Cabaran 30 hari | Hari ke-19 #1 Resepi Kegemaran Anda

2:14 PM

Assalamualaikum
 
Ewah...di hari minggu dok tanya resepi-resepi plak.
Saya ni pencinta ketam.Suka sangat makan ketam tak kisah la ketam masak lada ke ketam sambal ke gulai ketam ke memang saya suka tapi paling syok gulai ketam dengan nenas la.Mabeles....
Saya suka hirup kuah gulainya.Tapi kalau tak suka nenas boleh ja tukar dengan ubi keledek.Rasanya manis-manis ja nanti.
 
tercair plak T______T

So meh nak bagi resepi gulai ketam Utara(macam terer-terer).

Bahan-bahannya -
  • 5 ekor ketam
  • 100 ml santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji nenas(saiz kecil di potong serong)
  • 2 peket rempah udang/ketam(paket kecil)
  • Garam
Bahan tumis -
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Daun kari
  • Minyak masak

Cara-caranya :-
  • Bancuh rempah dengan air.Masukkan ketam dan nenas.Rebus seketika hingga mendidih.
  • Masukkan santan dan garam dengan api sederhana.Kacau supaya santan tidak berketul atau pecah.Jika agak pekat tambah sedikit air.Masak hingga mendidih.Tutup api dan ketepikan.
  • Tumis bahan tumis hingga naik wangi dan curahkan ke dalam gulai ketam tadi dan tutup periuk supaya aromanya tidak keluar.
  • Sebelum dihidang kacau rata bahan tumis tadi.Siap.

Amat mudah cuma malas nak siang nenas je....hahaha...yang tu je renyah sikit.Yang lelain main cecampak je.Resepi ampa apa plak?

You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Sedapnye gulai ketam. Tapi Yati jarang masak ketam. Sebab kita je yang makan, anak-anak kureng sikit. :)

    ReplyDelete
  2. adoyaiii... terliur nengok nyerr... idah pun suka ketam... selalu masak kari jer... :)

    ReplyDelete
  3. kira paling tak suka bersiang ketam!!!

    ReplyDelete
  4. Macam masak kari ye Zai.....rempah tu rempah karikan ...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers