Under The Windmills | Kincir Angin Ala-ala Netherland di Simpang Ampat Pulau Pinang

11:23 AM

Under The Windmills | Kincir Angin Ala-ala Netherland di Simpang Ampat Penang

 
 

Update terkini...memember cakap Under The Windmills ni tak tutup lagi.Kalau nak terjah silakan...silakan...tapi yang sebaiknya pi hari bekerja baru la dapat tangkap gambar kekonon kat obesi gitu sebab tak ramai orang.Kalau pi hari cuti nak posing sakan pon maloOOOOO...
 

Kincir Angin Ala-ala Netherland

 
Sapa tak teruja bila ada orang dok habaq kata ada kincir angin ala-ala kat Netherland di Pulau Pinang.Kita hat mak-mak orang ni pon teruja.Ohoiiii...nak sampai Netherland tu entah bila la gamaknya.Dapat merasa ala-ala Netherland pon jadila...bahahaha....
 
 
Ampa jangan nak teruja sangat.Ni entri #throwback ni.Under The Windmills ni berlansung dari 15 hingga 30 Ogos 2015 yang lepas tapi hari tu kawan lalu masa 1 or 2 September katanya ada lagi.Sekarang tak tau la masih ada ke tak.Saya pon pi time hujung-hujung pameran.Tak berkesempatan nak pi awai.Housing Developer iaitu ECO MEADOWS ada buat promosi perumahan jadi di bina kincir angin ala-ala kat Netherland untuk menarik minat pengunjung.Masuk adalah percuma cuma kena register dulu kat dalam galeri pameran.
 
 
 

Under The Windmills

 
 
30 Ogos 2015 baru berkesempatan ke Under The Windmills ni.Pi time cuti harap maklong paklong paham la cemana ramainya orang.Punya la plan nak pi hari keja asik la tertangguh-tangguh.Dan bila pi hari cuti susah cikit la la nak bergambar tanpa ada orang lain kat belakang...huhuhu...



Sebenarnya banyak lagi gambar tapi ramai sangat orang di celah-celah gambar so kita boh hat yang mana nampak ok ok je la.
 
Awal-awal Aqil ok lagi boleh dok suruh posing tapi lama-lama jenuh kepung.Takmau berdiri lansung.Stress mama ni.Dah la nak sampai 'Netherland' sikit punya jauh boleh plak dia wat perangai.




Kincir Angin Comel

 
Kincir angin kat sini bukan la besar macam kat Netherland nun.Jenuh la pihak Eco Meadow nak bina.Kat sini cuma replika comel-comel je la.
 



Ewah...ala-ala candid kita buat padahal dia memang taknak pandang kamera lansung.
 
 
 
Paksa Aqil senyum.Time ni dia memang dah takmau jalan dah.nak cabut segala kipas kat belakang tu.
 

Penat berjalan masuk ke dalam tengok pameran rumah kat dalam.Sempat gak la tanya harga rumah segala.Semput dengar harga rumah...huhuhu...setengah juta ke atas tu....haduiiiiih....
 
Boleh plak Aqil dok perasan sensorang tengok muka sendiri kat cermin dalam galeri pameran.
 
 
FRUST
 
Kalau pi hari bekerja mungkin boleh dapat gambar macam kat bawah ni tapi kau ingat kau tu siapa mama Aqil oiiii....Dah la pi tempat free hari cuti, ada hati nak gambar perfect macam ni...hohohoho...
 





 
CUTE KAN?
 
Lagi sekali frust...huhuhuhu...

Boleh la ke Ecoworld Gallery
Lot 730, Mukim 14,
Jalan Paboi,
Daerah Seberang Perai Selatan,
14100 Simpang Ampat Pulau Pinang.
 

You Might Also Like

24 apa kata anda?

  1. cantik.. tak sempat pi..

    tu lah.. ada tengok jugak yang lepas 30hb, tapi ada algi.. huhu

    ReplyDelete
  2. ermm bestnya...nak kna terjah juga nanti...

    ReplyDelete
  3. menarik nyer :)
    kalau la dekat...
    mesti aida gi.

    ReplyDelete
  4. owh.. kat simpang ampat rupanya...

    ReplyDelete
  5. Wahhhh, bestnya bawak anak2 jalan2. Cantikkk :)

    ReplyDelete
  6. eeee aqil lagi comel dr kincir2 tu semua hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik kincir2 angin tu... Pandai Aqil berposing, cutenyer ^-^

    ReplyDelete
  8. kami xsempat p pun..tp member duk area situ kata ada lgi haaa...boleh p la nnt

    ReplyDelete
  9. DAH TAKDAK BARU NAK POST KANNNNNNNNN HAHAHA

    ReplyDelete
  10. zai pi masa tak ramai org best la.. nina pi weekend mcm apa. susah nk selfie tp memang cantik

    ReplyDelete
  11. bestnya...pandai diaorang tarik pengunjung kan...

    ReplyDelete
  12. Ntahhh dah xdak baru nak post hahahaha. Lawanya gmbaq depa. Jeles nyeeee ;p

    ReplyDelete
  13. Wah comeynya posing aqil dengan permandangan tu

    ReplyDelete
  14. nak buat cmno kan..
    terpaksa redha j la bila time cuti..
    xlist dpt juga pergi..
    mmg cntik cntik pon..
    kalau saya pon frust kot. hihihi

    ReplyDelete
  15. tambah bila keadaan jerebu kelabu asap tu lagiiii nampak macam kat Natherland kannnnn ekekekekeke.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^