Selamat hari lahir mak dan adik

3:59 PM

Assalamualaikum

Yuhuuuu...tiga hari menyepi tanpa entri.
Kebizian yang melampau bila start keja.
Hari ni pon masuk keja pukul 7.30 pagi terus buat keja tuptaptuptap sampai pukul 2 petang....fuhhh....setel gak akhirnya.

Minggu lepas 22hb besday adik.Pastu 24hb plak besday mak.
Masa besday tu tak balik pon.Takda nak celebrate bagai.
Sabtu janji dengan mak nak balik masak nasi mandy.
Dok dengar mak dok menyanyi-nyanyi lama dah nak makan nasi mandy tapi tak terbawa dan tak terbeli pon so mohler masak nasi mandy kat rumah.

Beli yang homemade ja senang.Siap sedia dengan beras dan rencah.Cuma beli ayam/daging ja.
Tu rempah kurma Shahabe tu kawan jual.Ala...Shahabe katering yang femes kat Tanjung ni.Depa ada keluarkan rempah kurma dan kari.
Semudah 1 2 3 ja penyediaannya....kah...kah...kah...DASAR MALAS dan TAK RETI MASAK.
Itupon naseb Aqil lena lepas penat tengok 'apai' kat pantai.
Kalau tak jenuh la dok tempik itu ini kat dia.


Sebab mak kita tak makan ayam so kita masak daging je la.
Terlebih air mawar dan pewarna plak.Wangi semacam nasi mandy ni...hahahaha...tapi setengah pinggan tu Aqil yang makan.Sedap melampau la tu.


Tekak Melayu mesti nak makan dengan kuah kari tapi saya memang teringin nak makan kurma daging lepas kempunan makan kurma daging besar 2 cm ja kat satu kenduri baru-baru ni.
Owh...sangat tak puas ati.
Besar 2 cm ja.
Seketul share makan dengan Aqil.
Katering mana la yang depa ambik tu....haila....
Lagi satu kawan dok cakap Shahabe katering kurma daging dia power.
Saya tak penah rasa lagi tu yang beli.Power sangat ka?


step memasak dari penjual rempah Shahabe :p


Semudah 1 2 3 macam gambar ni maka jadi la kurma daging tapi daging tu kena rebus dulu dan air rebusan tu kena guna juga.
Memang sedap.

 
Tak buat sos harrah dan salad arab tapi saya buat kerabu tomato....hahahaha....Melayu gitu...ada bau-bau belacannya....hahahaha...baru la kick.

 
Dan tak dilupakan satay di petang hari.

 
Ha...gini je la kami celebrate besday 4 beranak.
Saya, Aqil, adik dan mak.
Simple.
 
Buat mak dan adik moga berada dalam keadaan sejahtera serta dilindungi rahmat oleh-Nya....amin.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. rajinnya alahai nak buat benda2 renyah mcm ni.sy xpnh masak benda2 mcm ni.hahaha

    p/s : betul ke sedara sis, kembar 4? pergh dhsyt bt..mcm mn lah dia bwk perut tu ye? tp sy td scan sorg je nampak duk gerak.rasanya mmg sorg je hehe

    ReplyDelete
  2. Semoge panjang umur dan murah rezeki buat mereka..

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    hokeyh iols konpius kejap
    iols dok nengok dekat 5kali dah gambor masak kurma tu
    yang iols nampak telor
    tapi bila siap jadik daging pulop he3
    cencaner tu???????

    ReplyDelete
  4. omaiiiiiii sedapnya haaaaa
    sama macam kak sha. tgk gmbo atas telur yang jadi daging. dia beranak dalam tu ke macam mana? ekekekekekek :p

    ReplyDelete
  5. ila suka rempah yg siap2 semudah a,b,c ni. nak masak campak2 ja. siap. yang penting sedap. kan hehe. eh sama mak ila pun xmakan ayam. yg lain makan. hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers