakan sampel makanan bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke booth dan berpeluang untuk merasai masakan yang menggunakan produk UFS.



Menariknya produk dari UFS ini ialah lebih penjimatan dan lebih lazat kerana diperbuat daripada bahan-bahan sebenar yang menaikkan keenakkan serta keaslian sajian tanpa bebanan kos di samping dapat menjimatkan masa kerana hidangan lazat ini dapat disediakan dalam beberapa minit sahaja.Ia juga lebih bersih dan kurang berisiko.Kualiti dan kebersihan yang konsisten dapat membantu lebih ke arah penjimatan kos bahan mentah ke pengurusan dapur yang lebih cekap.

 

Rangkaian Produk Unilever Food Solutions


Antara rangkaian produk Unilever Food Solutions pastinya Pasti Sedap tapi ada banyak lagi produk di bawah UFS antaranya :-
Stok Ayam Knorr
Diformulasi khas untuk Chef oleh Chef. Perasa serba guna dibuat dengan ayam sebenar untuk meningkatkan rasa di dalam pelbagai aplikasi masakan.Boleh digunakan untuk membuat sup dan juga di dalam masakan berkuah.
Kentang Lecek Knorr(Mashed Potato)
Kentang Putar Knorr diperbuat daripada kentang dari Jerman, untuk sajian kentang putar yang enak dalam masa hanya 5 minit. Tanpa tambahan susu atau perisa, ia boleh disesuaikan dengan sempurna mengikut citarasa individu.
Serbuk Limau Nipis Knorr
Diformulasi khas untuk Chef oleh Chef. Perasa serbaguna yang menyegarkan, sesuai untuk pelbagai aplikasi makanan seperti tom yam, kerabu atau minuman.
Kami dari #bloggerutaraofficial ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr.Thong, Mr. Raymond dan Ms Angeline dari Integrated Public Relations kerana menjemput kami ke program Chefmanship Akademi ini.

You Might Also Like

11 apa kata anda?

  1. tak tau pulak Knorr ada mashed potato... wah ! adgedebance dah depa..

    ReplyDelete
  2. sedap mash potato depa buat syle goreng macam begedil..hehehehe

    ReplyDelete
  3. nti nak p beli lime seosining ngan mashed potato tu..dah jatuh chinta haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. CT pun suka lime tu.. senang nak bancuh kat rumah.. mmg suka air masam2 ni..

      Delete
  4. tak sabar nak terjah next program diaorang..

    ReplyDelete
  5. ehehehe suka tngk Kak Sha pi masak tu.. ada gaya chef =D

    ReplyDelete
  6. untung ada juga yang jadi chef...hehe kak zai tak mencuba masak juga ka?

    ReplyDelete
  7. first time tengok marshed potato tu

    ReplyDelete
  8. Nak try la mashed potato ngn lime seasoning tu.. cam best jer..

    ReplyDelete
  9. mashed potato tu aida berkenan ler.
    save time nak lecek kentang :) hi hihi...

    ReplyDelete
  10. walaupun tak dapat join.. tetap happening

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^