Cuti Hari ke-5, 6 dan 7 | From Taiping with love to Pangkor

1:04 PM

From Taiping with love to Pangkor


Assalamualaikum
 
Sambung lagi cerita cuti-cuti shutdown.
Hari ke-5 bersamaan hari Ahad 4 Januari 2015 memang dalam kepala ni dah plan nak pi Zoo Taiping tapi dok sibuk kemas rumah, basuh baju, sidai baju bagai. Dah berapa hari jalan sana sini keja-keja tu terbengkalai camtu ja.
 
Sesambil dok tengok FB sekali terpandang Pakcu Sofi post kat FB gambaq ni terus cakap kat suami cepat-cepat siap.Gila betoi...semata-mata nak kejar panda ni punya pasai terus bersiap.
 
 
Lepas siap bagai suami ajak sarapan dulu.Ok la...ok la...kita sarapan dulu. Pastu singgah isi minyak la beli topup la apa la.
 
 
Laju-laju suami drive tapi masih dalam had laju yang ditetapkan.
Nampak dak pokok-pokok tu.Takkan takleh agak ada kat mana.
 
 
So pusing la cari panda-panda ni sekali tengok....depa dah usung bok naik dalam lori dah. Sobbbssss....
Panda-panda tu depa letak selama 2 jam ja. Ohhhh...sadisnya...
 
Takpa la nak...mohler kita masuk Zoo Taiping.
 
 
Budak debab pestime masuk zoo.Kami dah tak pakai stroller.Aqil memang takmau duduk dalam stroller.Nak jalan sendiri.Kalau penat sangat baru dia menangis minta dukung.Kalau boh dalam stroller...boleh terbalik stroller tu dia dok meronta-ronta.
 
Suka tengok gelagat Aqil dalam zoo bila tengok binatang.
Muncung-muncung mulut tu.
 
 
 
 
Tapikan yang tak bestnya binatang dalam zoo tu kebanyakkan dah tua-tua.Ada setengah tu ada sangkar tapi binatang takda pon.Haila...harap pihak pengurusan ambik tindakan cepat.Tak sesuai dengan harga RM16 untuk sorang dewasa.
 
Dah nak balik ada gajah kat depan tu.Pakat kerumun nak tangkap gambar dengan gajah.
 
 
Keluar dari zoo cadangnya nak pi mandi kat memana.Kot-kot ada sungai ke air terjun ka boleh la mandi.Baru jalan tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebatnya.Kansel acara mandi-mandi tu.
 
Emmm...agak-agaknya lepas kansel mandi manda tu kami nak ke mana ye?
 
 
Kami meneruskan perjalanan pulang ke sarang jela.
Sampai separuh jalan baru suami cakap dia dah tersilap jalan.Dah naik ke Changkat Jering dah pon.
Tengok-tengok suami terus ja jalan menghala ke Lumut.
Ingatkan suami nak ke Lumut saja.Saya ok jela takat nak jalan-jalan ke Lumut tapi tengok gaya bawak laju macam terkejar-kejar sesuatu.
Rupanya suami terkejar-kejarkan feri ke Pangkor.
Katanya feri last ke Pangkor pukul 5.45 petang tu yang terkejar-kejar tu.
 
Dalam keta tu dok membebel-bebel dah.Iyala...saya mana ada bawa baju extra.Suami dan anak takpa la...memang bawa baju spare untuk mandi.Aqil memang saya spare baju 3 pasang dalam beg.
Sampai di Lumut kalut la beli pampes dan susu takut-takut kat Pangkor takda.
 
Alhamdulillah...selamat juga naik dan sampai ke Pangkor petang tu.
 
 
Aqil ke hulu ke hilir atas feri.Suka sangat no.
 
 
Sampai di Pangkor terus kalut-kalut cari baju, seluar dan benda-benda lain.Jenuh terkejar-kejar ni.
Malam tu kami lepak kat luar tepi pantai.Tengah dok lepak terjumpa kawan suami.Lepak dan lepak lagi.Saya siap buat kawan dengan akak-akak kat kedai makan tu.
 
Balik bilik suami tiup pelampung Aqil siap-siap.Pelampung ni kami memang bawa sesiap dari rumah kot-kot nak mandi sungai tapi tak jadi.
Aqil bila dah ada pelampung camni la dia.Excited.Sampai takmo tido dok main pelampung.Last-last sorok pelampung dalam toilet.
 
 
Hari ke-6...Isnin...berpagi-pagian di Pangkor.
Kami menginap di Purnama Beach Resort Teluk Nipah.
Ni pon main aci redah ja.Saja ambik Purnama sebab ada pool.Nak bagi Aqil mandi kolam.
 
 
Kawasan sekitar Purnama.
 
 
Ni la chalet kami.Ambik yang memurah ja sebab nak tido ja pon pastu sat ja.Sampai Purnama pon dah jam 7 lebih nak pukul 8 malam.
 
 
Jadila kan habuan nak tido malam sekejap.Siangnya plak dok mandi kolam dan laut pastu dah nak check out plak.
 
 
 Tengok la gelagat anak teruna ni.Bukan main suka bila letak dalam kolam.
 
 
Aqil dah pandai kayuh guna kaki...hihihi...so saya pantau dari tepi.Abahnya mandi kat kolam dewasa.
 
 
Dekat sejam gak mandi kolam takda sapa pon mai mandi.
Let's jom mandi laut plak.Weee...jalan kaki ke pantai.Sukanya...air jernih gila.Best...best.
 
 
Tapi Aqil plak takmo mandi laut.Geli pasir lembik bila kena air.Meraung-raung takmo mandi.Last-last abah dukung bawa mandi kat tengah sikit.
 
 
Balik dari mandi laut ramai plak orang mandi kat pool so tak jadi nak sambung mandi.Kami terus balik bilik mandi siap-siap nak check out dah.
 
Lepas check out terus ke jeti.Tak singgah mana-mana terus naik feri ke Lumut.
Sampai Lumut kami ke Muzium Kapal Perang KD RAHMAT.Saja masuk tengok apa ada dalam kapal perang tapi time ni henpon bateri kong.So takda la gegambarnya.Dalam henpon suami pon ada la satu dua keping.Pon sama...bateri kong.
Tiket masuk RM12 tapi dapat diskaun jadi RM8 sorang dewasa.
 
Lepas penat naik turun kapal perang kami ke Teluk Batik.Dalam perjalanan ni la dapat la cas sikit henpon kat keta tapi dapat pemandangan yang menyakitkan mata.
Sampah banyak sangat-sangat.
Aduhhhh....takda kesedaran sivik lansung.
Hilang MOOD nak relax kat situ.
 
Pastu suami col kawan dia dan kami jumpa di OUTWARD BOUND MALAYSIA LUMUT.
 
 
Suka sangat saya dok kat sini.Tenang ja.
 
 
 
Biar suami sembang dengan kawan dia saya selfie la dengan Aqil...hahahaha...
 
 

 
 
Dalam jam 6 lebih baru la kami beransur pulang ke Seberang Jaya.
Alhamdulillah...selamat sampai dengan jayanya.
 
Malam tu tengah makan malam tetiba suami ajak pi Langkawi esoknya.
Punggah...dah la esok last cuti ajak pi cuti lagi?
Malam tu kemas-kemas gak baju kami 3 beranak.
Excitednya nak pi cuti lagi...hahaha...
 
Hari ke-7 bersamaan hari Selasa cadangnya nak bertolak pepagi ke Langkawi tapi Aqil demam la pulok.Terbantut plan suami.Pantau demam Aqil dari rumah ja pastu tengok tak kebah jugak saya bawa ke klinik.Setel ambik ubat bawa plak Aqil pi check-up 15 bulan sekali.Patutnya check-up 12hb depan tapi time tu kan buka sekolah mesti kawan-kawan ramai yang cuti dan saya mesti kena keja.Kita anak kecik lagi jadi harap maklum la.Naseb nurse ok bila bagi reason camtu.
Aqil dah 11.6 kg dah.Patut la mama rasa cam nak patah pinggang ja dukung.
 
 
Berakhirla cuti-cuti shutdown seminggu saya.Alhamdulillah...banyak juga hari yang terisi dengan aktiviti keluarga.Selalunya susah kami suami isteri nak cuti-cuti camni.
Jumpa pon selalunya time petang 2 jam pastu malam jumpa dalam tido jela...hihihi...
 
 

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. oohoii banyaknyer berjalan..rezeki aqil yerrr

    ReplyDelete
  2. Assalam zai,
    ooohoooiiiiiiiiiiiiiiii
    uols up entry lelaju
    iols yang baca ni pun lelaju2 tau2 he3

    ReplyDelete
  3. uuuish beshnyaaa jalan jalan impromtu cemni. sonok la hahaha.. CT pun dok hunt panda tu next kat melaka then last kat KL lepas tu nak fly pi ngara lain da alaaahai..

    ReplyDelete
  4. Terror betul ni...dari Taiping terus lajak naik feri paling last ke Pangkor...:P

    Zoo Taiping tu binatang dia mmg agak menyedihkan la..hahaha

    ReplyDelete
  5. HAHAHA SANGGUP TU KEJAR PANDA

    BTW CHALET KAT PURNAMA TU BRAPA RM PER NIGHT?

    ReplyDelete
  6. holiday yang tak berancang ni memang best kan kak zai. pegi mengejut2 tapi tula kalau tak prepare pape memang pening pala sikit. depa takpe la. kita ni haaaaaa

    memang kak zai. zoo tepeng tu dari dlu lagi. haiwan banyak tu jela. sbb tu lebih sanggup masuk zoo melaka dari zoo tepeng yg sekangkang kera tu je

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^