Dept Team Building | Makan di Nada Lama dan Treasure Hunt di Queensbay Mall

10:13 AM

Assalamualaikum
 
Lama tengok pic makanan kat bawah ni.
Nak up ke tak nak up ke tak?
Lastly kita up je la entri.
 
Baru perasan.Asal ada makan-makan department mesti pakai tudung ni.
Apakah?
 
 
Pagi tu masuk keja macam biasa.Setel keja sana-sini sikit pastu jam 11.30 pagi dah gerak nak ke EQ Hotel.Makan-makan di Nada Lama Restoran.
Department sediakan 3 buah bas.Sesapa yang nak pi sendiri boleh pi sendiri.
Sapa yang nak pi dengan bas boleh naik bas saja.
 
Ni 1st plate saya.Kah...kah...kah...boh segala mak nenek dalam pinggan.

 
Kami suka duduk kat hujung-hujung benua.
Kalau duduk kat sana rimas la.Ramai sangat orang lalu-lalang nak ambik makanan.
Rasa macam takleh nak cover masa makan nanti.
 

 
2nd plate.
Saya paling suka plate ni.Sedap.
Kalau tau sedap awai-awai lagi saya makan yang ni dulu.

 
Kesian.Bubur jagung ni takda sapa yang sudi ambik.
So meh nak rasa.
Sedap.Lemak berkrim tapi  tak disukai ramai...hehehehe....
 
 
Last ambik bebuah sikit dan puding.
Salad dan desert lain tak ambik pon.

 
Lepas makan bahagi-bahagi kumpulan untuk treasure hunt.
Terus naik bas ke Queensbay Mall.
 
Kami di beri 5 soalan dan perlu diselesaikan dalam 2 jam.
 
Contoh soalan~ Another option
So jawapan ~ Plan B
 
Jawapan tu sempena nama kedai yang ada dalam Queensbay Mall.
So dah dapat jawapan pi kat kedai tu dan group selfie depan kedai.
Masa group selfie ni memang best.Semua muka tak malu ja berselfie depan orang ramai lalu lalang.
Nak menang punya pasal...kahkahkah...
Begitu juga la soalan-soalan yang seterusnya.
 
Yang paling respect adik-adik GT(graduate trainee) dalam group ni.
Bagi soalan...bincang jawapan...cakap je nama kedai...tinggggg...dia dah habaq kedai tu ada tingkat berapa-berapa.
Gila ah dik....ko hafal lokasi tiap-tiap kedai ka?
Pastu berjalan la lelaju ke tempat yang di tuju nak selfie.
Naik turun naik turun tawaf Queensbay Mall yang luas tu.
 
Abes 5 soalan pi serah kat urusetia dapat plak lagi 5 soalan.
Punggah.
So lagi sekali naik turun naik turun.
Jam 3.30 petang dan berkumpul depan panggung serah jawapan kertas nombor 2 untuk disemak.
Group kami dapat no.4....yeaaaayyyy....so hadiahnya dapat seat paling atas sekali...kah...kah...kah...
Yang nombor 1 mesti dapat seat lane C ke D camtu kan.Yang takyah nak langut takyah nak tunduk masa tengok wayang.
So hari tu booking sepanggung untuk R&D team seramai +-150 orang tengok cite INSURGENT.
 
Saya layan sejam je movie ni.Badan dah rasa lain macam terus kuar panggung dan balik.
Ramai gak yang tunggu sebab macam biasa lepas abis wayang ada lucky draw.
Ada iPad, henfon, baucer wayang dan lain-lain lagi.
Esok tu la kejadian yang tak di ingini berlaku lepas saya gagah gigih join depa jalan nek turun nek turun Queensbay Mall.
So gegambar masa treasure hunt memang takda.
Tak sempat nak ambik dari adik GT tu.
 
Peringatan untuk diri sendiri...jangan ingat diri tu kuat macam dedulu lagi!!!!!!
 
 

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. bab makan2 memang best. Treasure hunt kalau outdoor memang syiok.

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak puding gak la.. alaaa Kak Zai ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak zai. km pantang makan-makan ni. pantang tengok hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalam zai,
    insyaAllah ada lagi rezeki Allah lepaih ni naaaaaaaaaa
    jangan sedeh2 hokeyh :)

    ReplyDelete
  5. dah tertakdir bukan rezeki akak huuu. lepas ni kena extra extra jaga diri :)

    ReplyDelete
  6. bestnye company zie..boleh g makan2 pas2 treasure hunt..pas2 tgk wayang reramai..el x nah rasa mcm tu teringin nak alami kerja yg mcm ni..ada keje kosong x situ hehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers