Anugerah | Aqil Najmi 16 bulan

3:39 PM

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam Aqil dah genap 16 bulan tapi dok rasa macam baru ja bersalin.
Boleh ingat lagi sakit czer tu cemana.
Sakit amat.Sapa cakap tak sakit tu memang power la.
Allah...nak tegakkan badan duduk atas katil pon jenuh.Pegang la tali kat hujung katil(spital gov) berusaha nak bangun tapi hampa.Last tunggu ja suami datang tolong dudukkan saya....wuuuuu...

Dak debab ni sekarang kemain susah nak tangkap gambar dia.
Ini pon umpan dengan buku...kalau tak jenuh la kaleh sana kaleh sini takmo tengok kamera.


Dah makin lasak.Bayangkan dia boleh angkat keta ni atas katil yang tilam dah dabel 2.Tinggi kot tapi dia angkat naik senang ja.
Berat kot untuk budak usia setahun.


Eh...kami baru ja sebulan tido atas katil.Selama bersalinkan Aqil tido atas tilam letak atas lantai ja.Ni gara-gara takut Aqil jatuh katil.
Suami sanggup buka katil simpan bilik belakang gara-gara takut anak kesayangan dia jatuh.
Almaklum la...masa saya kuar pi keja suami akan tido balik dengan Aqil sebelum pi keja pukul 10 pagi.Takut tak sedar anak bangun golek-golek jatuh katil tu yang tido atas tilam ja selama ni.
Dok dengar anak kawan-kawan asik jatuh katil ja so kami berjaga-jaga la.
Risau.
Hari pertama pasang katil Aqil excited nak naik main atas katil.
Kesian -______________-

Risau sebab tilam dabel dan tinggi so saya tanya 'Nak turun katil macam mana?Tunjuk kat mama.'

Dan selamber ja Aqil turun katil tinggi tu.Turun kaki dulu.Ewah....pandai.Tak ajar pon pandai dah.Alhamdulillah.
Pastu dia seronok dok turun katil.Suruh kita angkat letak atas katil pastu satgi dia turun pastu nak naik balik.Kurus lengan mama ni nak -_______-

Lepas 2 3 hari pasang katil tengok dia dah pandai naik katil sendiri.Panjat kot hujung katil.Ada besi galang kat situ dan dia panjat sendiri.Bravo....memang sel-sel otak sedang berhubung sungguh ni.
Dah pandai naik turun katil...nak main keta mainan pon semua atas katil.
Ciwi betoi.


Buat anak mama abah...moga jadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik...Amin.



You Might Also Like

5 apa kata anda?

  1. KAMI SAMPAI SKRG TIDO ATAS TILAM LAGI...UMAR PENAH JATUH KATIL MASA UMUR 6 BULAN :((

    ReplyDelete
  2. pandaiiiiiii uwais pun pernah jatuh kali tp kmi diam2 kmi je huuuu tp tetap xbukak katil. bubuh tilam je kt bawah tp alhamdulilah xpernah dah jtuh lpas tu

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    bam bam aqil, memang jauh la ketinggalan abang fayyadh he3
    moga membesar dengan sihat & bahagia AMIN
    iols alhamdulillah tak rasa sakit czer, masa laps. untuk appendix pun alhamdulillah tak sakit
    just rasa nyilu2 ja
    lepas laps. dalam seminggu tu teruih fly gi medan untuk family vacay he3

    ReplyDelete
  4. Comel..semoga membesar jadi anak yang baik,soleh dan bijak..

    ReplyDelete
  5. anak kami dulu selalu gak jatuh katil he he.nasib katil rendah je alhmdulillah takat ni sehat seadanya..risau gak kan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers