Tempat Makan Best | Pak Mat Western #citarasahotelhargawarung

9:08 AM

Tempat Makan Best | Pak Mat Western #citarasahotelhargawarung



Baru-baru ni makan-makan belanja abah Aqil sempena besday. Mulanya nak buat kek sekali tengok tepung kek dah expired daaaaaaaaa...punoh harapan.
So marilah kita cari tempat makan best sekitar Juru.

Abah Aqil ajak makan ketam tapi kita rasa nak makan western so paksa abah Aqil bawa pi ke Pak Mat Western kat area Juru tu.


Masa sampai situ memang tak nampak macam restoran western gah-gah. Nampak warung kampung biasa-biasa. Eh...dah trademark Pak Mat Western terang-terang dah habaq #citarasahotelhargawarung so tak payah nak harap macam restoran gah la ye.


Kami order yang simple ja. Masa kami sampai tu memang ramai pelanggan tapi cepat sungguh pekerja Pak Mat Western ambik order dan tak lama sangat nak tunggu hidangan sampai.

budak bertuah yang dah pandai makan sos
 
Kami berdua order yang sama.Chicken chop fried rice.Harga cuma RM10.90.



Abah Aqil suka sos black pepper dia. Siap ada mushroom dan karot berketul-ketul lagi. Tak macam kat restoran yang gah kat area Perda tu.

Saya dok aim nak duduk kat meja yang berlatar belakang banner tu tapi dah ada orang duduk la plak.

Frust *_________*


Pic dari FB Pak Mat Western

Kemeriahan di Pak Mat Western.


Pic dari FB Pak Mat Western

Antara menu yang ada di Pak Mat Western.



Nak lagi best?

Setiap RM10 yang kita belanjakan di Pak Mat Western akan dapat satu cop. Kumpul 10 cop boleh dapat free gift berupa satu hidangan di Pak Mat Western. Kami baru kumpul dua. Nanti nak pi lagi.



Tengah aim nak makan mix grill atau chicken grill ni.





Boleh tengok apa menu yang best di FB Pak Mat Western atau call dulu nombor yang tertera kat kad di atas nak booking meja untuk jamuan.


Lagi satu kalau nak order nasi goreng tomyam-tomyam pon boleh tapi bukan di Pak Mat Western. Boleh order kat kedai sebelah. So takda hal kot-kot nak belanja mak mertua yang tak pandai makan western sekali. Ada juga satay dan stall beger kat situ.



Kalau rasa-rasa nak terjah sila la ke :-

Simpang 3 Juru Bukit Mertajam,
Bukit Minyak Pulau Pinang.


You Might Also Like

11 apa kata anda?

  1. uih best nya...da lme x makan western..nnti bwk iera jalan penang okei

    ReplyDelete
  2. Murah tu Zai..
    Tengok macam best sangat..
    Tapi tu lah jauh sangat kat Juru sana :D

    ReplyDelete
  3. ya Allah sedapnya menu diorg
    tertelan ailio byk kali dah ni ekeke

    ReplyDelete
  4. amboi Aqil.. x jeling pandang kiri kanan dah eh..
    pulun makan ehehe.

    ReplyDelete
  5. Berseleranya Aqil makan... tetiba lapar pula rasanya ^-^

    ReplyDelete
  6. Uish...awat xpernah tau pun psai kedai niiii...
    Slalu kami duk p mkn kt carefour tu ja...

    ReplyDelete
  7. kak zaiiiiii sedapnyaaaaaa nak pegi jugak la nanti

    tengok Aqil makan fries tetiba ummi kira terliur sekali kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. hadoi sedap nyer.
    aqil da pandai makan cicah sos ye, good boy :)
    aida weekend ni nak ajak mr.asben makan western food la.
    teringin :)

    ReplyDelete
  9. Datang Penang boleh cuba sini pulak..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^