Abah yang excited lebih

3:20 PM

Assalamualaikum
 
Bila ada anak lelaki suami la yang paling excited.Masa mengandung dulu scan tak tau jantina lagi suami cakap beli baju yang perlu dah la.Saya pon pilih la 7 helai baju habuan anak yang bakal lahir.Bersalin dapat anak lelaki suami yang lebih excited dari saya.Lepas bape hari bersalin suami sendiri yang pegi beli baju baby sendiri.Jenama tak koman.Ambik Disney 4 pasang.Kena dekat 200.Amboi....time saya ambik baju anak memula tu cakap ambik yang biasa-biasa sudah la.Baby kan cepat besar.Bila time diri sendiri tak kata apa pon.
 
Pastu bila anak dah pandai duduk segala abah la jugak lebih-lebih excited nak beli keta mainan kat anak.
Baby walk a.k.a keta pertama Aqil
 
Baru-baru ni balik umah FIL kat Lunas.Ajak suami survey hadiah 1st besday Aqil bulan depan.Saja je ajak survey.Yela...budak laki punya mainan tak banyak choice.Kena la survey.Lagipon besday lambat lagi so boleh la tengok dulu.Suami bawa ke kilang mainan kat Batu 7 Lunas.
 
Nah...mainan berlambak-lambak.Maaf gambar senget dan tak clear sebab sambil dukung Aqil sambil pegang phone.
 
 
 
Macam-macam ada sampai taktau nak pilih yang mana.Yang abah dia plak dok excited tengok kereta dan motor mainan kat pintu depan kilang.Macam-macam jenama ada.Nak apa?Toyota...Mini Cooper semua ada.
 
Mula-mula abah dah excited nak beli keta mainan kaler biru ni.Dah letak Aqil test drive dah dalam tu cuma keta ni takda remote.Just guna pedal.Aqil kan tak pandai lagi nak tekan pedal so saya cakap bulan depan la beli.Mana nak tau time tu dia dah pandai berjalan so mungkin nanti dia dah pandai dah nak tekan pedal sendiri.
 
Masa ni saya pon suka keta ni.Comey ja dengan Aqil ^^
 Ingatkan abes sampai situ ja.Abah tak puas ati.Ajak ke Gaint Kulim.Dah alang-alang kat sana saya ajak beli pampes dan barang dapur.Kat situ pon abah survey tapi tak gitau apa-apa kat saya sebab saya sibuk pilih pampes.
 
Lepas keluar dari Gaint abah dok cari kedai-kedai mainan area Kulim tu.Jumpa satu kedai.Keta mainan dia macam kat situ harga RM299 ke RM500.Abah cakap quality macam tak best.Keta nampak macam plastik biasa ja.
 
Abah ajak ke Billion Kota Permai Bukit Mertajam.Katanya kalau takda kedai keta mainan dia dah malas nak cari dah.Saya pon dah penat gila ikut sebenarnya tapi wat diam je la.Kebetulan dalam Billion ada kedai keta mainan.Survey punya survey tup tup saya cakap 'Abah...keta hitam tu takmo tanya ka berapa?'
 
Mulanya ingat saja perangat suami sebab tau harga situ pon mahal jugak.Mana nak tau suami tanya betul-betul.Harga dia....perrrghhh...boleh dikatakan murah sebab kualiti plastiknya yang nampak mahal.Tokey kedai letak RM290.Suami cong ceng cong ceng dengan tokey kedai cakap cina dapat harga RM260 + shaver electric.
 
 

 
Saya tak bagi suami ambik duduk rumah atas kayangankan mana nak ada tempat main tapi suami gigih jugak nak beli.Nah...main area koridor rumah.Naseb la koridor rumah saya luas.
 
 
Apa yang membuatkan suami nak beli sangat-sangat?Keta ni ada remote control so kalau anak tak reti pijak pedal pon takpa abah tolong mainkan untuk Aqil =.=

You Might Also Like

9 apa kata anda?

  1. amboi syioklah aqil dapat abah sporting cam ni ha..abah budak2 dah surrender takmo bli menan sebab bersepah rumah haha

    ReplyDelete
  2. assalam zai..
    samalah kita..
    anak sha pun ayah dia kalut beli keta remote ni masa 1st b'day...
    tapi memang berbaloi sbb skrg anak sha dah dkt 3thn keta boleh dok pakai lagi :)

    ReplyDelete
  3. powered toys... inilah yang mummy ash plan nak beli untuk first birthday dia nanti...

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkah akhirnya tercapai jugak hajat hati abah. betoi la abah yg beria hihihihi. untung anak ni kan. alhamdulilah hihihi

    betoi kak zai kita boleh control senang, kalau tak jenuh pulak kita nak menolak

    wahhhhh suami kak zai pndai ckp cina. bonus lah kt dia sebab org cina memang mudah berurusan dgn kita klu pndai ckp cina kan

    ReplyDelete
  5. macam abg saya la... beli kereta mainan cm nie kt kola perlis dulu

    ReplyDelete
  6. tembam nyer dia.. seronoklah kan aqil

    ReplyDelete
  7. hihihi kemain abah aqil... xpa kak zai.. time dia rajin ikut kan jer la bkn sng nk tgk suami excited cmtu kan hehe

    ReplyDelete
  8. abah aqil yg sebenarnye nak main nih. hahaha

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers