Bila di tanya hal pengurusan keluarga

10:15 PM

Assalamualaikum
 
Bila dok sembang-sembang dengan kengkawan masa kat lab ada yang tanya susah nampak saya letih atau mengantuk.
Makan jamu apa-apa ka?
Tiap malam tido awai ka?
Anak tak bangun minum susu ka?
Masak tak?
Baju timbun macam gunung tak?
Tido petang ka?
 
Gitu....banyak soklan cepugangsa dok menerpa.Haiiiih la....saya baru ja 2 tahun kawen mana nak ada tip ke apa.Biasa-biasa ja lagipon anak baru sorang.Takda la jadi zombie lagi.....hihihi...
 
Moh le menjawab soklan cepugangsa tu.
 
Bab JAMU tu lepas saya abes pantang baru saya start makan.Masa dalam pantang saya makan ubat spital dan Vitalea ja.Abes ja makan jamu set bersalin tu terus tak makan apa dah.
 
Setiap hari tak kira hari minggu atau cuti saya akan TIDO seawal jam 11 malam dan paling lewat jam 12.30 malam.Tiada istilah tido petang sejak ada anak.Bila anak tido mesti ada ja benda yang nak kena buat.Kalau anak ada terbatas sikit sebab anak saya jenis nak mama dia ni ada depan mata dia 24 jam.Hilang ja dari pandangan mula melalak macam kena pukul.Sabar je la -_________-
 
Aqil akan bangun 2 kali nak MINUM SUSU tiap malam.Sekitar jam 2 pagi dan 5.30 pagi dan saya akan bangun terus lepas bagi susu jam 5.30 pagi tu.
 
Saya akui saya JARANG MASAK.Seminggu maybe 4 kali termasuk Sabtu Ahad tapi makanan anak tetiap hari saya akan masak.Saya balik ja keja sementara suami tak pi keja lagi untuk shift malam saya akan tanak nasi dulu sementara nak tunaikan tanggungjawab yang wajib dulu pastu baru la saya masak.Ala...takyah susah-susah.Masak yang simple-simple + yang Aqil leh join makan sekali.Selalunya sup la.Dulu masa Aqil dengan pengasuh lama tetiap pagi saya akan masak makanan Aqil tapi pengasuh baru ni cakap takyah masak sebab dia nak masak untuk Qhaleesya so masakkan sekali untuk Aqil.Saya cuma masak untuk makan malam je la.
 
Bab BAJU TIMBUN ni memang saya akui pon saya agak malas nak melipat.Dari zaman muda remaja lagi.Dulu masa bujang mak yang tolong lipatkan.Balik ja keja tengok eh...dah lipat dah.
Pastu dah kawen memula kena la rajin.Bila mengandung 2nd trimester kena plak demam malam.Pi keja sihat balik ja petang tu demam.Sapa nak lipat baju.Menimbun-nimbun gak la masa tu.Bila dah sihat baru la start melipat balik.Sekarang bila dah ada anak yang dah makin lasak...banyak main tapi kurang tido ni aktiviti melipat baju saya buat sambil berdiri setiap hari.Angkat ja jemuran ada masa terus lipat.Nak tunggu anak tido jenuh la.Kadang dekat pukul 11 malam baru dia tido.
 
 
Kadang bila balik umah mak ke jenjalan sampai malam ke aktiviti melipat akan jadi 2 kali ganda dari biasa.Saya lipat baju atas iron board sambil berdiri.Takde nak duduk seketoi dengan selonggok baju.Kenapa berdiri???
Sebab kalau lipat kat bawah anak mesti mai punggah balik baju yang saya lipat so baik saya lipat sambil berdiri.Sesambil lipat baju sesambil tengok anak.Kadang termain sama dengan anak.Kang dah duduk bawah anak ajak main nak kena bangun.Kalau badan ringan takpa juga ni berat dengan lebihan isi dan lemak jenuh nak bangun.Bila lipat hari-hari takde la menimbun-nimbun.
 
Tapi suami la yang banyak membantu.Suami la basuh baju sebelum anta Aqil ke rumah pengasuh dan suami gak la yang angkat baju kat jemuran waktu petang.Pastu suami gakla yang jagakan Aqil time saya sibuk kat dapur.Kalau tak jangan harap la boleh masak.Thanks suami :)
 
Ha...itu je la hal pengurusan keluarga saya.Takda tip yang hebat pon.

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. ok lah ada jadual yg terurus mcm ni kan..saya sejak anak tiga kelam kelibut dah..mmg selalu rasa letih..huhhuhu..selalu tertido awal pas baby tido..pastu kang tgh2 malam baru nk terjaga buat kerja2 umh..haihhh..dah tak tentu arah pengurusan masa kat umah..kikiki

    ReplyDelete
  2. sama dgn aida... anak 3 dah. sekolah pagi, sekolah agama, taska sorang si kecik tu. balik masak utk dinner. tghari amik kakak2 sekolah.
    baju berlambak.
    hu hu hu hu... takde tips jugak. sebab semua nak kena tgk and semua nya penting, kan hi hi hi...
    sib baik mr.asben pun byk bantu. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Eloklah tu Zai..... walaupun banyak kerja tetapi masih maintain cergas.... Anak baru sorang ok lagi Zai....nanti dah dua tiga barulah kalut sikit

    ReplyDelete
  4. Assalam Zai,
    jemput join giveaway:
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-zakinamaku.html

    ReplyDelete
  5. pokoknya suami pun kena membantu sama, kalau tidak memang mau pengsan buat kerja sorang diri huuuu.

    uwais pun sama, kalau tengok baju dah susun tinggi2 je baru dia datang kacau. kalau setakat sehelai dua dia xkacau lagi grrrr betoi!!

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers