Tetiba terbekelah la pulak

10:51 AM

Assalamualaikum
 
Sabtu lepas cadangnya nak pi melawat mak lang kat Kota Kuala Muda.
Siap pepagi paksa abah dan Aqil pakai baju I AM jugak-jugak.
 
 
Pastu sarapan kat mapley dulu pekena roti telur.Isi perut kami.Nak melawat orang sakit takkan nak suruh orang sakit masak plakkan?
 
 
Lepas tu pi umah mak lepak-lepak sat baru bertolak ke umah mak lang.Mak soh beli benda makan sesiap.Sempat la tapau nasi dan lauk-pauk sikit dan apam balik habuan nak makan kat umah mak lang nanti.
 
Sekali dah sampai sana tengok-tengok takda orang kat rumah.Umah mak lang takda orang umah sepupu depan rumah pon takda orang.Anak-anak sepupu pon takda.Muskil aih.Terus col depa.Rupanya sepupu bawa mak lang check-up kat Metro Spital.Anak-anak sepupu tak dapat di kesan dimanakah depa.Sepupu cakap lambat lagi nak balik so kami decide pi ke Pantai Merdeka je la duduk-duduk lepak situ.
 
hasil tangkapan sambil dukung Aqil.
Senget -_________-
 
 Kebetulan(memang dah spare tiap masa) memang ada tikar dalam bonet keta so mohler berkelah.Bawa la bekalan makanan yang tapau kat kedai tadi untuk berkelah.Orang berkelah bawa tupperware kami berkelah bawa nasi bungkus :p
 
Memula kena salin baju budak debab dulu.Nak biar dia main rumput la katakan.
 
 
Dengan angin kuat sejuk bestnya tengok orang dok berkelah bawak bekal.
Aqil teruja tengok orang main layang-layang.Tak abes-abes dok uuuuu....uuuuuu...
 
 
Ini tok Besah.Susah nak tangkap gambaq tok Besah ni.Kena candid baru dapat.
 
 
Budak debab pestime dapat main rumput.Keja nak lepak atas rumput ja keja dia.Nak cabut rumput.
-______________________-
 
 
Lepas makan dok lepak-lepak main-main tuptup hujan turun.Lari la bertempiaran selamatkan Aqil dulu.Dah la mama booOlat nak kena selamatkan anak yang debab pulak -..-
 
 
Sebelum balik tu col sepupu tanya tengok-tengok mak lang kena tahan kat wad.Tak dapat nak pi melawat.Bukan time melawat masa tu dan suami pon nak kena balik pi keja pulak.Makanya esok tengahari pulak la kita pi melawat ye.
 
Hahaha...inilah berkelah yang tak di rancang.Tetiba rasa macam nak berkelah lagi la pulok.Sonok sebab anak seronok dah boleh main lari-lari atas rumput...hihihi...

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. pantai merdeka best juga tapi nak mandi xbest banyak batu

    ReplyDelete
  2. wah syoknya pi berkelah..
    lama dah tak pi pantai merdeka
    last pergi masa zaman sekolah dedulu

    ReplyDelete
  3. Baju " I am " tu mmg tgh trending sekarang..:)

    Idea yg baik! Terima kasih...Saya akan letak tikar kat bonet siap2...so senang kalau tetiba nak berkelah..hahaha

    ReplyDelete
  4. amboi tetiba kena tukar plan jadi berkelah
    hehehehhe
    nape suka cabut rumput si comel tu

    ReplyDelete
  5. kokak tgn budak debab suka cabut rumput tu amboiii biasa dia tuuu eehehehehehe

    sama dgn Uwais. mula nya larang la jugak. tapi dah tak terlarang biar aje dia main dan sentuh benda tu asalkan jangan bawak masuk mulut je. lepas main ummi berus dengan sabun tgn tu kihkihkih

    ReplyDelete
  6. aida memang suka bwk anak2 berkelah. kat tepi tasik ke kat dataran melaka tu ke... bwk tikar.
    berangan konon2 berkelah tepi laut la...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers