Makan Kenduri | Pakai baju yang sama ja

4:13 PM

Assalamualaikum
 
Cuti sekolah dah bermula dan kenduri nikah kawin pon merata-rata la.
Saya pon tak terlepas juga menghadiri kenduri.
Maaf...kenduri yang jejauh saya tak dapat attend kalau takdak driver rasmi.
Kalau pi berdua ja dengan Aqil takut jadi macam kes pi kenduri Puan GKSB.
Aqil menangis macam kena pukul dalam jem.
Dah taktau nak pujuk cemana...pasang dabel signal terus masuk laluan kecemasan pastu pecut laju.
Maafkan saya kerana guna laluan kecemasan tu tapi bila dah cuak camtu la jadinya.
Sampai tol park tepi nyusu baru la lega -_________________-
 
Sekarang bila dah boleh jalan bagai lagi susah nak kawal.Kang lama-lama dia bosan jenuh.
Abes dia selongkar satu keta.
 
Sabtu balik rumah tok Besah dulu.Sampai sana tok Besah takda.
Tunggu punya tunggu sampai Aqil pon lena.
Oh...rupanya tok Besah kat rumah jiran belakang rumah.Rewang sebab esok kenduri kawin Shahir.
Eh...esok ka kenduri Shahir?
Punggah.
Baju nak pi makan kenduri tak bawa pon.
Jenuh la...jenuh la.
 
Pukul 2.30 petang Aqil bangun terus siap-siap pi kenduri Along.
Selpiaq sekeping.
muka tanpa mekap
Tera nak sampai nak cari parking dalam 3.30 petang gak la baru dok kat meja makan...hihi...
Rumah dekat pon pi lambat.

Meriah kau kenduri Along.
Menu macam-macam sampai tak tau nak makan apa.
Menu utama kenduri Along ada nasi putih, nasi daging, gulai daging batang pisang, bersamah daging, dalca, ayam goreng, sambal ikan kering, air asam, oren sunkist, bubur kacang dan 2 jenis air.

Situ dah seround dah makan sesambil suap Aqil makan.

Dok rilek kejap bangun plak meronda tengok menu sampingan.
Ada KAMBING GOLEK.Tah berapa ekor family Along tempah.Sampai saya nak balik jam 4.30 petang tu depa dok bakaq kambing lagi.

 
Kambing golek ni didatangkan khas dengan coleslaw dan kuah black pepper.
Kalau sesapa sekitar Sungai Petani, Seberang Perai ke Kulim yang ada bajet lebih nak buat kelainan hidangkan kambing golek atau satay masa majlis kenduri kawen atau akikah boleh kontek 019-494 9541.Siap pakej bakar sekali.


Saya masa makan kenduri ni dok khemah dekat bahagian dapur.Jauh sikit dari speaker DJ.Kang sembang dengan mummy to be no.3 tu tak dengar plak.
So masa saya reronda ambik makanan tinggal kat depa suami isteri ni la yang jaga.
khemah belakang.kat depan nun ada dewan dan khemah lagi.
Untuk menu sampingan ada CENDOL dan AIS KACANG PEMES AMOS MAKLOM, laksa, bihun goreng, mee goreng, air soya, samosa dan karipap panas-panas.Kesemuanya dari gerai di MAKLOM.
Pastu juga bihun sup, roti canai, tapai dan pulut kuning dari tuan rumah tapi satu pon saya tak snap pic.

Fuhhhh....macam-macam ada sampai taktau nak makan apa.Saya ambik laksa dan air soya ja...hihihi...

Ni la pengantin tersebut.
Tak sangka Along dah kawen.Last year masa kenduri Cidiah tengok Along diam ja tengok Cidiah atas pelamin.Rupa-rupanya.....dalam diam ye.

 
Oppps....tu bukan pengantin lelakinya.Secara kebetulan plak pengantin lelaki adalah kawan suami....kah...kah...kah...Malu tau nak snap gambaq.Suami plak keja so tak sembang lebih-lebih la.Pengantin suruh pi kenduri belah laki plak esoknya tapi tak dapat nak pi.Suami keja.
-____________-
 
Dah dok makan sampai dah nak petang dapat bekalan ni dari tuan rumah.

 
Malu tau itttewww masa balik tu usung sebeg plastik lauk kenduri.Kalau ambik nasi mau penuh tangan ni nak usung dengan handbeg dan Aqil lagi....hai la...
 
Malam tu tido umah tok Besah macam minggu lepas.
 
Ahad kenduri jiran belakang rumah tok Besah a.k.a sedara bau-bau bacang.Sebab tu kita taktau.Kalau sedara rapat mesti dah tau dah bila kenduri ni.
Sebab lupa ada kenduri kita pakai balik baju semalam...hahaha...tapi dah basuh dah la.
Kalau tak basuh mau pening orang yang beratur kat belakang masa ambik makanan.

baju semalam suar ja tukar lain :p
Menu kenduri memang sedap.
Nasi daging dia lembut, daging rebus dia lembut, air asamnya pekat terasa, dalca dagingnya sedap, acarnya pedas sedap dan gulai buah munggai yang ummmph....
Boleh kata menu utama kenduri sedap-sedap belaka.Kita kasi 5 bintang.Ada juga gulai ikan kembung untuk sesapa yang tak makan daging.
 
Rasa macam nak tambah sepinggan lagi tapi ada menu sampingan lain yang kena rasa so lupakan bab nasi daging tu.

Yang ni memang A.
Char koey tiaw(betoi tak eja?belasah je la) hasil gorengan budak-budak bujang.
Mantop....5 bintang saya kasi.


Pastu try plak pak tongko hasil kerja budak-budak laki dok goreng kat hujung sana.
Lembut...sedap...5 bintang gak saya kasi.

 
Ada menu lain lagi.Ada tapai pulut, agar-agar, cupcake, bihun goreng makan dengan kuah laksa, nasi goreng + ayam goreng, kuih talam dan teh tarik.
 
Eh...zaman sekarang kenduri memang macam ni ek?Ada section-section macam orang meniaga.
Tapi modal mau banyak la kan?
 
Tuan rumah kasi dodol dalam bekas 200 gram ni.Ada juga pulut kacau dan lain-lain.
Hasil air tangan tuan rumah sendiri pengusaha dodol, halwa maskat, pulut kacau dan biskut raya.

 
Kalau sesiapa yang nak ringkas taknak guna beg kertas bagai boleh bagi cenderahati macam ni kat para tetamu.
Orang tua-tua mesti suka.
Kalau bagi beg kertas pon lastly ke tong sampah juga.Betul tak?
Kalau berminat nak order dodol dan sewaktu dengannya untuk majlis kenduri kendara boleh hubungi 019-4152324/04-3515196 atau datang terus ke
Fresh Made Taste
No.2340 Permatang Berah,
Titi Mukim,
Telok Ayer Tawar,
13050 Butterworth.

You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. tak apa pakai baju yang sama pun tak ada masalah dan tak ada orang nak question...

    ReplyDelete
  2. wow banyaknya menu. kalau nak rasa semua mau kena duduk situ sejam dua tu hihihihi

    tapi betoi kan kak zai kenduri sekarang meriah. mcm2 gerai sampingan ada

    ReplyDelete
  3. kan skrang musim orang kawen.. dok dapat jemputan kawan2.. diri sendiri belom =P weee..

    ReplyDelete
  4. Assalam zai,
    hamboooiiihhhhh
    sakan berkenduri uols
    nomei aqil berkemeja gitew :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers