Cloth Diapers | Hemp 4 layer Super Serapan

11:48 AM

 Cloth Diapers | Hemp 4 layer Super Serapan

 

Cloth Diapers | Hemp 4 layer Super Serapan

Assalamualaikum


Hari ni saya nak review pengguna HEMP yang baru saya beli.Kita nak share la jugak keberkesanan dia cemanakan tapi sebelum tu saya nak cite pasal cloth diapers.Mungkin ada dikalangan ibu-ibu dah guna cloth diapers ni.Saya ni masih baru juga la...dalam setahun camtu.


Apa itu cloth diapers?


Cloth diapers(CD) adalah lampin kain yang dimodenkan rekabentuknya.

Aqil tidak la sepenuhnya pakai cloth diapers ni.Kadang-kadang bila mood rajin seharian(hari cuti) saya pakaikan dia CD tapi bila mood M menyerang terus pakai pempes biasa ja hari-hari.
 
CD dari QQ baby + microfiber insert

Sesejak Aqil dah kuat minum susu sekali hadap 7oz boleh habis bila pakaikan cloth diapers macam biasa mesti bocor.Tahan 3 jam camtu ja.Lebih pada tu boleh nampak dah basah-basah kat seluar dia.
Stop pakai CD kejap.Pastu tercari-cari info apa yang elok di pakai supaya tak bocor.Search sana sini baru dapat jawapan.



 
HEMP 4 layer super serapan la jawapan dia.




 



Kenapa saya pakaikan CD kat Aqil?
Tujuannya utamanya nak berjimat cermat.Bayangkan hari-hari 6 keping pempes saya pakaikan kat Aqil.Satu pempes dah 60 sen x 6 keping dah RM3.60.



 
Kalau sebulan RM3.60 x 30 hari dah RM108 untuk pempes sahaja.
Tu belum masuk bab susu Aqil lagi since saya dah lama stop BF sejak Aqil 8 bulan.
 
Kalau CD ni beli 10 keping x RM17 baru RM170 tapi boleh pakai berulang-ulang....haaa...gitu...
Pempes biasa saya guna bila bangun pagi salin CD Aqil sebab dah tau time poo poo Aqil waktu pagi.So tak susah la saya nak cuci CD yang terkena poo poo dan waktu kuar jalan-jalan saya lebih prefer guna pempes biasa.
 

Memula dulu rasa agak malas gak la nak pakaikan CD kat Aqil tapi bila lama-lama saya rasa ok plak.Yang penting kena RAJIN dan jangan tangguh-tangguh nak basuh CD bagi orang yang stok tak banyak macam saya...tu je...
Macam saya tiap kali salin cepat-cepat basuh CD pastu jemur.



 
Sebelum ni beli CD dapat 2 keping insert jenis microfiber tapi jenis ni tak tahan serapan banyak.
Kalau untuk baby memang elok la.Untuk Aqil...alamat bocor la nanti.
 



 
Bila dah jumpa seller HEMP terus order sebab HEMP ni tak ramai seller CD yang jual.
Yang saya order ni pon kena pre-order dulu dalam 3 minggu baru dapat.
 
Apa itu HEMP?



 



 
 
HEMP adalah insert CD yang diperbuat daripada kayu tanaman hemp.
Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
Kelebihan HEMP ni tahan lasak dan berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serapan yang lebih tinggi berbanding microfiber atau dalam erti kata lain lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam, bahan semulajadi(lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi dan sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk atau panas.

Tapi HEMP juga mempunyai kekurangan.Ia memerlukan "pre-wash" yang lebih kerap untuk membuang natural oils yang ada di dalamnya, agak lambat kering, sukar didapati di Malaysia dan harga yang jauh lebih mahal.Yang ni saya memang akui.

Pre-wash HEMP perlu di rendam 2 kali dalam air panas hingga sejuk dan selepas itu perlu di basuh dan jemur seelok-eloknya 5 kali tapi saya buat 3 kali je.Tak sabar nak pakaikan kat Aqil punya pasal.


Cara-cara penggunaan HEMP?

Hemp + microfiber + CD


Perlu combine HEMP dan microfiber/bamboo.Letak HEMP dibahagian bawah dan masukkan ke dalam pocket CD.
Hemp sesuai dijadikan booster untuk serapan.



Dah 4 kali saya try kat Aqil pakaikan CD dengan HEMP + microfiber.
Jawapannya memang AWESOME.
Tak bocor lansung walaupon dah 6 jam Aqil pakai tapi seelok-eloknya 3 ke 4 jam patut ditukar CD supaya tak naik ruam.
Waktu tido malam pon cuba juga pakaikan Aqil dan jawapannya pon sama.Takda kesan basah kat tepi-tepi CD mahupon seluar.Tak payah nak basuh alas tilam Aqil hari-hari dah camni.


Aqil memakai ALVA CD + microfiber + hemp

 
Lepas ni saya lagi boleh berjimat la...hihihi...
Kalau ada yang nak try guna CD atau nak bertanya tentang CD ni boleh ke FB Sis Cahaya dan juga tokey CD dan HEMP Sis Hafizah .
Boleh PM tanya-tanya dulu.Kalau berminat boleh la order dengan diorang.

Jangan kata akak tak payung ye #EH

You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. menarik ni...doakan kite cepat terbukak hati nk terjebak dengan cd la.huhu.

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni zai, kalau ada alternatif dan cara untuk berjimat apa salahnya kannn?

    ReplyDelete
  3. saya ada berfikir nak pakaikan si junior CD jugak, tapi masalahnya saya ni jenis tak rajin nak membasuh...huwaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. el ritu pakai kejap je cd ni kat anak el tu
    xlarat nak ulang pakai basuh..sbb cepat bocor
    last2 pakai pampers je hahaha

    ReplyDelete
  5. dulu saya pernah jugak pakaikan cd ni..tapi kejap je..masa tu duk apartment..susah nak jemur.. kejap2 habis stok.. maklumlah stash sikit je..

    ReplyDelete
  6. bagusnya. boleh ibubapa berjimat

    ReplyDelete
  7. Assalam zai,
    he3
    ghaaaajiiinnn uols
    chaiyok3

    ReplyDelete
  8. dah pakaikan uwais CD tapi dia tatahan

    naik merah2 kat kelangkang dia. pastu dia ngadu sakit sakit walaupun pakai yang paling longgar

    bila dia kata sakit tgk merah2 terus stop sampai lani tak bagi lagi kesian kat dia huuu

    nanti lepas ni nak bg balik la kot.

    ReplyDelete
  9. review terbaik insyaAllah nanti ekin ada anak.boleh cuba

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^