Butterworth Fringe Festival 2015 Sabtu dan Ahad ini

4:07 PM

Butterworth Fringe Festival 2015 Sabtu dan Ahad ini

 
 
Assalamualaikum semua....esok Sabtu dan Ahad bagi sesiapa dari Utara tanahair yang ada kelapangan bolehlah sama-sama memeriahkan Butterworth Fringe Festival 2015 yang akan diadakan di Jalan Jeti Lama, Butterworth.
 
 
 

Kenapa Jeti Lama Butterworth?

Program ini bertujuan untuk mengembalikan semula kegemilangan Butterworth dengan acara yang berkaitan pertunjukkan kesenian dan kebudayaan.
 
Di bawah map dan tunjuk arah untuk program Butterworth Fringe Festival 2015.
Kawasannya luas so boleh pilih untuk berhenti di mana-mana area dulu.Semalam sempat tinjau kawasan Jeti Lama ni.Banyak khemah-khemah dah di pasang di sana.
 
 
Bagi yang ingin turut sama memeriahkan Butterworth Fringe Festival 2015 ni, anda boleh menaiki shuttle dari Terminal Feri Butterworth dari jam 2 petang hingga 11 malam.

Ada 3 buah bas disediakan disamping 2 buah Volkswagen Kombis lama macam kat bawah ni dah juga 50 buah vespa lama.

 
Kalau agak-agak nak rasa macam zaman 60-an 70-an naik vespa lama naik Volkswagen Kombis ni silalah datang esok ya.
 

Apa yang ada di Butterworth Fringe Festival 2015 esok?

 
 
Ada demo masakan Melayu, anyaman tikar mengkuang, ukiran kayu...ada juga kedai buku lama, tayangan filem, pameran, persembahan dan juga live performance.
 
 
 
 
Korang pasti teruja sebab ke semua artis didatangkan dari luar negara seperti Australia, Japan, Belgium, France dan juga artis tempatan.
 
So jom la beramai-ramai memeriahkan Butterworth Fringe Festival 2015 di samping berhibur kita juga dapat kutip ilmu dan sejarah tentang Jeti Lama yang dahulunya kawasan yang membangun kerana adanya jeti untuk ke Pulau Pinang.
 
Untuk maklumat lanjut boleh la layari website Georgetown Festival dan juga FB Butterworth Fringe Festival 2015.

You Might Also Like

13 apa kata anda?

  1. alamak haaaih.. tadi da kat bertam patut lajak ke butterworth..
    tapi hujan haaa.. taktau la apa rupa kat situ..

    ReplyDelete
  2. kak p kaa...???

    lalu ja tadi.. hehe

    ReplyDelete
  3. Menariknya aktiviti dia..tp sayang, jauh sgt.

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat tgk balik semua2 tu.. kang kalau tak tunjuk mgkin generasi akan dtg dah tak kan kenal semua tu kan..:)

    ReplyDelete
  5. Teringin nak p..tapi tak boleh balik sana..kalau balik pun tak boleh nak p mana..

    ReplyDelete
  6. bestnya.
    dlu dok penang x da pon
    huhuhu

    kuih karas dgn peniram..

    ReplyDelete
  7. Assalam zai,
    alamak
    terlepaih sudah sob3

    ReplyDelete
  8. wah seronok nyer...
    cuti skola nanti in shaa Allah aida ke penang.
    kalau ada apa2 pesta ke program ke, inform aida ekk :)

    ReplyDelete
  9. besttnyaaa festival camnii.. teringin jugak nak pergii.. hehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^