Rupanya susah juga keluar berdua dengan anak kecil

3:14 PM

Rupanya susah juga keluar berdua dengan anak kecil


Assalamualaikum
 
Ingat dak hari buruh ritu saya cakap kuar tengok baby baru.Sebelum pi tengok baby baru tu saya ke Bertam dulu ambik barang.
Kena plak time tu tengahari kesian plak kat anak.Mesti lapar jalan sana sini.
Mama upah anak makan kat SR.
 
Macam la anak tu nak makan sangat padahal mama yang nak makan.
Masuk SR segala perkakas yang perlu saya bawa masuk kena boh sesiap dalam beg contohnya buku.
Memula tu anak ok lagi tapi dah lama sangat tunggu makanan tak sampai-sampai mula la jemu.
Kuarkan buku untuk ambik perhatian anak.
 

Bila makanan sampai anak dulu yang nak pegang.Sentuh ja makanan terus tarik balik.
Panas nak oiiiii...tunggu la sat bagi sejuk dulu.
 
 
Eh...macam tak biasa ja keluar berdua dengan anakkan?
Selalunya saya just bawa ke pantai dan balik rumah tok Besah so anak tak meragam sangat sebab dapat lepas bebas.
Boleh jalan sana sini lari segala.
Ni duduk lama-lama kat meja makan mula la dia nak bebai.
Jenuh mama ni.
Kalau ada abah boleh la tengok-tengokkan anak sambil makan.
Dussssshhhhh...
Meja makan time tu jangan cakap la.Bersepah.Fries berterabur kat bawah meja.
Naseb la masa masuk SR cari tempat hujung-hujung.Sebab takut anak buat perangai ni la.
 
Percubaan keluar makan berdua dengan anak GAGAL sebab anak sebenarnya letih dan mengantuk.
Masuk ja keta baru jalan tak sampai 5 minit anak lena kat sebelah.
 
Selasa balik keja bawa anak pi Pasific nak beli botol susu.Botol kat umah mengasuh dah macam apa ja tengok.
Sesambil tu nak cari patung dinasor.Aqil bila nampak patung dinasor dalam cerita Barney mula la mulut tu dok tu...tu...tu...
Tanpa stroller saya bawa dia jalan-jalan.Biar lepas bebas dalam Pasific tapi anak macam biasa jalan pegang tangan.Time hari biasa orang pon tak ramai so tak risau sangat.
Alhamdulillah...BERJAYA...behave ja.

 
Next time nak kena cuba lagi dan lagi.Almaklum la suami tak sama cuti dan waktu keja dengan isteri kena berdikari sendiri camni la.

You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. fuhhh hebat kak zai. ila xpenah keluar berdua dengan qayyim xda keyakinan diri. wajib ada mak atau suami yg teman kalau x dok rumah ja tengok kampung boy hehehehe

    ReplyDelete
  2. setakat ni keluar g taman je.
    x tau nak handle mcm na kalau tmpet makn

    ReplyDelete
  3. Cik mah mmg slalu kuar berdua je ngan azwa..lagu2 g pos n beli brng n g mkn...cuma klau kena part die ngantok tu..mmg kn handle n tidokan die dulu.

    ReplyDelete
  4. tahniah kak zai....sbb berani cuba bawa aqil keluar brdua....nnt lama2 aqial biasa senag je nk handle

    ReplyDelete
  5. tahniah berjaya keluar berdua dengan anak.kite pun tak mampu kot handle thaqif yang tengah melasak.mampu tunggu papa thaqif balik la baru mampu keluar jalan2.

    ReplyDelete
  6. uuuish tabah laaa kalo keluar dengan anak kecik.. tp tulah hiburan diorang main baling2 makanan smpai lantai.. hehehe.. hazab untuk mak mak kemas hehehe..

    ReplyDelete
  7. wahhhh kipidap mama. lepas ni boleh pegi jalan2 lagi. Aqil sila behave nanti mama takmo bawak jalan lagi baruuuuu tau ekekekekeke

    ReplyDelete
  8. Assalam zai,
    iols tak pernah lagi keluor berdua dengan anak
    coz besanya yang paling kurang pun pasti bertiga :)
    kalo ayah takdak opah kan ada he3

    ReplyDelete
  9. ha ha baru sorang tu zai.
    aida pernah bersendirian dgn 2 baby (kakak2 kecik dulu).
    now 2 kakak2 yg tak brape kecik dan ijat yg aktif :)
    Allahu Akbar! berpeluh ketiak :(

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers