Aktiviti main air

2:06 PM

Assalamualaikum
 
Hewhewhew...macam anak dah masuk sekolah ja nak cerita aktiviti time cuti sekolah...hahaha...
Alkisahnya minggu lepas Sabtu Ahad kami wat aktiviti mandi manda.Memang dah plan nak mandi manda pon Sabtu tu tapi mandangkan ada kenduri kat rumah kak Rose so tak dapat la nak sakan sangat.Sampai pantai pon dah pukul 2 lebih.
 
Lepas ja makan kenduri kat Air Itam suami tala terus ke Batu Feringgi.Niat di hati nak bawa anak main air kat situ tapi apakan daya bila kaki Aqil cecah ja pasir laut yang di tenggelami air terus dia menangis meronta-ronta.Aqil geli rupanya bila pasir jadi lembik-lembik.Sempat basahkan Aqil sampai pinggang je la.Dah menangis sakan takkan nak paksa kot?So dok la lepak-lepak beli makanan ringan dan makan.Siap bawa tikar lagi tau....hihihi....
 
 
 
 
 
 
Tapi sebelum tu kami pi tengok orang main jet ski dan banana boat kat tepi pantai area hotel Batu Feringgi dulu.
 
Sebab tak jadi nak mandi manda kat Batu Feringgi suami plan esoknya nak ke Sedim.Di ajak kawannya sefamily kecik pi sekali.Pagi-pagi goreng bihun, donut dan bancuh air untuk berkelah kat sana.Bertolak pukul 8 pagi sampai Sedim dalam 9.30 pagi camtu.
 
Time kami sampai takda orang pon.Yela...Kedah dah mula sekolah hari Ahad tu.Yang nak datang berkelah pon orang-orang Penang je la.Mula-mula kita ronda cari port dulu.Biasa la ada anak kecik...kawasan mandi pon kena la yang cetek dan air tenang sikit.Kang arus deras camna budak-budak dan mak budak nak mandi?
 
 
 
Suka sangat tengok.Dah dapat port bentang tikar dan marilah makan dulu.
 
 
Budak ni baru bangun tido.Bagi donut takmau.Nak makan bihun goreng jugak.
 
 
Pastu bermula la aktiviti rendam diri dalam air sejuk.
Celup hujung kaki...MasyaAllah...sejuk yang teramat sangat.Camna nak mandi ni?
Pastu celup-celup kaki Aqil.Sejuk.Dia meraung sakan...hihihi...
Tak biasa mandi air sejuk gedi bila kena terus meraung.Pastu acah-acah dia bagi kena air lagi dan lagi.Bila tengok dia dah ok baru la sesi merendam diri.
 
 Ha...kan dah seronok dapat main air.Suka dia....
 
 
 
Agak lama berendam bawa Aqil lepak atas batu jap kasi panas balik badan.Bagi makan donut...bagi susu.Dah ok cikit baru sesi rendaman mula balik.
 
 
Time ni orang dah pakat mai dah tapi tak ramai sangat la.Ada dalam 8 family camtu tapi port kami memang sentiasa ada budak-budak mandi.Kita bawa Aqil ke celah-celah batu.Boh dalam pelampung lagi la dia suka.
 
 
 
 
Dalam tengahari tu tengok awan pon dah gelap.Terus ajak suami balik.Yela...takut hujan lebat kat belah atas bukit nanti air dari atas akan turun laju.Naya je.
3 jam berendam tu pon dah rasa puas sangat-sangat.Naik je keta Aqil terus pengsan.Letih sangat la tu...hihihi...Sampai umah Aqil sambung pengsan sampai pukul 6 petang.
 
Bila tengok anak seronok mandi manda camni nanti-nanti nak bawa mandi lagi la.Sesambil tu ada jugak la aktiviti kami sekeluarga dari dok terperap ja kat rumah.
 
 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Hehe.....takut rupanya Aqil mandi laut lepas ni sure tak deproblem lagi Zai sebab dia dah tau betapa bestnya main air hehe

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha ambik kau, nanges sakan kena air sejuk kahkahkah. sama dengan la si bambam uwais tu. bukan air laut kalau air paip sejuk besi pun dia menjerit sakan dlu hihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers