Maid baru

9:10 PM

Assalamualaikum

Hari Kamis balik dari keja suami cakap 'maid'  buat hal.Huh...dah 2 tahun dok sesama dia dah wat hal pulak.
Dulu lepas 2 minggu baru kawen saya dan suami pindah menyewa sendiri.Yela...kalau nak buat apa-apa kat rumah sendiri kan senang.Nak masak ka takmau masak ka lantakkan je la.

Pindah rumah baru masa tu takda perabot apa pon.Cuma ada toto, bantal selimut, tikar dan segala hadiah kawen yang bermacam jenis.Pelan-pelan beli lepas pindah.
Pastu mak mertua cakap bawa la 'maid' ni pi sekali.Kesian kat saya nanti letih balik keja nak kena buat itu ini sendiri sebab suami keja siang malam.
Baiklahhhhhh dan makaseh bebanyak sebab 'maid' kami tu memang banyak berjasa kat kami walaupon kekadang ada semput-semput sikit.

Suami cakap pagi Jumaat tu dia ok balik.
Ok fine.
Matikan niat yang semalam tu dulu.
Balik keja tengok dia wat pangai balik....huaaaaa....rasa nak marah ja.
Sabtu Ahad kita sabar lagi sebab sat-sat ok sat-sat tak ok.
Emmm...emmm...emmm...camna ni?

Semalam balik keja ingat nak ajak suami pi AEON Big tapi tunggu punya tunggu punya tunggu tak balik-balik dengan Aqil.
Pi mana taktau.
Dari pukul 6 petang sampai pukul 9 malam tak balik-balik.
Col tak jawab.
Mesej tak balas.
HANGIN satu badan dah.
Masuk bilik main kendikerash sampai bosan.

Pukul 9.30 malam camtu dengan pintu depan buka.
Balik dah la tu.Malas nak layan -____________-
Suami bagi Aqil kat saya.Saya yang berangin tak pandang pon muka dia.
Pastu suami keluar balik tak cakap apa.
Saja jenguk tengok...























rupa-rupanya suami pi beli 'maid' baru bagi kat saya.


Terus rasa berdosa dok hangin-hangin kat suami.Dok pikir yang bukan-bukan.
Terus cakap manja-manja 'Mama lapar.Ingat nak ajak abah makan ciken cop.Mama nak banje.Kan rini gaji' *kelip-kelip mata...hikhikhik....
Tu ayat cover balik tu padahal dalam hati ni taktau dah nak kata apa.

Hihihi....makaseh suami belikan 'maid' baru ni.Baru ingat nak pi tengok dan pilih mana yang berkenan tapi suami dah pilih yang dia suka dulu.
Takpe la...janji tak kuar duit saya....hahahaha....
'Maid' lama memang saya sayang tapi apakan daya...kudrat ni tak larat nak basuh suar jeans suami yang tebal bukan main tu.Takat baju saya dan Aqil takpa lagi.Suar jeans tu......errrr.....


p/s :MAID konon.Verangan betoi la

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. hahaha..maid tue ka...
    husband nk buat suprise la tue

    ReplyDelete
  2. hahahahahahhaa kan kita selalu gitu, mestilah angin dah tatau ape cite senyap sunyi takde berita yg kita risau kot jadi pape kat depa rupanya depa nak buat supriseeeeee haishhhhh tapi mesti dalam hati dah berbunga tu hihihihihi

    ReplyDelete
  3. Assalam zai,
    'maid' iols yang beli masa mola kawen pun tahan 2thn sajork
    ni dah tukor 'maid' baru pulop
    dah 1thn dah
    he3

    ReplyDelete
  4. yang pasti maid yang ini lebih murah dan kurang risiko berbanding maid sebenar. takyah nak risau kang suami curang dengan maid ke hape hahahhaha

    ReplyDelete
  5. ingatkan maid apa la tadi..ha ha ha..

    ReplyDelete
  6. Kita org pmpuan slalu mcm tu kan..suka nak hangin2...pastu malu sendri,nyesal...huuu

    nmpk mcm brand toshiba je.jiran kmi baru bli sbjik mcm ni 7.5kg

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers