#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

9:36 PM

Assalamualaikum
 
Menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang ke-5.
Tanyakan pengalaman pahit di bulan puasa.
 
 
Kalau diikutkan kena hadap traffic jemmed yang teruk sepanjang bulan puasa tu kira dah pahit dah tu tapi orang lain pon sama gak la.Hari-hari ngadap jem.
Tapi saya muskil la....bila bulan lain tanpa cuti sekolah tanpa cuti umum jalan dari Batu Maung nak ke Jambatan Pulau Pinang tu terus ke Seberang Jaya tu takda la jem teruk mana pon.
Busuk-busuk pon pukul 6 petang mesti sampai rumah.Paling awai 5.45 petang tapi bulan puasa ni asal balik ja sampai 6.30 petang.Jumaat lepas lagi best.Pukul 7.10 malam baru sampai.
Baru duduk nak hilang letih dah berbuka.Tak sempat nak buat apa.
 
Tapi pengalaman pahit di bulan puasa yang paling terkesan sekali dah semestinya merasa kehilangan arwah adik lelaki pertama saya pada tahun 2005.
Mak yang paling terkesan sekali sebab beberapa hari sebelum arwah meninggal arwah belikan cat dan tikar baru untuk raya.Arwah yang cat semua dinding rumah cuma tak sempat pasang tikar getah ja.Pastu petang sebelum arwah meninggal sempat arwah tolong emak goreng bihun dan berbuka bersama-sama.
Saya turut terkesan sebab arwah meninggal kemalangan jalan raya semasa memandu kereta kancil yang saya beli hasil dari gaji keja saya.Patah kaki hoi bila kereta takda.Nak pi keja susah.Terpaksa la meminjam kereta abang.Bila tengok kereta yang remuk teruk tu remuk lagi hati saya ni...huhuhu tapi nak wat cemana.Dah ajalnya dengan kereta tu.Nak marah pon dah tak guna.Saya sendiri yang izinkan adik guna kereta.
 
Itulah pengalaman pahit di bulan puasa yang boleh dikongsikan untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 saya.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. al-fatihah buat arwahadik zaii

    ReplyDelete
  2. semoga arwah adik ditempatkan bersama org2 yg beriman

    tulah skrg ni lagi teruk jem time2 pose ni
    gamaknya diorg pun gegas nak masak kat rumah..nak beli kat param hahaha
    mujur lah ofis iols ni dekat...smpai2 umah terus silat gayung kat dapur haha

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    AlFatihah buat arwah adik zai

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah buat arwah..
    bertabahlah buat Zai dan family.

    ReplyDelete
  5. Semoga zai dan keluarga tabah melalui ujianNya..Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  6. sebab kan kak zai bulan posa semua nak cepat. semua rassa dia je nak berbuka huuuu. paling tak tahan bangsa yang tak puasa pun sibuk nk balik awal sama. nak terjah bazar ramadhan tu pftttttt gerammm hahahahaha

    al fatihah utk adik kak zai. mesti terngiang2 lagi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers