Tiap minggu kenduri kawen

2:50 PM

Assalamualaikum

Bila cuti sekolah tiba kenduri kawen pon banyak.Kali ni tiap minggu ada kenduri kawen sedara mara terdekat dan jauh.
Mak awal-awal dah col dan booking saya sebagai driver.Suami saya plak keja so bertiga la selalunya dengan Aqil pi kenduri.

Pembukaan kenduri kawen 22 November lepas.Sepupu dekat saya kawen.Pic pengantin takdan nak snap sebab masa pi pengantin tak balik mekap lagi.
Bila pengantin dah balik saya kalut dok layan Aqil yang dah bebai tu sebab panas dan ngantuk.
hantaran gubah sendiri cara kampung ja
 Yang bestnya kenduri ni semuanya gotong-royong sedara-mara yang tolong dari masak sampai la ke basuh pinggan.Mak kata malam akad nikah lagi meriah.Macam-macam ada dengan gulai angsa lagi.Huhuhu...saya takda...pi company dinner kan.
Semua dah tau part masaing-masing.Teratur ja.
Menu depa gulai daging batang pisang, ayam masak merah, kerabu pucuk paku, buah limau, agar-agar, kuih kapit(mak seponser), laksa, mee kuah, bubur kacang, teh tarik dan sirap.Saya ulang makan mee kuah ja.Dari mangkuk kecik ke mangkuk besar..hihihi...sedap sangat.

budak hebat makan atas meja -______-
 Yang sempat saya snap DJ waktu kenduri tu adalah seorang yang cacat penglihatan.Kita tengok beliau tak sempurna tapi dapat mengacarakan hari tu dengan meriah dengan suaranya yang macho macam DJ radio, suaranya yang sedap masa beliau nyanyi live sambil petik gitar dan lagu-lagunya pon sedap.Tak sangka beliau mampu buat dengan baik.Yang paling best masa beliau nyanyi live sambil petik gitar lagu Aku yang dulu bukan yang sekarang-Tegar tu ramai budak-budak dan bapak budak dok kerumum beliau nyanyi.Kalau la beliau dapat melihat..... T_T


Dan tak lupa jugak pak ndak utarakan alunan nasyid dan zikir dari anak-anak tahfiz sebelah rumah mak saya.Tenang rasa bila dengar suara anak-anak tahfiz tu.

Haa...itu minggu sebelum tu.Minggu lepas kenduri jiran lama mak.Buat kat Penaga.Masa pi pon pengantin tak balik mekap lagi so saya tak snap apa pon lagi-lagi nak pegang dak bumbambum tu.Nasi semua sedap.Rasa nak tambah tapi malu....hahahaha...
Lepas makan kenduri balik kampung arwah ayah melawat Lang.

Kota Kuala Muda-kawasan yang kena tsunami
 Sempat la beli pulut udang aka pulut panggang.Beli kat orang kampung memang best.LEMAK SEDAP BESAR.Harga 5 kupang tiap satu.Kami borong 20 batang.


Alang-alang kat sana moh ler kita ke Pulau Sayak pekena mee udang.Haritu dah ke Pantai Merdeka so tukar haluan sikit.

Asik tengok laut ja

Mak dan sepupu saya
 Mee udang Pulau Sayak kedai yang hujung sekali.Errr...kedai nama apa ek?Errrr....errrr...

dah gaul baru tingat nak snap...hik
 Dan tak lupa budak bambumbam ni yang asik tengok laut.


Minggu ni kalau tak silap ada lagi kenduri hari Ahad plak.


You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. penuh dengan kenduri kahwin jerlah ek? he he he...

    ReplyDelete
  2. oih sedapnya lauk kenduri tu telan ayaq lioq dah ni..hu hu hu,,
    pulau sayak? tak pernah dengar..mungkin lepas ni boleh p cari mi udang kat sana

    ReplyDelete
  3. kemahen budak hebat ddk makan ats meja..
    alahai cntik pulak replika bot tu.
    mcm best je makanmee udang pulau sayak.27hb ada nuri kt spetani.blh la kot ke sana.in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. sonoknye kenduri kat kg.. dah lame tak pegi kenduri..

    ReplyDelete
  5. amboi mee udang tu...menarik hati aih hihihi

    ReplyDelete
  6. mee udang sesaje kannnnnn ini yang dengki ni

    sebab tu kira ritu takmau mekap kt kedai. nanti orang mai tak sempat nak jumpa so saaaddddd jadinya

    ReplyDelete
  7. atur kendri jgak ya...
    mee udang pak usop ka

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers