Anugerah | Aqil Najmi 18 bulan

10:27 AM

Assalamualaikum
10 April 2015 Muhammad Aqil Najmi dah masuk 18 bulan.Mama lupa.
Kalut dok urus diri dengan macam-macam hal.
Dah jadi kembar siam mama buat masa ni.Nyekoq ja ke mana mama pi.
Takut kena tinggal leteeeeew :p

kalau balik umah tok Besah mesti kena puji dengan tok guru ngaji cakap muka dia sempurna.Kening elok terletak.Alhamdulillah dengan ciptaan Allah nan satu ni.
Isnin bawa Aqil check up.Awal-awal dah upah makan nasi lemak dan minum susu sebotol habuan lapik perut.Dah tau nak kena tunggu lama.
Memang dah agak.Tunggu turn nak timbang ja dah sejam setengah.
Dok dengar mak mak dok sembang cakap selalu depa mai petang.Kan sekarang ni kerap hujan petang tu depa mai pagi.Patut la Isnin tu ramai bukan main baby.Selalu kalau pi tak seramai tu.Dekat 30 orang gak la hari tu.
Memula Aqil ok ja.Dok rilek kat sebelah sambil dok sembang cara dia.Kekadang ja nyorok-nyorok sampai nak masuk dalam baju mama sebab ada orang tegur.Tapi lama-lama naik turun naik turun kusi gak la.Jenuh melayan.
Masuk bilik satu timbang ukur tinggi segala.
Berat :~ 12.8 kg (ayokkkk...ingat demam ritu dah kurang berat tapi tambah banyak plak tu)
Tinggi :~ 79 cm
Masa nurse dok tulis-tulis tu dia tengok pen terus meraung-raung menangis.Ingatkan pasal apa.Rupanya dia nak pen tu.Adusss la anak.Awat wat perangai taktau.
Lastly nurse tu bagi pinjam pen dan kertas kecik.Dapat ja pen dan kertas terus diam.Terus dok conteng-conteng.
Dan-dan teringat entri 3 KERTAS 3 CRAYON DAN 3 PENSIL WARNA dari blog Adlil Rajiah.
Nampak gayanya mama nak kena sedia benda-benda ni kalau pi kat tempat yang kena tunggu lama-lama.Bila dah tau anak minat apa so boleh la mama prepare nanti.Takut anak cepat bosankan?
Pastu tunggu plak nak masuk bilik mana-mana ikut kawasan tempat tinggal.Dah ada pen dan kertas dia behave la.Yang ni sat ja tapi nak tanya itu ini yang lama sampai Aqil lentok lena kat bahu saya.
Abes bersoal jawab mari la cucuk.Fuh...yang ni teruk.Siap ada nurse kena pegang kaki mama pangku sambil pegang tangan.Meronta bukan main bila kena cucuk tapi sat ja.Lepas nurse tarik tu rilek balik.Aqil kan kuat.
Balik tu siap boleh pi sopim kat Billion lagi.Pastu balik main mainan macam biasa.Tak sakit pon kan?



You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    oohoiiiiiiiiiiii
    sayam aqil dah nak sama berat dengan abang fayyadh dah niiiiiiiii
    kalo boh sebelah2 konpem tenggelam abang fayyadh he3 :)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. comel.. biasa la budak.. kalau tgk org tua nak kuar jalan.. excited dia takut kene tinggal.. hehe

    ReplyDelete
  3. comelnya anak kak zai. sama lah berat anak kita. anak km setahun 7 bulan. membesar dengan sihat ya sayang

    ReplyDelete
  4. boolattt! sihat badan, alhamdulillah. moga jadi anak yg soleh ye :)

    ReplyDelete
  5. badan tu tough.. kata sado x lama lagi ni aaaahak =P

    ReplyDelete
  6. good boy aqil. uwais sekarang dah up lagi kembar siam pendalaman :p

    depa nanges kena cucuk tu bukan ape, sebab kena pegang tak bagi gerak tu je kot

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers