#Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015 | Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

9:26 AM

 Assalamualaikum

Amalan berbalas juadah di bulan puasa ni rasanya makin lama makin berkurang.
Kalau yang duduk di bandar-bandar atau flat/kondo mungkin dah jarang nak berbalas juadah.Kalau ada pon tak banyak.
Yela...masing-masing bekerja.Balik pon kadang tak sempat nak masak.Semua beli kat bazar Ramadan.Makanan plak mahal-mahal.Nak berbalas juadah dengan jiran pon kena pikir 2 3 kali.
Kena plak duduk berjiran bangsa lain dahtu nak berbalas juadah dengan sapa.

Hihihi...contohnya macam saya la.Balik keja pon dah jam 6.30 petang.Tak sempat nak buat itu ini dah berbuka so camna nak masak untuk berbuka?Beli la jawabnya.Satu tingkat flat saya tinggal ada 5 buah rumah.Satu jiran Cina, 2 India dan satu jiran Indonesia bujang.Dah tu nak berbalas juadah dengan siapa?

Hari ni menyahut #Cabaran20Hari Raya/Puasa 2015.


Kalau kat kampung mak saya di Telok Ayer Tawar amalan berbalas juadah di bulan puasa masih ada.
Dari dulu sampai sekarang masih sama ja rentaknya.

Yang ni masa hari ke-3 puasa.Saya balik berbuka kat rumah mak.
Mak masak satu jenis dapat balik 3 jenis.Tak payah nak beli kat bazar dah.


Yang ni masa hari ke-10.Mak masak sejenis dapat balik berjenis-jenis.Apom balik tu je beli...hahaha...Ha...meriah tak?


Sebab tu bila kami cakap nak pi bazar beli makanan mak mesti tak bagi sebab nanti ada macam-macam jenis juadah boleh rasa serba sikit.

Kat tempat korang camna plak?


You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. mmg diakui jatang dah skrg ntp dok kg msih ada.masa saya ddk jb dlu pon masih bertukar tukar dgn jran.
    dok kl j kureng sikit ..

    ReplyDelete
  2. Telok Air Tawar....??

    Tok teh dok sana jugak.....!

    ReplyDelete
  3. paling el seronok bila time puasa ni yg ni lah..dpt bls2 juadah
    dah dekat 10taun duk kat umah mil ni kan kwsn lak kampung..lglah rmi jiran2..siap balas2 tu x tahan
    xpayah nak beli kat param2 tu..jimat!!hehe

    ReplyDelete
  4. Kekangan masa membuatkan tak sempat nak bertukar juadah.. weekend pun lebih kurang sama tapi dalam sebulan tu pasti akan ada sehari atau dua hari berbalas juadah.. ;)

    ReplyDelete
  5. jiran tetangga aida masih aktif tukar juadah.
    setiap masa,bukan ramadhan aje :)

    ReplyDelete
  6. Kalau kat kampung mmg best..ada jer juadah yg akan dihantar oleh jiran2..

    ReplyDelete
  7. duduk kampung memang syok mcm ni la kan hihihihhii. hari2 buat sejenis. pakai dengan jiran. time berbuka tiba2 magic boleh dapat macam2 hahahahaha. jom kita berjiran kak zai!! mihmihmih :p

    ReplyDelete
  8. Assalam zai,
    kaaaaaaaannn
    zaman iols kecik2 memang meriah balas2 juadah ni
    ni dok umah sendiri ateh langit dah tak dapat
    ater melayu sikit
    tak buat dah tukor2 juadah ni

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers