Rombongan meminang | Acah-acah honeymoon

12:01 AM

Assalamualaikum

Bersambung entri selepas tak tido semalaman kami bersiap-siap nak ikut rombongan meminang plak.
Sebelum siap tu cuaca elok ja.Elok nak keluar rumah hujan bukan main lebat.Teragak-agak nak kuar.
Dah lama sikit baru kuar umah.
Jenuh abah bawa keta.Hujan sampai tak nampak jalan.Kami ke JAWI nak berkumpul kat sana.
Bila semua dh ada so mohler kita ke Batu Feringgi.Nak meminang orang sana...hihihi...
Pi 5 buah keta.Group orang tua-tua pak-pak sedara ikut 1st Penang Bridge tapi kami nek 2nd bridge.
Nak cepat sampai padahal kami keluar paling last...hahaha...Bila col keta depan dah sampai tol Jawi dah yang kami ni baru nak start enjin balik :p


Lepas redah hujan...jem...kilang...naik bukit turun bukit sampai la kami kat Batu Feringgi.
Berhenti kat tempat pertemuan sebelum ke tempat yang di tuju.
Kami sampai awal 20 minit dari semua orang....hahaha...rasanya sebab kami shortcut kat Bukit Salbiah kot :p

Dah cukup semua baru ke tempat yang di tuju.
Gambar masa hari kejadian takda pon.Ni cilok dari biras saya...hahaha...
Aqil takmau duduk diam.Aduhhhh....saja tau.Baru mama dia ingat nak pi bergambar atas pelamin terus tak dapat.


Jamuan masa majlis meriah.Sampai kenyang la makan.Tuan rumah asik dok mai tambah ja kat meja.Bila nak abes....hahahaha....


Usai majlis pakat nak beransur pulang.Kami...saya, suami, Aqil, biras dan abang ipar singgah kat pantai dulu.Suami pantang tempat-tempat boleh mandi macam laut,sungai,air terjun,kolam segala.Mula la cari jalan nak mandi....hahaha...
Dak debab ni bukan main eksited tengok orang mandi laut pastu ada orang main jet sky...ada plak banana boat dan bot tarik payung peracut ni.


Saja boh pic ni kat group wasap.Kawan dok ingat kita ni bercuti kat mana-mana ja padahal...hahaha...ni la dinamakan acah-acah honeymoon :-P


Sekali boh gambaq pakai shawl lilit berbatu permata nampak ngat bukan santai-santai tepi pantai.Abah usaha pi beli baju dan suar pendek semata-mata nak mandi.Gigih betul.


Kuar dari Batu Feringgi jam 7 malam.Night market dah buka baru terhegeh-hegeh nak kuar parking.Alamatnya tersangkut la kejap kat situ.Lepas anta abang ipar segala jam 10.30 malam baru sampai umah.Memasing dah flat.Yang cergas si debab la.Dia bantai tido masa ondaway pi dan balik dari Batu Feringgi.Naseb la senin tak lajak tido.Kalau tak mau cuti 1 hari.

You Might Also Like

17 apa kata anda?

  1. best juga dapat santai tepi pantai

    ReplyDelete
  2. dah lama tak p tepi pantai...nnt nk ajk suami p la

    ReplyDelete
  3. km naik 2nd bridge tu sesat mana hala. nak cari nasik kandaq kayu tak jumpak jumpak hahaha. last sekali makan dekat nasik kandaq tepi jalan ja. last tu 1st & last naik 2nd bridge nasib naik dengan maksu. p dengan suami xnaik dah. kalau nak meronda boleh la. kmi baru ja p batu feringgi tuu. rugi xjumpak dak debab tuu aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...k.zai smpai abg ipaq ckp terer jln penang.akak yg dok bg direction msuk jln mn2

      Delete
  4. Assalam zai,
    he3
    weols nak beaching weekend ni pulop :)
    jom3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...ala...weekend ni kita wt mkn2 family kt umah mak...senin kot br nk p beach

      Delete
  5. fmly metua ajak berkelah kat bt fringgi la weekend nti...tp iols rasa mcm tak larat wakakaka

    ReplyDelete
  6. jomlah weols nak pi piknik mandi kolam kat tanjung bunga hehe
    seronok lah budak kecik tu dpt main beach smpi letih tido lam kete
    smpai umah cergas pulak hehe

    ReplyDelete
  7. bestnya jalan jalan penang..
    syiokk nya aqil bersantai santai di sanaa.

    sy klu dr kl nk p penang mmg naik 2nd bridge
    dr utara naik 1st bridge dua dua ada kelebiha nya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau pndai jln okla...stgh org x pndai jln kot area 2nd bridge

      Delete
  8. wah wah shawl batu permata tu tak tahan..bagus lah aqil suka mandi macam apaknya hehe

    ReplyDelete
  9. sekarang nadh suruh stand by je baju extra dalam kereta. kot tetiba emergency mcm nk mandi manda ni hihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^